omniture

Jadual Perjalanan Kilang Penyulingan Kavalan Dianugerah Sebagai 'Sangat Terpuji' dalam Cabaran Pelancongan Minuman Global

Kavalan
2019-02-02 10:45 3067

TAIPEI, Taiwan, 2 Februari 2019 /PRNewswire/ -- "Jelajah kilang penyulingan paling inovatif" – di luar LA – boleh ditemui di pusat wiski Kavalan di Yilan, Taiwan menurut Drinks International.

Kavalan ditonjolkan untuk jelajah kilang penyulingan inovatifnya yang menawarkan para pelancong dengan pengalaman unik dan sukar dilupakan
Kavalan ditonjolkan untuk jelajah kilang penyulingan inovatifnya yang menawarkan para pelancong dengan pengalaman unik dan sukar dilupakan

Kilang Penyulingan Kavalan, jarak sejam memandu dari ibu kota Taipei, menerima sejuta pengunjung setiap tahun dan diberi anugerah "Sangat Terpuji" dalam Cabaran Pelancongan Minuman 2019 menerusi jadual perjalanannya yang hebat. Ini termasuk:

  • Peluang merasa wiski Kavalan secara percuma setiap jam ketika berada di Spirits Castle yang dramatik dan Great Hall dwisiling.
  • DIY Blending Lab yang membolehkan pengunjung mengadunkan wiski peribadi mereka sendiri dan membawa pulang botol berlabel secara individu.
  • Pantai Yilan yang Indah nan berbatu yang mana angin musim sejuk Siberia menyumbang kepada tempoh oksidasi tambahan Kavalan dan proses pematangan unik.
  • Kavalan Cooperage, koridor dengan pandangan jelas dari luar yang memberi sekilas gambaran pengusaha-pengusaha mahir menjalankan prosedur seperti teknik rintis Memarut, Memanggang dan Membakar Semula Kavalan yang penting untuk Solist Vinho Barrique, "Malt Tunggal Terbaik Dunia" World Whiskies Award 2015.
  • Kedai kopi Mr. Brown yang amat popular, dengan pemandangan ke Great Hall, yang mana seluruh hidangan disajikan serta dua versi lazat "Kopi Taiwan"  -- versi "Kopi Ireland" Kavalan.
  • King Car Mr. Brown Castle terletak di puncak tebing dengan pemandangan tidak dapat dilupakan pada simbol semula jadi Yilan, Pulau Penyu*, sebuah gunung berapi aktif. Sumber air Kavalan, air yang kaya mineral dari Snow Mountain, ditapis secara semula jadi melalui kekayaan tanah gunung berapi Yilan yang menghasilkan rasa buah-buahan terkenal Kavalan.
  • Ladang Orkid King Car yang mana para pengunjung kami dapat merasa wiski kami di celah-celah ratusan orkid, inspirasi tempatan untuk rasa asas bunga Kavalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan, En. YT Lee berkata bahawa jelajah utama kilang penyulingan dan peluang merasa setiap jam adalah percuma sejajar dengan etos beliau untuk berkongsi kilang penyulingan Kavalan bersama masyarakat.

Beliau berkata harapan beliau terhadap jelajah tersebut adalah ia menceritakan kisah penuh bagaimana wiski pertama Taiwan wujud dan bagaimana ia dihasilkan. "Saya ingin jelajah ini menjadi pengalaman yang dibawa pulang oleh pengunjung bersama-sama mereka," kata beliau.

Pakar Pengadun Ian Chang berkata terdapat banyak peluang tambahan untuk mencicipi Kavalan dengan lebih mendalam. Ruang Istirehat Merasa (Tasting Lounge) yang disesuaikan mempunyai bar wiski mewah, yang mana bimbingan pakar-pakar akan membawa para pengunjung untuk melalui "perjalanan rasa" melalui pilihan daripada empat ekspresi Kavalan, bergantung kepada rasa dan tekstur pilihan mereka.

"Dan sekiranya pengunjung ingin mencuba melakukan kerja saya, mereka dapat menghasilkan wiski mereka sendiri dengan label diperibadikan untuk membawa pulang daripada DIY Blending Lab kami. Dengan kesemua yang ditawarkan ini, kami berharap dapat bertemu anda di kilang penyulingan Kavalan pada tahun 2019!" kata En. Chang.

Baru-baru ini dalam edisi Whisky Magazine No.151 & 154 Bahagian Merasa, Kavalan "Disyorkan" untuk Tong Bergambut Distillery Reserve miliknya: "Satu lagi wiski Taiwan yang terhasil dengan baik dan seimbang. Sememangnya produk yang hebat" dan untuk Tong Syeri Solist, Manzanilla: "Kuat rasanya, syeri meletuskan kepuasan. Sedikit air memanjangkan rasa asasnya, namun benar-benar satu penghargaan kepada cinta terhadap syeri."

Kekuatan Tong Syeri Fino Kavalan turut diberi 91 mata oleh CigarsLovers Magazine - antara mata tertinggi yang dianugerahkan - daripada kesemua wiski yang pernah dirasai oleh syarikat penerbitan tersebut sejak 12 bulan lalu.
 
Dalam Laporan Jenama Tahunan 2019, Kavalan sekali lagi membuktikannya sebagai jenama kegemaran yang mantap dalam kategori Jualan Terlaris dan Trend Utama wiski dunia, menurut Drinks International.

Kavalan turut memenangi anugerah Ikon Tarikan Pengunjung Wiski pada tahun 2011, 2013 dan sebagainya.

* Simbol penyu sesuai dengan nilai-nilai perkongsian kisah Kavalan sendiri seperti kegigihan dan kekal berkuasa. Kavalan turut mengambil nama lama Daerah Yilan.   

Latar Belakang Kilang Penyulingan Kavalan

Kilang Penyulingan Kavalan di Daerah Yilan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal di Taiwan sejak tahun 2005. Wiski kami, dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, bersumberkan air lebur dari Snow Mountain dan ditingkatkan oleh bayu laut dan gunung yang dingin. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh kira-kira 40 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telah mengumpul lebih 280 anugerah emas atau anugerah lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan paling kompetitif dalam industri dan boleh didapati di lebih 70 negara. Layari www.kavalanwhisky.com

Catatan untuk Editor: 

Tiga jadual perjalanan yang ditawarkan oleh Kilang Penyulingan Kavalan adalah seperti berikut. Kunjungi laman sesawang Kavalan untuk butiran lanjut tentang tempahan: http://www.kavalanwhisky.com/EN/visit-itinerary.aspx

A Yilan Yuanshan
2.5 Jam
Kilang Penyulingan Kavalan + Mr. Brown Castle Café + Ladang Orkid King Car

  • Video profil syarikat (Pusat Konvensyen): 15 minit
  • Barisan pengeluaran wiski dengan jelajah: 25 minit
  • Kawasan merasa di Castle: 20 minit
  • Mr. Brown Castle Café: 50 minit
  • Ladang Orkid King Car: 30 minit

B Yilan Jiao-Xi
2 Jam
Ladang Orkid King Car Jiao-Xi + Mr. Brown Café, Jiao-Xi + Kolam Udang King Car

  • Ladang Orkid King Car Jiao-Xi: 30 minit
  • Mr. Brown Café, Jiao-Xi: 1 jam
  • Kolam Udang King Car: 30 minit

C Yilan Tou-Cheng
4 Jam
Mr. Brown Castle I + Kincir Angin + Laluan Mendaki + Mr. Brown Castle II

  • Mr. Brown Castle I
  • Kincir Angin
  • Laluan Mendaki
  • Mr. Brown Castle II

Hubungan Media:

Kellie Du
886-3922-9000 #7165
kellie@kingcar.com.tw

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190131/2362250-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Magazines Publishing/Information Service Awards