omniture

Epsilon Lantik Colin Whitbread sebagai Pengarah Urusan, Perkhidmatan dan Operasi

Epsilon
2019-02-01 08:19 2611

Mantan Ketua Pegawai Operasi, Teknologi di TalkTalk akan menumpu untuk meluaskan operasi dan pengalaman perkhidmatan Epsilon memandangkan ia menawarkan perkhidmatan kepada semakin banyak segmen industri. 

SINGAPURA, 1 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Epsilon, Penyedia Perkhidmatan komunikasi global yang dimiliki secara persendirian, melantik Colin Whitbread sebagai Pengarah Urusan, Perkhidmatan dan Operasi. Pelantikan ini menandakan fasa pertumbuhan baharu untuk Epsilon tatkala ia mempercepatkan peluasannya ke dalam segmen-segmen pasaran baharu dan memberikan kecemerlangan khidmat pelanggan kepada semakin banyak perniagaan bertumpu rangkaian.

Colin Whitbread, Pengarah Urusan, Perkhidmatan dan Operasi, Epsilon
Colin Whitbread, Pengarah Urusan, Perkhidmatan dan Operasi, Epsilon

Whitbread akan memimpin pasukan teknologi, perkhidmatan dan operasi global daripada pejabat London Epsilon. Beliau akan menggalas tanggungjawab untuk memacu transformasi melibatkan inovasi teknologi syarikat dan membawakan tahap pengalaman pelanggan baharu untuk perniagaan global. Whitbread membawa bersama-sama beliau pengalaman selama lebih dua dekad daripada industri yang mana beliau pernah menyandang jawatan-jawatan eksekutif kanan dan paling terkini sebagai Ketua Pegawai Operasi, Teknologi di TalkTalk, sebuah syarikat komunikasi PLC UK yang terkemuka.

"Colin memegang rekod prestasi terbukti dalam memacu transformasi perniagaan dan membangunkan penyediaan perkhidmatan bertumpu pelanggan dalam industri kami. Pelantikan beliau dibuat pada masa yang tepat dalam perniagaan kami tatkala kami berkembang untuk menawarkan perkhidmatan kepada segmen-segmen seperti OTT, syarikat XaaS, penyedia perkhidmatan terurus dan perusahaan," kata Jerzy Szlosarek, Ketua Pegawai Eksekutif di Epsilon. "Colin akan memainkan peranan besar dalam transformasi berterusan kami dan membantu kami untuk melaraskan transformasi kami daripada elemen-elemen rangkaian dan teknologi, dalam seluruh organisasi. Ini merupakan detik yang hebat untuk berada di Epsilon dan kami amat teruja dengan adanya beliau sebagai sebahagian daripada pasukan kami."

Whitbread menyertai Epsilon pada peringkat penting dalam perjalanan transformasi berterusannya. Syarikat meluaskan keupayaannya untuk menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung termasuk Saling Hubungan Pusat Data dikuasakan SDN, penyelesaian SD-WAN dan perkhidmatan Suara Perusahaan Global. Langkah Epsilon untuk menyokong kumpulan pelanggan baharu dan teknologi baru muncul dipercepatkan lagi dengan transformasi dalamannya. Syarikat menerima pakai dan membentuk budaya infrastruktur, operasi dan perniagaannya bagi menghapuskan halangan dalam perjalanan perangkaian mereka dan meningkatkan kecemerlangan khidmat pelanggannya.

"Epsilon ialah salah satu perniagaan yang paling menarik dalam perangkaian global. Ia telah melalui perjalanan luar biasa dan saya dapat melihat peluang yang hebat untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih banyak segmen pelanggan di seluruh dunia," kata Colin Whitbread, Pengarah Urusan, Perkhidmatan dan Operasi di Epsilon. "Saya teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada fasa pertumbuhan Epsilon yang seterusnya dan membantu mendayakannya untuk meluaskan operasinya dengan lancar; menawarkan perniagaan bertumpu rangkaian dengan pengalaman pelanggan hujung-ke-hujung sebaik mungkin. Tibalah detik perubahan yang penting dalam perniagaan Epsilon dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripadanya."

Latar Belakang Epsilon

Epsilon menawarkan perkhidmatan kepada perniagaan bertumpu rangkaian di seluruh dunia, membolehkan pelanggan dan rakan kongsi untuk mengatur langkah dengan tahap ketangkasan dan kecekapan baharu apabila menghubungkan dan mengoptimumkan perkhidmatan serta aplikasi. Syarikat ini menawarkan platform SDN, Infiny yang menggabungkan infrastruktur atas permintaan, pengautomatan, portal berasaskan web dan API untuk memberikan rakan kongsi dengan akses lancar kepada sambungan global. Semua perkhidmatan Epsilon dikuasakan oleh tulang belakang global boleh diskala hiper dengan gred-pembawa yang menghubungkan hab-hab komunikasi dan teknologi dunia.

Ibu pejabat Epsilon terletak di Singapura dengan pejabat-pejabatnya berada di London, New York, Dubai dan Sofia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.epsilontel.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190131/2360874-1

Source: Epsilon
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Personnel announcements Financial Technology