omniture

FastMatch Dan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Dmitri Galinov, Sahkan Perjanjian Penyelesaian

Dmitri Galinov
2019-02-15 08:17 1845

NEW YORK, 15 Februari 2019 /PRNewswire/ -- FastMatch, Inc., pengendali pasaran lani tukaran asing yang terkemuka, dan Dmitri Galinov, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, hari ini mengumumkan bahawa kedua-duanya telah membuat penyelesaian damai tuntutan mahkamah yang difailkan oleh En. Galinov ke atas FastMatch dan syarikat induknya, Euronext US. Menurut terma-terma penyelesaian berkenaan, kedua-dua pihak tidak mengakui sebarang liabiliti mahupun salah laku.

Penyelesaian berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat, kakitangannya serta pelanggan. Ketua Pegawai Eksekutif FastMatch, Kevin Wolf, yang menggantikan En. Galinov, terus menumpu untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan antarabangsa FastMatch dan mengembangkan perniagaan. En. Galinov meninggalkan syarikat pada 6 Jun 2018 dan mengejar minat lain.

Latar Belakang FastMatch 
FastMatch ialah Rangkaian Komunikasi Elektronik untuk perdagangan tukaran asing. FastMatch menawarkan pelanggannya dengan akses kepada pengumpulan besar kecairan yang pelbagai pada tahap kelajuan yang tiada tandingan dengan ketelusan menyeluruh di lokasi optimum. Teknologi yang memenangi anugerah miliknya memberikan FastMatch dengan kelebihan kelajuan penting dan berkeupayaan untuk mengendalikan ribuan pelanggan secara serentak. Pelanggan-pelanggan termasuk broker-broker runcit, institusi-institusi, bank-bank, dana-dana lindung nilai dan firma-firma dagangan proprietari.

Latar Belakang Dmitri Galinov 
Sebelum penubuhan FastMatch pada tahun 2012, En. Galinov merupakan eksekutif kanan di Credit Suisse yang mana beliau memimpin Crossfinder, satu pengumpulan untuk perdagangan sendirian. Beliau turut menyandang jawatan-jawatan di bursa saham yang berpangkalan di New Jersey, Direct Edge dan firma teknologi dagangan yang berpangkalan di New York, Lava Trading. 

HUBUNGI - 

FastMatch
Sard Verbinnen & Co: 
Ellen Davis/Emily Claffey/Kelly Langmesser 
+1 212 687 8080 
FastMatchCommsandLegal-SVC@sardverb.com  

Euronext 
Pauline Bucaille 
+33 1 70 48 23 31 
pbucaille@euronext.com  

Pascal Brabant (Brussels
+32 2 620 15 50 
pbrabant@euronext.com  

Penganalisis & Pelabur Euronext/FastMatch
Aurélie Cohen 
+33 1 70 48 24 27 
ir@euronext.com  

Dmitri Galinov 
Eric C. Andrus 
KARV Communications 
122 East 42nd Street 
Suite 2005 
+1 212 333 0267 
eca@karvcommunications.com

Source: Dmitri Galinov
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Legal issues