omniture

CleverTap Tingkatkan Pendapatan Lebih Dua Kali Ganda, Realisasi Pertumbuhan Pelanggan Ketara Seluruh Dunia pada 2018

CleverTap
2019-02-07 11:50 1849

Syarikat bakal percepat pertumbuhan pada 2019, dengan lebih banyak inovasi produk, peluasan dalam pasaran-pasaran utama

SAN FRANCISCO, 7 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Platform pemasaran mudah alih dan analitik CleverTap hari ini menyiarkan keputusan perniagaannya dari tahun 2018, tahun syarikat meningkatkan pendapatan dan pelanggan dengan ketara di samping mempercepatkan inovasi produknya untuk menyertakan ciri-ciri yang utama dalam industri seperti ramalan didorong pembelajaran mesin terhadap hasil perniagaan, segmentasi berasaskan-Hasrat, Pengurusan Kitar Hayat Pelanggan dan banyak lagi.

Semasa tahun 2018, CleverTap meluaskan kumpulan pelanggannya sebanyak lebih 50 peratus, menambah Fandango LATAM, Discovery Kids, Cars24, Lenskart, Oredoo, Truecaller, Vidio dan banyak lagi ke dalam senarai perniagaan yang semakin bertambah yang memanfaatkan platform tersebut untuk mencapai sasaran pemasaran mudah alih mereka. CleverTap turut melaksanakan rancangan peluasan geografi yang strategik. Dengan pejabat-pejabat baharu di Singapura dan Mumbai serta kehadiran yang semakin berkembang di benua Amerika, ia membolehkan syarikat untuk memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar di kawasan-kawasan penting yang mengalami pertumbuhan tinggi ini. Pada bulan Disember, CleverTap menerima pengiktirafan daripada EContent Magazine sebagai salah satu daripada 100 Syarikat yang Penting dalam Digital.

CleverTap memperkasa lebih 8,000 aplikasi mudah alih untuk mencapai 1 bilion peranti di seluruh dunia. Keupayaan pengoptimuman pengalamannya membantu pasukan-pasukan pertumbuhan mengumpulkan sejumlah besar data daripada saluran-saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform data pelanggan. Dikuasakan oleh enjin segmentasi yang mantap, penawaran seragamnya membantu menghasilkan gambaran yang lengkap dan lebih tepat tentang audiens berdasarkan pengoptimuman bersasaran dalam peringkat-peringkat kitar hayat. Ini menghasilkan pertumbuhan mampan dalam setiap peringkat kitar hayat pelanggan, bermula dengan kesedaran, minat, keputusan kepada advokasi.

Dengan CleverTap, perniagaan-perniagaan berupaya untuk bertindak menurut pandangan beraneka pada waktu nyata bagi mengoptimumkan prestasi aplikasi mereka dan mendorong pengalaman pelanggan omnisaluran yang bermakna. Secara kolektif, pengalaman-pengalaman ini memperlihatkan peningkatan pendapatan sebanyak lebih $2 bilion untuk pelanggan-pelanggannya. Pada tahun 2019, syarikat merancang untuk hampir menggandakan momentum produk dan kejuruteraannya agar pelanggannya dapat terus memacu metrik perniagaan utama dan meningkatkan pendapatan jangka panjang.

"CleverTap terus berkembang pada kadar luar biasa hasil daripada tumpuan kami untuk mendorong nilai kepada pelanggan kami," kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunil Thomas. "Hal ini, digabungkan dengan dedikasi berterusan kami terhadap inovasi produk memastikan kami kekal meninggikan standard. Pada tahun 2019, kami akan terus menumpu untuk mencipta penyelesaian termaju, membangunkan pasukan kami dan meluaskan kehadiran kami di samping terus mengutamakan pelanggan dalam segala-gala yang kami lakukan."

Latar Belakang CleverTap 

CleverTap membantu jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih mantap yang menyatukan data pengguna daripada saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, beribu-ribu jenama menggunakan model pembelajaran mesin CleverTap untuk mencipta strategi penglibatan pelanggan yang dibezakan yang membantu pemasar memacu pertumbuhan omnisaluran. Membina hubungan pelanggan yang berharga dengan menggunakan wawasan masa nyata yang boleh diambil tindakan yang membantu mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Lebih 8,000 jenama global termasuk Star, Sony, Vodafone, Go-Jek, Domino's, DC Comics, BookMyShow dan DealsPlus, mempercayai CleverTap untuk membantu mereka berhubung dengan pengguna dan mengembangkan aplikasi mudah alih mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CleverTap, layari clevertap.com atau ikuti melalui Facebook dan Twitter.

CleverTap mempunyai pejabat-pejabat di Sunnyvale, San Francisco, Singapura, New York, London, Mumbai dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang CleverTap. Untuk melihat bagaimana semua saiz perniagaan membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan kami.

Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Corporate Expansion Data Analytics