omniture

XOS Lancar Penganalisis Kadmium Baharu untuk Uji Logam Berat dalam Tanah dan Produk Pertanian

XOS
2019-02-12 10:22 2286

ALBANY, New York, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ -- XOS mengumumkan pelancaran seluruh dunia bagi Cadence™, penganalisis berbilang unsur baharu yang memberikan had pengesanan yang terbaik dalam kelasnya untuk logam-logam berat dalam tanah dan matriks serbuk. Cadence menawarkan pengukuran unsur-unsur secara serentak seperti Cd, As, Pb, Cu, Ni dan Cr dalam tanah dan produk pertanian seperti beras dan gandum. Ia merupakan penyelesaian ideal untuk pemeriksa pertanian dan penilai alam sekitar.

XOS_Cadence_Analyzer
XOS_Cadence_Analyzer

Kunjungi xos.com/cadence-brochure untuk melihat risalah produk kami dan ketahui lebih lanjut tentang Cadence.

Mike Palmer, Naib Presiden Jualan untuk XOS, percaya bahawa ini akan menjadi pengubah industri untuk pemulihan alam sekitar. "Alatan sedia ada tidak menawarkan analisis yang boleh diukur untuk kadmium dan logam-logam berat yang lain dalam tanah dan makanan. Cadence merupakan penyelesaian bergerak yang membolehkan anda untuk mengendalikan lebih banyak sampel dalam masa yang singkat dan menjalankan analisis yang lebih teliti untuk pemulihan tapak dan keputusan penggunaan tanah yang lebih baik."

Pencemaran tanah dengan logam berat menjadi masalah kritikal di kawasan-kawasan yang mengalami proses pengindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Kadmium (Cd) menjadi tumpuan khusus sebagai karsinogen berpotensi disebabkan oleh mobiliti tingginya dalam tanah dengan air dan pengambilannya oleh biji-bijian seperti beras dan gandum, yang merupakan ruji pemakanan yang penting. Usaha awal yang mencirikan pencemaran tanah Cd bergantung kepada teknik-teknik kimia basah seperti ICP-MS atau AAS, untuk mencapai tahap kepekaan bagi tujuan pengkuantitian pada had kawal atur. Walau bagaimanapun, kimia basah memerlukan makmal analitik yang mahal, kakitangan yang amat terlatih dan mengakibatkan kekangan masa untuk maklum balas disebabkan oleh logistik sampel, proses persediaan dan analitik yang sering mengambil masa selama lebih seminggu untuk mengumpulkan keputusan. Dengan keputusan sebanding kepada kimia basah, Cadence menjadi penyelesaian alternatif yang berdaya maju.

Cadence dikuasakan oleh teknologi High Definition X-ray Fluorescence (HDXRF®): teknik analisis unsur yang menawarkan prestasi pengesanan yang dipertingkat secara signifikan berbanding teknologi Pendarfluor Sinar-X Sebaran Tenaga (EDXRF) tradisional. Teknik ini mengaplikasikan optik monokromatik dan pemfokusan canggih, mendayakan nisbah isyarat-kepada-latar-belakang yang lebih tinggi dengan ketara berbanding Pendarfluor Sinar-X polikromatik tradisional.

Latar Belakang XOS
XOS ialah pengeluar utama bagi penganalisis sinar-X kegunaan khusus, yang menawarkan penyelesaian analisis unsur yang dapat meningkatkan tahap keselamatan awam dan kecekapan pelanggan dalam industri-industri seperti petroleum, produk pengguna dan pematuhan alam sekitar. Bagi kegunaan alam sekitar, XOS menawarkan penganalisis XRF Definisi Tinggi (HDXRF) bagi mengesan unsur-unsur toksik dalam makanan, tanah dan air. XOS: analisis lebih baik itu penting. <www.xos.com>

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/817956/XOS_Cadence_Analyzer.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/430998/XOS_Logo.jpg  

Source: XOS
Related Links:
Keywords: Agriculture Chemical Computer/Electronics Environmental Products & Services Mining/Metals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)