omniture

Handheld Lancar Phablet Android Ultra Tahan Lasak Baharu, Nautiz X6

Handheld Group
2019-01-30 15:30 1518

LIDKÖPING, Sweden, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar yang terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan NAUTIZ X6 baharu – telefon-phablet ultra tahan lasak berserta tablet yang menggabungkan fungsian skrin besar pada tablet dengan prestasi semua keadaan bagi telefon tahan lasak.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8486751-handheld-ultra-rugged-phablet-nautiz-x6/ 

Phablet Android Nautiz X6 baharu adalah ideal untuk kegunaan perindustrian dan lapangan, dengan keandalan untuk beroperasi dalam keadaan mencabar dan mempunyai aksesori khas yang diperlukan oleh pengguna profesional. Dengan suit perisian MaxGo Android, penarafan IP67 serta reka bentuk yang ringan dan ultra mudah alih, Nautiz X6 memberikan kombinasi inovatif  praktikal dan produktiviti.

Nautiz X6 baharu yang ultra tahan lasak menawarkan:

  • Pemproses 8-teras dan sistem operasi Android 8.0 (Oreo).
  • Penerima u-blox NEO-M8N unggul untuk navigasi tepat menggunakan GPS, GLONASS, Galileo atau BeiDou.
  • Pengimej 2D berkualiti tinggi, berkelajuan tinggi pilihan.
  • Fungsian telefon Android 4G/LTE.
  • Dwikamera, termasuk 13-megapiksel menghadap belakang dan 5-megapiksel menghadap depan.
  • Google GMS untuk Play Store dan akses aplikasi Google Maps.
  • Paparan berbilang sentuhan kapasitif 6-inci dan boleh dibaca pada sinaran matahari dengan Gorilla Glass yang sangat keras.
  • Penarafan kelasakan IP67 untuk prestasi kalis debu dan kalis air, berserta julat suhu operasi yang luas.
  • Berbilang aksesori untuk kerja lapangan yang cekap dalam pelbagai industri.

Nautiz X6 didatangkan dengan suit perisian MaxGo proprietari Handheld untuk Android dan memenuhi keperluan perniagaan bersama pasukan-pasukan pekerja di lapangan. MaxGo dapat mengaplikasikan tetapan sejagat kepada pelbagai peranti dengan pantas dan turut membolehkan akses aplikasi tersuai demi kegunaan peranti yang lebih cekap dan selamat.

Nautiz X6 direka untuk digunakan dalam persekitaran luar dan perindustrian yang paling mencabar. Phablet tahan lasak ini diuji MIL-STD-810G untuk ciri jatuhan, getaran, kelembapan, suhu melampau dan ketinggian yang berbeza-beza. Selain itu, bateri 8000 mAh akan beroperasi untuk syif penuh dan lebih lagi, meskipun dengan penggunaan yang banyak.

"Menerusi kombinasi kelasakan tahap tentera, penarafan IP67 dan julat suhu operasi yang luas, Nautiz X6 sememangnya merupakan peranti tahan lasak yang telah lama diminta oleh pelanggan kami," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld Group. "Kunci untuk menjadi peneraju bagi peranti pegang tahan lasak adalah menitikberatkan apa yang benar-benar diingini oleh pelanggan. Mereka meminta phablet ultra tahan lasak dan dengan Nautiz X6, kami memberikan faktor bentuk dan prestasi yang dicari-cari oleh mereka."

Webinar pengenalan  

Sertai webinar mendalam yang memperkenalkan phablet Nautiz X6. Daftar di sini.

Ketersediaan  

Pesanan untuk Nautiz X6 boleh dibuat segera untuk penghantaran bulan Februari.

Pautan berguna 

Spesifikasi NAUTIZ X6

Imej akhbar

Video produk

Pendaftaran webinar produk

Apa itu tahan lasak?

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar dan pembekal global komputer, peranti pegang dan tablet mudah alih yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti kepada perniagaan dalam industri geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group, beribu pejabat di Sweden, memiliki subsidiari-subsidiari di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Ketahui lebih lanjut di http://www.handheldgroup.com

     (Foto: https://mma.prnewswire.com/media/811480/Handheld_Group.jpg )

https://mma.prnewswire.com/media/736199/Handheld_Logo.jpg 

Source: Handheld Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment New products/services