omniture

BioLineRx Umum Penutupan Tawaran Awam Ditaja Jamin $15.4 Juta untuk Saham Depositori Amerika dan Waran

BioLineRx Ltd.
2019-02-08 23:27 2041

TEL AVIV, Israel, 8 Februari 2019 /PRNewswire/ -- BioLineRx Ltd. (NASDAQ/TASE: BLRX), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada onkologi dan imunologi, hari ini mengumumkan ia telah menutup tawaran awam yang ditaja jamin yang diumumkan sebelum ini untuk 28,000,000 Saham Depositori Amerika ("ADS"), setiap satunya mewakili satu saham biasa dan waran untuk membeli 28,000,000 ADS, pada harga tawaran awam sebanyak $0.55 setiap ADS dan waran yang disertakan. Waran ini boleh dilaksanakan serta merta, akan tamat tempoh lima tahun dari tarikh pengeluaran dan dengan harga pelaksanaan sebanyak $0.75 setiap ADS. Hasil kasar daripada tawaran ini ialah $15.4 juta, sebelum metolak diskaun dan komisen penajajaminan serta perbelanjaan tawaran yang dibayar oleh BioLineRx dan tidak termasuk pelaksanaan sebarang waran. Semua sekuriti dalam tawaran ini dijual oleh BioLineRx. BioLineRx menjangkakan untuk menggunakan hasil bersih daripada tawaran ini untuk tujuan am korporat yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, modal kerja dan pembiayaan ujian klinikal.

Oppenheimer & Co. Inc. bertindak sebagai pengurus tunggal transaksi untuk tawaran ini. Maxim Group LLC bertindak sebagai pengurus bersama tawaran ini.

Sekuriti yang dinyatakan di atas dikeluarkan menurut kenyataan pendaftaran simpanan (No. Fail 333-222332) yang sebelum ini difailkan dengan, dan diisytiharkan berkuatkuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"). Tambahan prospektus akhir yang berkaitan dengan tawaran ini difailkan dengan SEC dan disediakan di laman sesawang SEC di www.sec.gov. Salinan tambahan prospektus akhir juga boleh didapati daripada Oppenheimer & Co. Inc., 85 Broad St., Tingkat 26, New York, New York 10004, Untuk perhatian: Jabatan Prospektus Sindiket, atau dengan menghubungi di talian: (212) 667-8055 atau emelkan kepada: EquityProspectus@opco.com.

Siaran akhbar ini bukan merupakan tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli dan tidak ada penjualan sekuriti ini dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, permintaan atau penjualan itu adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa berkenaan.

Latar Belakang BioLineRx 

BioLineRx ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang menumpu pada onkologi. Syarikat mendapatkan lesen sebatian-sebatian baharu, membangunkannya melalui peringkat-peringkat praklinikal dan/atau klinikal dan selanjutnya bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal bagi tujuan pembangunan klinikal lanjutan dan/atau pengkomersialan.

Calon-calon terapeutik utama BioLineRx ialah BL-8040, platform terapi kanser yang berjaya menyelesaikan kajian Fasa 2a untuk leukemia mieloid akut ("AML") relaps/refraktori dan kini sedang berada dalam kajian Fasa 2b sebagai rawatan penyatuan AML dan telah memulakan kajian Fasa 3 dalam mobilisasi sel stem untuk transplantasi autologus; dan AGI-134, rawatan imunoterapi yang dibangunkan untuk pelbagai ketumbuhan pepejal yang baru-baru ini dimulakan oleh kajian Fasa 1/2a. Selain itu, BioLineRx menjalin kerjasama strategik dengan Novartis bagi tujuan pembangunan bersama calon-calon ubatan baharu bersumber Israel yang terpilih; perjanjian kolaborasi dengan MSD (dikenali sebagai Merck di Amerika Syarikat dan Kanada), atas dasar yang mana Syarikat menjalankan kajian Fasa 2a untuk kanser pankreas menggunakan kombinasi antara BL-8040 dan KEYTRUDA® (pembrolizumab), serta perjanjian kolaborasi dengan Genentech Inc., ahli Roche Group, bagi menyelidik kombinasi antara BL-8040 dan atezolizumab Genentech dalam beberapa kajian Fasa 1b/2 untuk pelbagai indikasi ketumbuhan pepejal serta AML.

Pelbagai kenyataan dalam siaran akhbar ini berhubung jangkaan masa depan BioLineRx terdiri daripada "kenyataan pandang ke hadapan" mengikut pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan-kenyataan ini termasuk perkataan-perkataan seperti "mungkin", "mengharapkan", "menjangkakan", "percaya" dan "berhasrat" serta menjelaskan pandangan-pandangan tentang peristiwa-peristiwa masa depan. Kenyataan-kenyataanpandang ke hadapan ini melibatkan risiko-risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar BioLineRx berbeza dengan nyata daripada mana-mana keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan jangkaan berkenaan. Beberapa risiko ini ialah: perubahan hubungan dengan kolaborator; kesan produk kompetitif dan perubahan teknologi; risiko berhubung pembangunan produk baharu; dan kebolehan untuk melaksanakan penambahbaikan teknologi. Hal-hal ini dan faktor-faktor lain dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian "Faktor-faktor Risiko" dalam laporan tahunan paling terkini BioLineRx pada Borang 20-F yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 6 Mac 2018 serta pemfailan lain oleh BioLineRx dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Selain itu, mana-mana kenyataan jangkaan yang memperlihatkan pandangan BioLineRx hanyalah setakat tarikh siaran akhbar ini dan tidak seharusnya dipercayai sebagai mewakili pandangannya pada mana-mana tarikh berikutnya. BioLineRx tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan melainkan dikehendaki oleh undang-undang.   

Source: BioLineRx Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:BLRX TelAviv:BLRX
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Offerings