omniture

Blume Global Umum Lembaga Penasihat Eksekutif

Blume Global
2019-02-19 21:00 976

Blume Global Lantik Pakar-pakar Rantaian Bekalan dan Pemimpin-pemimpin Pemikiran Bantu Percepat Strategi Inovasi dan Sokong Kejayaan Berterusan Syarikat

PLEASANTON, California, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Blume Global, sebuah syarikat yang mengalami pertumbuhan tinggi dengan sejarah membawakan inovasi dalam ekosistem rantaian bekalan global, hari ini melancarkan Lembaga Penasihat Eksekutif (EAB) Blume dan mengumumkan ahli-ahli pertamanya.


EAB menghimpunkan pasukan penasihat yang terdiri daripada eksekutif-eksekutif rantaian bekalan yang disegani, pakar-pakar industri serta pemimpin-pemimpin teknologi dan akademik bagi membantu membentuk dan menakrifkan strategi Blume Global, keutamaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta peta hala tuju produk bagi mendayakan dan memperkasa ekosistem rantaian bekalan kolaboratif yang memacu nilai untuk semua peserta, bermula dengan syarikat-syarikat trak tempatan yang paling kecil, penyedia-penyedia perkhidmatan logistik, kepada pembawa-pembawa, serta syarikat-syarikat jualan, teknologi tinggi, pembuatan, produk pengguna, farmaseutikal dan automotif yang paling besar di dunia.

Ahli-ahli pengasas EAB Blume yang diumumkan hari ini termasuk:

Mark Bakker , HP — Bakker ialah ketua operasi rantaian bekalan HP untuk benua Amerika. Beliau bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Rantaian Bekalan dan Logistik secara hujung-ke-hujung untuk perniagaan HP di rantau tersebut. Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan kepimpinan menerusi peranan-peranan dalam rantaian bekalan dan operasi sepanjang hampir 25 tahun bersama HP, dengan rekod pencapaian yang kukuh dalam proses dan transformasi digital.

Ibrahim Gokcen , Schneider Electric — Gokcen ialah ketua pegawai teknologi untuk Schneider Electric dan turut berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif untuk Maersk Tankers. Beliau membawa pengalaman selama dua dekad dalam memimpin transformasi digital dan mengindustrikan Kecerdasan Buatan untuk syarikat-syarikat global seperti A.P. Moller - Maersk dan General Electric.

Gilles Leyrat , Cisco Systems — Leyrat pernah mengurus operasi-operasi untuk syarikat-syarikat Fortune 50, HP serta Cisco dan kini berkhidmat sebagai naib presiden kanan Cisco bagi perkhidmatan perniagaan global. Beliau membina kerjaya dengan mengoptimumkan prestasi operasi, meluaskan operasi dan memimpin pelaksanaan penggabungan dan pemerolehan pada skop antarabangsa.

Jim Miller , AREVO — Sebagai penasihat strategik dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif untuk syarikat pembuatan digital, AREVO, Miller membina kerjaya beliau dalam meluaskan operasi untuk syarikat-syarikat seperti Google, Cisco dan Amazon. Sebelum ini, beliau merupakan naib presiden Google untuk operasi seluruh dunia, yang mana beliau bertanggungjawab untuk merancang, memperoleh, membangunkan dan menggunakaan infrastruktur awan globalnya.

Tracy Rosser , Walmart — Seorang penasihat dan ahli lembaga, Rosser menghabiskan masa selama 22 tahun di Walmart menerusi pelbagai jawatan eksekutif untuk rantaian bekalan dan operasi kedai. Bagi jawatan paling terkini beliau, Rosser berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Pengangkutan & Rantaian Bekalan untuk Walmart.

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kumpulan eksekutif yang disegani dan berkepakaran ini ke dalam Lembaga Penasihat Eksekutif Blume. Bimbingan dan pandangan mereka akan membantu membentuk strategi inovasi kami, membawakan kepakaran luar ke dalam syarikat untuk strategi produk kami dan membantu membentuk kejayaan berterusan syarikat kami menuju masa depan," kata Pervinder Johar, Ketua Pegawai Eksekutif, Blume Global. "Tatkala kami memperkasa dan meningkatkan jaringan rantaian bekalan kolaboratif global kami, bermula daripada pengirim, kepada penyedia perkhidmatan logistik kepada pembawa, serta kesemua peserta dalam ekosistem ini, penasihat-penasihat kami akan membantu kami mempercepatkan usaha kami demi membina skala selanjutnya dan merealisasikan wawasan strategik kami."

Latar Belakang Blume Global
Bermula dengan para peruncit, para pengeluar dan syarikat-syarikat produk pengguna global yang terbesar di dunia hinggalah kepada syarikat-syarikat trak pengangkut barang tempatan terkecil, kejayaan bergantung pada keterlihatan dan pengaturan hujung-ke-hujung jaringan rantaian bekalan global dalam setiap pergerakan, setiap mod dan setiap jarak. Dengan platform dan penyelesaian digital didayakan AI dan dipacu data untuk keterlihatan waktu nyata, pelaksanaan logistik, pengurusan aset, penunaian dan penyelesaian kewangan, penyelesaian Blume memanfaatkan lebih 20 tahun maklumat data dan jaringan globalnya untuk membantu perusahaan menjadi lebih tangkas dan responsif, menambah baik penyerahan perkhidmatan dan mengurangkan kos. Ketahui lebih lanjut di blumeglobal.com.

HUBUNGAN MEDIA:

Katie Bromley
Pengarah Komunikasi
Blume Global
925-270-0520
kbromley@blumeglobal.com

Laura Often
Pengurus Akaun
InkHouse
781-296-6485
blume@inkhouse.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/822904/Blume_Global_Executive_Advisory_Board.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/744701/Blume_Logo.jpg

Source: Blume Global
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Personnel announcements Data Analytics