omniture

Alami "All Access Tour" Bangunan Empire State

Empire State Realty Trust, Inc.
2019-02-07 19:49 2110

NEW YORK, 7 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan tawaran tiket premium baharunya, "All Access Tour"—lawatan berpandu yang eksklusif untuk pengunjung-pengunjung ke mercu tanda ikonik yang menampilkan ciri-ciri bangunan tersebut yang sebelum ini menjadi kawasan larangan kepada pemegang-pemegang tiket umum.

Hanya disediakan melalui tempahan di www.esbnyc.com untuk sehingga enam orang, pengunjung-pengunjung memulakan perjalanan ESB mereka di koridor Pintu Masuk Selebriti dengan akses peribadi ke ruang nanti giliran. Mempunyai bilik mandi dan bilik soleknya sendiri, ini merupakan ruang nanti giliran sama yang mana bintang-bintang seperti Kristen Bell, John Cena, Adriana Lima, Eminem, Millie Bobby Brown dan Radio City Rockettes bersiap untuk membuat penampilan khas mereka. Nikmati snek percuma dan minuman tanpa alkohol, lihatlah memorabilia yang dihadiahkan oleh pengunjung-pengunjung selebriti dan simpanlah kenangan kunjungan anda dengan berswafoto di Halo Photo Booth. Botol sejuk Veuve Cliquot turut disediakan dengan bayaran tambahan. Susulan kunjungan ke ruang nanti giliran, tetamu-tetamu akan memulakan lawatan peribadi termasuk kunjungan ke pintu masuk untuk tetamu sahaja yang serba baharu di 34th Street yang mana mereka akan menerima foto percuma di hadapan model Bangunan Empire State yang megah berdiri setinggi 25 kaki. Tinjauan di belakang tabir terhadap foto-foto pembinaan arkib di tingkat Concourse, lawatan ke Balai Cerap ruang terbuka tingkat ke-86 yang terkenal di dunia serta lawatan terakhir, lobi Art Deco Fifth Avenue yang dipulihkan dengan indah, melengkapkan pakej lawatan tersebut.

"Tatkala Bangunan Empire State terus berkembang maju dan meningkatkan pengalaman untuk tetamu-tetamu kami, kami teruja untuk melancarkan 'All Access Tour,' yang membawa anda melihat di sebalik kawasan dengan akses terhad," kata Jean-Yves Ghazi, Naib Presiden Kanan Balai Cerap. "'All Access Tour' menyediakan semua individu yang berhak mendapat ruang dengan layanan sama yang diterima oleh para selebriti dan tetamu-tetamu kehormat lain apabila mereka mengunjungi mercu tanda ikonik tersebut. Sertai kami dan ciptalah kenangan yang akan kekal sepanjang hayat."

"All Access Tour" tersedia lima kali sehari, pada hari Isnin hingga Ahad dan berharga $500 bagi setiap individu. Tempahan hanya disediakan di www.esbnyc.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2018, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Travel New products/services