omniture

Ketepatan Sistem Pemantauan Glukosa Darah OneTouch® Terbukti dalam Kajian Jangka Panjang Baharu

Lifescan, Inc.
2019-02-08 22:35 1846

Kajian menunjukkan ketepatan klinikal platform OneTouch Select Plus® serta mendemonstrasikan nilai program ujian yang berterusan dan sistematik bagi mengesahkan prestasi produk selama mana ia tersedia kepada pesakit  

CHESTERBROOK, Pennsylvania, 8 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal teknologi diabetes terkemuka menunjukkan ketepatan klinikal bagi tempoh jangka panjang untuk platform jalur ujian glukosa darah OneTouch Select Plus® serta menonjolkan prestasi yang tekal tepat daripada produk ini. Ini merupakan kajian terbaharu menerusi beberapa kajian terkini yang mengesahkan ketepatan sistem pemantauan glukosa darah jenama OneTouch®.

Satu kajian yang diterbitkan minggu ini dalam Journal of Diabetes Science and Technology (JDST) memperincikan ketepatan terbukti selama tiga tahun platform pemantauan glukosa darah OneTouch Select Plus® dalam pelbagai kajian klinikal dalam kalangan pesakit yang menghidap diabetes. Keputusan kajian diperoleh daripada lebih 21,000 titik data menerusi lebih 200 kumpulan jalur berbeza yang diperkenalkan sejak pelancaran jalur ujian OneTouch Select Plus® pada tahun 2015. Keputusan menunjukkan sistem ini tekal memenuhi keperluan minimum piawaian Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) 15197:2013 dan versi harmoni Eropah EN ISO 15197:2015, dengan purata keputusan 97.7% dalam spesifikasi, menunjukkan ketepatan dan ketekalan produk.1

"Kajian ini merupakan contoh kestabilan dan kepentingan klinikal yang diaplikasikan oleh LifeScan kepada program pascapasarannya, yang saya anggap sebagai amalan yang boleh disarankan kepada syarikat-syarikat peranti diabetes," kata Dr. Guido Freckmann, Pengarah Perubatan Institut für Diabetes-Technologie Forschungs- und Entwicklungsgesellschaft mbH an der Universität, Ulm dan pakar ketepatan pemantauan glukosa darah utama. "Dalam kajian ini, keputusan adalah berdasarkan lebih 21,000 bacaan meter glukosa darah yang dihimpunkan dalam persekitaran klinikal dan digandingkan dengan bacaan alatan rujukan yang sepadan, kesemuanya menggunakan jalur ujian OneTouch Select Plus® dalam tempoh beberapa tahun. Kaedah ujian yang berterusan dan sistematik seperti ini meningkatkan gambaran prestasi yang diberikan oleh kajian ketepatan yang lain, termasuk kajian yang pernah ditulis oleh saya."

Kajian ini merupakan kajian terkini dalam beberapa siri kajian yang menonjolkan ketepatan sistem pemantauan glukosa darah OneTouch. Dalam kajian JDST Mac 2018, pakar-pakar terkemuka bagi pemantauan sendiri glukosa darah (BG) menguji sistem pemantauan glukosa darah OneTouch Verio Flex® dan mendapati bahawa "sistem baharu ini menunjukkan tahap ketepatan pengukuran yang tinggi." Ketiga-tiga item yang diuji memenuhi dan melangkaui keperluan minimum piawaian Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa 15197:2013 untuk ketepatan sistem. 2

Kajian ini menyusuli penerbitan kajian ketiga dalam isu April 2017 daripada jurnal sama yang memperincikan ketepatan terbukti selama tujuh tahun platform OneTouch Verio® menerusi lebih 70,000 titik data klinikal.3

"Pemantauan sendiri glukosa darah masih menjadi cara yang paling tepat, berkesan dan boleh diakses yang membolehkan mereka yang menghidap diabetes mengesan gula dalam darah," kata Dr. David Shearer, Pengarah Kanan Hal Ehwal Perubatan Seluruh Dunia dan Pegawai Kanan Keselamatan, LifeScan, Inc. "Dengan rangkaian sistem pemantauan glukosa darah OneTouch Select Plus® dan OneTouch Verio®, kami berbangga untuk menawarkan mereka yang menghidap diabetes dan pasukan penjagaan mereka dengan produk-produk yang amat tepat yang mereka yakin boleh dipercayai."

Sistem pemantauan glukosa darah OneTouch Select Plus® dan jalur ujian OneTouch Select Plus® serta sistem pemantauan glukosa darah OneTouch Verio Flex® dan jalur ujian OneTouch Verio® merupakan tawaran-tawaran daripada jenama ikonik OneTouch® oleh LifeScan. Ketersediaan produk berbeza mengikut negara. Tiga kajian dalam Journal of Diabetes Science and Technology yang disebutkan dibiayai kesemuanya atau sebahagiannya oleh LifeScan. 

Latar Belakang LifeScan, Inc.
Dengan wawasan untuk mencipta dunia tanpa had buat mereka yang menghidap diabetes, LifeScan, Inc. merupakan peneraju dunia bagi pemantauan glukosa darah – di seluruh dunia, lebih 20 juta orang bergantung kepada produk-produk berjenama OneTouch® untuk membantu mereka mengurus penyakit diabetes mereka. Selama lebih 35 tahun, LifeScan menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan kualiti hidup mereka yang menghidap diabetes dengan membangunkan produk-produk yang ditakrifkan oleh kesederhanaan, ketepatan dan kepercayaan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.LifeScan.com dan www.OneTouch.com.

1 Setford, et al. Evidence from a Long-term, Systematic Post-Market Surveillance Program; Clinical Performance of a Haematocrit Insensitive Blood Glucose Test-Strip. Journal of Diabetes Science and Technology (2019) 1-9

2 Annette Baumstark, PhD, Nina Jendrike, MD, Stefan Pleus, MSc, Christina Liebing, PhD, Cornelia Haug, MD, and Guido Freckmann, MDAccuracy evaluation of a new system for self-monitoring of blood glucose with three test strip lots based on ISO 15197:2013 (Journal of Diabetes Science and Technology (2017) 1-2

3 Setford, et al. Seven-year surveillance of the clinical performance of a blood glucose test strip product. Journal of Diabetes Science and Technology (2017) 1-8

Source: Lifescan, Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research