omniture

STRATACACHE Pusatkan Operasi Asia-Pasifik di Ibu Pejabat Singapura Baharu

STRATACACHE
2019-02-11 17:00 1429

DAYTON, Ohio, 11 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, STRATACACHE mengumumkan keputusan untuk membuka ibu pejabat serantau baharu di Singapura bagi tujuan memimpin operasi-operasi Asia-Pasifik merentas jaringan syarikat teknologi pemasaran STRATACACHE, termasuk Scala. Pejabat baharu berkeluasan 3,100 kaki persegi itu akan membolehkan STRATACACHE memusatkan operasi dan sokongan untuk jualan, pemasaran, pembangunan, perkhidmatan dan sokongan pelanggan di rantau luas berkenaan.


STRATACACHE mengalami pertumbuhan pesat di seluruh rantau berkenaan, khususnya dalam sektor-sektor restoran khidmat pantas, maklumat peruncitan dan perbankan runcit, serta menerajui industri dalam membawa penyelesaian penglibatan pembeli belah dan audiens kepada pasaran. Semua pejabat akan melapor kepada Manish Kumar, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Kanan Operasi Asia-Pasifik STRATACACHE, yang memantau pertumbuhan jualan dan akan memimpin semua operasi Singapura. STRATACACHE telah mengalami pertambahan kakitangan yang signifikan, untuk menyokong pertumbuhan korporat seluruh dunia, termasuk pemerolehan dan penjenamaan semula syarikat pengkomputeran pintar dan peranti tablet semua-dalam-satu, Scala China. Scala ialah jenama utama untuk jaringan syarikat STRATACACHE di rantau Asia-Pasifik.    

"Scala membina pengiktirafan jenama yang signifikan sebagai platform papan tanda digital utama di rantau berkenaan dan terdapat potensi besar untuk pertumbuhan selanjutnya pada tahun 2019 — dengan menyediakan pelanggan-pelanggan kami di Asia Pasifik dengan penyelesaian teknologi pemasaran pintar yang terdapat dalam seluruh jaringan STRATACACHE," kata Chris Riegel, Ketua Pegawai Eksekutif STRATACACHE. "Dengan mengalihkan pusat tumpuan rantau tersebut ke Singapura, kami dapat menyelaraskan operasi dan memastikan agar kami dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."

"Jaringan syarikat STRATACACHE seluruh dunia mengalami tahun 2017-2018 yang amat menguntungkan. Manish dan pasukannya mengaturkan pemulihan luar biasa di India dan seluruh Asia-Pasifik, bermula dengan perkhidmatan dan penyelesaian kepada kumpulan pelanggan Scala," tambah Riegel. "Berupaya memanfaatkan teknologi dan kepakaran dalam seluruh jaringan STRATACACHE akan terus memacu pertumbuhan jenama tersebut dan penerimaan papan tanda digital dan teknologi pemasaran rantau berkenaan."

Latar Belakang STRATACACHE
STRATACACHE menyediakan pengalaman pelanggan yang boleh disesuaikan, memperkasa peniaga untuk mempelajari tentang pilihan keutamaan dan tingkah laku beli belah pelanggan mereka dengan lebih mendalam, membolehkan interaksi pembeli belah yang diperibadikan. Penyelesaian kami memberikan pengaktifan pengguna ketika membuat keputusan, menjana peluang jualan baharu dan keuntungan jualan yang dipertingkat. Dengan lebih 2 juta pengaktifan perisian di seluruh dunia, kami memperkasa rangkaian digital yang paling besar untuk jenama-jenama terbesar di dunia. Dalam seluruh jaringan STRATACACHE yang terdiri daripada syarikat-syarikat penyelesaian media digital/teknologi pengiklanan pelengkap, kami mempunyai teknologi, kepakaran dan rekod prestasi untuk menyediakan inovasi jualan yang membawa hasil. Ketahui lebih lanjut tentang rangkaian STRATACACHE di www.stratacache.com, Twitter @STRATACACHE atau di Facebook.

Latar Belakang Scala
Penyelesaian Scala memberi pengalaman jualan yang menarik dengan menghubungkan rangkaian papan tanda digital, kios, peranti mudah alih, laman sesawang dan peranti terhubung Internet. Scala, sebuah syarikat STRATACACHE, menyediakan platform untuk pemasar, penjual dan penginovasi bagi mencipta dengan mudah dan mengurus secara berpusat penerimaan pengalaman membeli belah sambil mengekalkan kefleksibelan untuk beradaptasi dengan pantas terhadap keadaan perniagaan tempatan dan pilihan keutamaan pelanggan di kedai. Menerusi 30 tahun pengalaman dalam menghiburkan, memaklumkan dan mendidik audiens, Scala amat terkenal dengan inovasinya dan memanfaatkan teknologi yang terbaik dalam kelasnya seperti analitik mudah alih dan prediktif bagi mencipta penyelesaian yang memenangi anugerah yang mudah digunakan, namun boleh disesuaikan secara tak terhingga. Beribu pejabat berhampiran Philadelphia, Pennsylvania, jaringan rakan kongsi dan pembangun Scala terletak di lebih 90 negara memacu lebih 500,000 skrin seluruh dunia.


 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/819977/STRATACACHE_Tokio_Marine_Centre.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/819978/STRATACACHE_Headquarters.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/659530/STRATACACHE_Logo.jpg  

 

Source: STRATACACHE
Keywords: Computer/Electronics Retail Corporate Expansion