omniture

AACSB Umum Kelas Pemimpin Berpengaruh 2019

AACSB International
2019-02-06 09:00 1999

Cabaran Pemimpin Berpengaruh tahunan keempat iktiraf 33 siswazah sekolah perniagaan cemerlang

TAMPA, Florida, 6 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Melalui komitmen yang bersemangat terhadap pembangunan kepimpinan, pendidikan, rangkuman ketidakupayaan dan banyak lagi, para siswazah sekolah perniagaan mencetuskan impak global yang positif. Hari ini, AACSB International (AACSB)—gabungan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia—mengiktiraf 33 siswazah berkenaan sebagai Kelas Pemimpin Berpengaruh 2019. Sebagai inisiatif tahunan, cabaran berkenaan mengiktiraf alumni yang hebat daripada sekolah-sekolah berakreditasi AACSB yang mana hasil kerja yang menginspirasikan menjadi model untuk generasi pemimpin perniagaan akan datang.

Founded in 1916, AACSB International (AACSB) is the world's largest business education alliance--connecting students, academia, and business. AACSB's mission is to foster engagement, accelerate innovation, and amplify impact within business education. A global association of nearly 1,700 institutions and organizations, across 100+ countries and territories, the global organization has offices located in Tampa, Florida, USA; Amsterdam, the Netherlands; and Singapore.
Founded in 1916, AACSB International (AACSB) is the world's largest business education alliance--connecting students, academia, and business. AACSB's mission is to foster engagement, accelerate innovation, and amplify impact within business education. A global association of nearly 1,700 institutions and organizations, across 100+ countries and territories, the global organization has offices located in Tampa, Florida, USA; Amsterdam, the Netherlands; and Singapore.

Turut tersenarai dalam Kelas Pemimpin Berpengaruh AACSB 2019 ialah individu-individu berikut:

  • Kiyo Ogushi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Fuji Xerox Learning Institute, Inc. dan alumi International University of Japan Graduate School of International Management
  • Phil Hayes-Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Wallara Australia dan siswazah Monash Business School–Monash University
  • Mamta Saikia, Ketua Pegawai Operasi Bharti Foundation dan alumni Institute of Management Technology, Ghaziabad

Setiap penerima kehormat diiktiraf sebagai pemimpin atau penginovasi dalam industri mereka, penyumbang kepada komuniti atau masyarakat mereka serta menjadi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin perniagaan masa depan. Kisah bagaimana setiap seorang daripada 33 penerima kehormat ini, yang mewakili sekolah-sekolah di 13 negara, memberi pengaruh positif kepada industri-industri dan masyarakat mereka disediakan di aacsb.edu/influential-leaders.

"Kepelbagaian latar belakang, industri dan laluan kerjaya bagi Kelas Pemimpin Berpengaruh 2019 menunjukkan bahawa sekolah-sekolah berakreditasi AACSB mempersiapkan para siswazah untuk berjaya tatkala mereka mengejar impian mereka," kata Thomas R. Robinson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Kami berbesar hati kerana dapat mengiktiraf alumni ini dan sekolah-sekolah perniagaan yang mempersiapkan mereka, sebagai contoh penting bagi pendidikan perniagaan selaku penggerak ke arah kebaikan di dunia."

Kini memasuki tahun keempatnya, cabaran Pemimpin Berpengaruh telah mengiktiraf hampir 200 siswazah sekolah perniagaan kerana mencipta impak yang berkekalan dalam perniagaan dan masyarakat. Semua penerima kehormat memperoleh ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahupun ijazah kedoktoran menerusi salah satu daripada lebih 800 sekolah perniagaan berakreditasi AACSB di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang cabaran Pemimpin Berpengaruh dan untuk melihat senarai penuh penerima kehormat, kunjungi aacsb.edu/influential-leaders.

Latar Belakang AACSB International
Sebagai gabungan pendidikan perniagaan terbesar di dunia, AACSB International (AACSB) menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk mencapai matlamat bersama: mencipta pemimpin hebat generasi akan datang. Sinonim dengan piawaian kecemerlangan tertinggi sejak tahun 1916, AACSB menyediakan jaminan mutu, kecerdasan pendidikan perniagaan, dan perkhidmatan pembangunan profesional kepada hampir 1,600 organisasi ahli dan lebih 800 sekolah perniagaan berakreditasi di seluruh dunia. Misi AACSB adalah untuk memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan memperluas kesan dalam pendidikan perniagaan. Organisasi global ini mempunyai pejabat-pejabat yang terletak di Tampa, Florida, AS; Amsterdam, Belanda; dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, kunjungi aacsb.edu.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/815507/AACSB_Corporate_Mark.jpg

 

Source: AACSB International
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Awards Not for profit