omniture

SBI Neo Financial Services dan AntWorks™ Umum Usaha Sama Sediakan Pengautomatan Pintar kepada Pasaran ASEAN Melalui SBI Antworks Asia

AntWorks
2019-02-12 08:00 1178

SINGAPURA dan TOKYO, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Penyedia global bagi kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar, AntWorks™ dikuasakan oleh sains fraktal, hari ini mengumumkan satu usaha sama dengan SBI Neo Financial Services Co., Ltd., untuk membekalkan platform pengautomatan pintar bersepadu AntWorks™ untuk pasaran-pasaran Asia Timur dan Asia Tenggara.

SBI Neo Financial Services, subsidiari milik penuh SBI Holdings Inc, beribu pejabat di Tokyo, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian dengan AntWorks™, Beribu Pejabat di Singapura, untuk menubuhkan SBI Antworks Asia. Usaha sama ini diwujudkan bagi menyokong jualan dan pengenalan kepada platform pengautomatan operasi AntWorks Asia Timur dan Asia Tenggara yang menggabungkan keupayaan Pembacaan Mesin Kognitif dan RPA dengan kecerdasan buatan (AI). SBI Group akan memegang 60 peratus kepentingan dalam SBI Antworks Asia.

Pada Ogos 2018, SBI melabur sebanyak US$15 juta dalam AntWorks melalui SBI AI&Blockchain Fund yang diurus oleh SBI Investment. Berbeza sekali dengan alatan OCR yang lebih tradisional, platform pengautomatan pintar Generation 2.0 yang dibangunkan dan disediakan oleh AntWorks memanfaatkan Pembacaan Mesin kognitif sebagai asas enjin pengingesan datanya. Ini membolehkan data diinges dalam sebarang bentuk (termasuk berstruktur, separa berstruktur, tidak berstruktur, tersimpul dan imej) yang mengubah secara radikal kualiti dan ketepatan data yang digunakan pada permulaan proses pengautomatan. Ini hanyalah salah satu komponen platform yang dipercayai oleh AntWorks™ dapat membolehkan mereka memberikan keputusan yang bertambah baik dengan ketara berbanding alatan RPA dan OCR tradisional (kini semakin menjadi rujukan dalam industri sebagai teknologi Gen 1.0).

Penyelesaian Gen 2.0 AntWorks menggabungkan suit penuh teknologi AI, termasuk visi mesin, pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan pemodelan bahasa tabii (NLM), pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan penjanaan bahasa tabii (NLG). Prinsip-prinsip platform tersebut kesemuanya disokong oleh sains fraktal, diterajui sebagai alternatif rintis kepada sains neural bagi penggunaan pengautomatan proses oleh AntWorks.

Penyelesaian AntWorks direka untuk mengatasi cabaran-cabaran sukar yang tidak dapat ditangani oleh teknologi-teknologi konvensional, seperti yang dibuktikan oleh hakikat bahawa teknologi AI berasaskan teori fraktal firma tersebut membolehkan dokumen-dokumen format tidak seragam dibaca.

SBI Antworks Asia akan memeterai perjanjian gabungan perniagaan yang eksklusif dengan AntWorks™ berhubung operasi-operasi di Asia Timur dan Asia Tenggara, seraya membantu jualan dan pengenalan produk-produknya.

Jepun perlu meneruskan rasionalisasi operasi dengan segera sebagai sebuah negara yang kini dilanda masalah kekurangan tenaga buruh disebabkan oleh penduduk umur bekerja yang semakin sedikit. Berhubung hal ini, dengan memanfaatkan produk-produk AntWorks™, SBI Antworks Asia akan menyediakan penyelesaian kepada cabaran sosial berkenaan, sambil membantu pelanggan yang ingin merasionalisasikan operasi-operasi.

Pengarah Perwakilan SBI Neo Financial Services, Yoshitaka Kitao, mengulas, "Platform AntWork menggunakan AI untuk CMR dan RPA pada platform mereka yang membolehkan mesin mengenali data tidak berstruktur. AI Pintar ini merupakan teknologi RPA generasi seterusnya. Ia akan merealisasikan pengautomatan sebenar di pejabat sepertimana yang berlaku di kilang-kilang Jepun pada tahun 1950-an dan 1960-an. Kini, Jepun berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan oleh penurunan populasi. RPA pintar ialah penyelesaian kepada keadaan ini. SBI Neo Financial Services bakal membawakan teknologi ini bukan sahaja untuk bank-bank serantau tetapi juga syarikat-syarikat lain di Jepun. Tambahan pula, kami bersedia untuk membawa RPA pintar ini ke negara-negara Asia melalui pangkalan kami di rantau ini. Ini akan mempercepatkan pertumbuhan negara-negara Asia dengan meningkatkan tahap produktiviti operasi-operasi dalam syarikat-syarikat."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama AntWorks, Asheesh Mehra, mengulas, "Saya berasa amat teruja dengan penandatanganan perjanjian Usaha Sama ini memandangkan ia mengukuhkan hubungan antara SBI dan AntWorks™. Perkongsian ini akan membolehkan penembusan yang dipercepat ke dalam pasaran Asia Timur dan Asia Tenggara untuk AntWorks dan akan membawa kekuatan Platform Pengautomatan Pintar Perusahaan ANTstein™ AntWorks™ ke hadapan." En. Mehra turut menambah, "Menerusi hubungan SBI yang mendalam, perkongsian ini akan membolehkan AntWorks™ menjadi sebahagian daripada perubahan penting yang akan berlaku, di peringkat perusahaan mahupun dalam operasi bahagian belakang pejabat masa depan, bagi menggembirakan pelanggan-pelanggannya di rantau ini menggunakan tenaga kerja digital."

Latar Belakang SBI Neo Financial Services 

SBI Neo Financial Services ialah sebuah syarikat gabungan SBI Holdings dan bermatlamat untuk mendorong penyebaran lebih lanjut teknologi-teknologi inovatif kepada pelbagai pengguna, seperti institusi-insitusi kewangan serantau Jepun melalui pengalaman dan pandangan SBI Group terhadap kewangan dalam talian. Objektif SBI Neo Financial Services adalah untuk menyumbang kepada pemulihan serantau melalui hubungan yang terjalin antara institusi-institusi kewangan serantau dan SBI Group dengan memanfaatkan perkhidmatan inovatif syarikat-syarikat SBI Group dan syarikat-syarikat Teknologi Kewangan dari seluruh dunia.

Latar Belakang AntWorks 

AntWorks[TM] ialah syarikat kecerdasan buatan (AI) dan pengautomatan pintar bertaraf global; mewujudkan kemungkinan baharu bersama data melalui pendigitalan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai satu-satunya platform Dunia yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai industri. Dengan mencipta bot seakan-akan manusia dalam persekitaran rendah-kod / tanpa-kod, ANTstein™ menginovasi cara baharu untuk mengautomasikan proses-proses yang rumit. Penyelesaian AntWorks dapat memperkasa perusahaan-perusahaan dengan pandangan tepat melalui lapisan teknologi bersepadu dan pintar yang mengautomasi dan belajar sendiri. Secara ringkasnya, ia mempercepatkan aspek baharu dengan tekal. ANTstein™ juga merupakan Platform Pengautomatan Pintar Perusahaan pertama dan tunggal yang dikuasakan oleh prinsip-prinsip sains fraktal dan pengecaman pola.

 

Source: AntWorks
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Joint ventures