SÃO PAULO, 1 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Angka-angka utama yang didapati oleh Bradesco ditunjukkan di bawah:
1. Pendapatan Bersih Berulang pada suku keempat mencatatkan R$5.8 bilion, meningkat 6.6% berbanding suku tahun sebelumnya dan 19.9% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya, mewakili R$3.22 sesaham dengan keuntungan terakru pada suku tahun ini berbanding Ekuiti Pemegang Saham sebanyak 19.7%.
2. Pendapatan Operasi pada suku keempat mencatatkan sebanyak R$8.6 bilion, meningkat 2.1% berbanding suku tahun sebelumnya dan 32.9% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
3. Pendapatan Bersih Bradesco Seguros pada suku keempat mencatatkan sebanyak R$1.8 bilion, meningkat 21.9% berbanding suku tahun sebelumnya dan 26.7% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya. Nisbah Tuntutan mencecah 70.4%, satu peningkatan sebanyak 200 bps berbanding suku tahun sebelumnya manakala Nisbah Tergabung mencecah 80.8%, meningkat 330 bps berbanding suku tahun sebelumnya.
4. Jumlah Aset, pada Disember 2018, mencatatkan baki sebanyak R$1.386 trilion, meningkat 2.2% berbanding suku tahun sebelumnya. Pulangan untuk Purata Aset Keseluruhan ialah 1.6%.
5. Portfolio Pinjaman Diperluas, pada Disember 2018, mencecah R$531.6 bilion, meningkat 1.6% berbanding suku tahun sebelumnya dan 7.8% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
6. Pendapatan Faedah Bersih berjumlah R$16.8 bilion, meningkat 6.6% berbanding suku tahun sebelumnya dan 6.1% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
7. Pada suku keempat, Kelewatan lebih 90 hari mencecah 3.5%, satu peningkatan sebanyak 10 bps berbanding suku tahun sebelumnya dan 120 bps berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, membolehkan pengurangan relevan sebanyak 31.8% terhadap Perbelanjaan Peruntukan Kerugian Kredit berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
8. Bayaran dan Pendapatan Komisen meningkat 3.9% berbanding suku tahun sebelumnya dan 4.0% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
9. Aset Bawah Pengurusan mencecah R$2.139 trilion, meningkat 2.4% berbanding suku tahun sebelumnya dan 7.6% berbanding pada Disember 2017.
10. Ekuiti Pemegang Saham, pada Disember 2018, berjumlah R$121.121 bilion, meningkat 4.7% berbanding suku tahun sebelumnya dan 9.7% berbanding pada Disember 2017.
11. Nisbah Basel Tahap I ialah 13.7% pada Disember 2018, meningkat 150 bps berbanding suku tahun sebelumnya.
Pembentangan Panggilan Persidangan Pernyataan Pendapatan, Laporan tentang Analisis Ekonomi dan Kewangan serta Penyata Kewangan Lengkap disediakan di laman sesawang Perhubungan Pelabur - bradesco.com.br/ir-en.
MAKLUMAT LANJUT:
Bahagian Perhubungan Pelabur
Tel.: +55 (11) 2194-0922
e-mel: investors@bradesco.com.br