omniture

Merck Terima Paten A.S. Pertama Untuk Kaedah Penyuntingan Genom CRISPR Lebih Baik

Merck
2019-02-19 21:00 1021

- Teknologi proksi-CRISPR sediakan penyelesaian untuk tambah baik penyuntingan genom dan majukan kemungkinan baharu untuk penyelidikan

- Bantu ubah suai kawasan genom yang sukar diakses, tingkatkan liputan genom

DARMSTADT, Jerman, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dan peneraju bagi penyuntingan genom, hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat telah mengeluarkan notis rasmi yang membenarkan permohonan paten Merck diarahkan kepada teknologi proksi-CRISPR miliknya.

Merck has been granted 13 CRISPR-related patents worldwide. (PRNewsFoto/Merck)
Merck has been granted 13 CRISPR-related patents worldwide. (PRNewsFoto/Merck)

"Ini merupakan paten A.S. pertama untuk CRISPR dan selaku penginovasi utama teknologi CRISPR, kami akan terus berkolaborasi dengan para saintis seluruh dunia untuk memastikan bahawa potensi penuh instrumen hebat ini dapat direalisasikan secara bertanggungjawab dan beretika," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Ini merupakan berita hebat buat penyelidik-penyelidik A.S. memandangkan kini mereka mempunyai lebih banyak pilihan penyuntingan genom yang dapat mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan."

Teknologi proksi-CRISPR Merck ialah teknik penyuntingan genom baharu yang menjadikan CRISPR lebih cekap, fleksibel dan spesifik dengan membuka genom untuk tujuan modifikasi DNA.

Teknologi berkenaan dapat membantu saintis-saintis mengubah suai kawasan genom yang sukar diakses.

Kebenaran paten A.S. ini merupakan paten CRISPR ke-13 Merck di peringkat dunia. Portfolio paten CRISPR syarikat termasuk paten-paten yang mendapat kebenaran di Australia, Kanada, Eropah, Singapura, China, Israel dan Korea Selatan. Paten-paten berkenaan adalah untuk teknologi berkaitan CRISPR yang meliputi kaedah-kaedah penyuntingan genom asas dan alternatif.

Bagi menggunakan kaedah proksi-CRISPR, dua sistem CRISPR direka untuk menyasarkan genom yang berdekatan antara satu sama lain dan berfungsi bersama-sama. Satu sistem CRISPR membuka "pintu" kawasan, menolak jauh protein kromatin yang menghalang, manakala sistem yang lain memasukinya bagi mencari lokasi tepat untuk melakukan modifikasi. Memandangkan modifikasi yang terhasil memerlukan dua proses pengikatan CRISPR, kaedah proksi-CRISPR dapat memberikan dua kali ganda ketepatan bagi setiap sistem CRISPR.

Merck menerima paten-paten untuk teknologi nickase gandingan CRISPR (belahan bebenang bertentangan pada jujukan kromosom untuk menghasilkan pemisahan dwibebebang) di Australia, Kanada dan Eropah. Paten-paten untuk teknologi penyepaduan CRISPR Merck (pemotongan jujukan kromosom dalam sel eukariot dan selitan jujukan DNA) telahpun mendapat kebenaran di Australia, Kanada, Eropah, Singapura, China, Israel dan Korea Selatan. Merck melesenkan seluruh portfolio patennya untuk semua bidang penggunaan.

Teknologi CRISPR merupakan kecekapan utama buat Merck, yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam penyuntingan genom, mencakupi penemuan hinggalah kepada pembuatan. Merck mengakui bahawa penyuntingan genom mencetuskan kemajuan besar dalam penyelidikan biologi dan perubatan. Dalam masa yang sama, potensi teknologi penyuntingan genom yang semakin berkembang telah menimbulkan kebimbangan dari segi saintifik, undang-undang dan juga kemasyarakatan. Syarikat menyokong usaha penyelidikan dalam penyuntingan genom menurut pertimbangan yang teliti terhadap piawaian etika dan undang-undang. Merck turut menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bebas, luaran bagi memberi panduan untuk tujuan penyelidikan yang melibatkan perniagaan-perniagaannya, termasuk penyelidikan terhadap atau penggunaan penyuntingan genom serta turut membangunkan, menakrifkan dan menerbitkan secara telus kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan kemasyarakatan untuk memaklumkan pendekatan terapeutik yang berpotensi untuk digunakan dalam penyelidikan dan juga aplikasi.

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 51,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar bagi mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2017, Merck menjana jualan sebanyak €15.3 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/822751/Merck_CRISPR_Patent_Graphic.jpg

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Patent Law