omniture

Avidity Science™ Raikan 50 Tahun Kecemerlangan

Avidity Science
2019-02-21 05:36 1500

WATERFORD, Wisconsin, 21 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Avidity Science melancarkan ulang tahun emasnya hari ini menerusi perayaan sepanjang tahun kejayaan dan pencapaian penting sejak 50 tahun lalu. Bermula dengan permulaan sederhana di rumah ladang kecil, Avidity Science, dahulunya dikenali sebagai Edstrom Industries; berkembang menjadi penginovasi utama dalam komuniti sains global melalui kombinasi unik antara pembersihan dan penyediaan air, pengawasan persekitaran dan penyelesaian perkhidmatan. Hari ini, lebih 17 juta injap pengairan haiwan Edstrom™ beroperasi di seluruh dunia.

Mengulas tentang pencapaian ulang tahun emas berkenaan, Doug Lohse, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, "Komitmen yang sama terhadap kualiti dan inovasi yang diwujudkan pada tahun 1969 oleh pengasas-pengasas syarikat, Bill dan Sylvia Edstrom, akan kekal menjadi fokus kami tatkala kami memandang ke hadapan menuju 50 tahun akan datang. Kami berbangga dengan peranan kami dalam penyelidikan yang mengubah kehidupan dan kami ingin mengucapkan terima kasih seikhlas hati kami kepada pelanggan kami atas kepercayaan yang mereka letakkan pada Avidity Science."

Komitmen Avidity Science terhadap kualiti dan keselamatan diperlihatkan menerusi pensijilan ISO 9001:2015 merentas kedua-dua tapak pembuatannya di AS dan UK. Avidity Science pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, termasuk anugerah perniagaan UK, Pengeluar Terbaik Tahunan Wisconsin dan turut diiktiraf dalam kumpulan syarikat elit di Wisconsin bagi menerima anugerah Program Pengiktirafan Pencapaian Keselamatan dan Kesihatan (SHARP) daripada OSHA, yang memberi penghormatan kepada perniagaan-perniagaan yang mengekalkan program keselamatan contoh dengan kadar kecederaan dan penyakit di bawah nilai purata kebangsaan untuk klasifikasi perindustriannya.

Avidity Science akan menyambut ulang tahun emasnya melalui beberapa kemas kini komunikasi dan acara-acara khas sepanjang tahun bagi memberi penghormatan dan mengiktiraf ahli-ahli pasukan dan para pelanggan. Terdapat juga pengumuman tentang perkembangan terkini menerusi kemas kini tentang produk dan teknologi baharu seperti pelancaran akan datang Watchdog EX™, penyelesaian kawalan dan pengawasan terbaharu yang ditawarkan oleh Avidity Science. Perkembangan terkini akan terus dipaparkan di laman sesawang Avidity Science yang baru direka bentuk semula.

Sertai sambutan tersebut dan ambillah peluang meniti nilai sejarah dan perkembangan selama separuh abad dengan mengunjungi www.AvidityScience.com/50years#50YEARS&BUILDING

Latar Belakang Avidity Science:
Avidity Science ialah pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi sistem pengairan haiwan automatik, sistem pembersihan dan rawatan air, perisian pengawasan persekitaran dan peralatan makmal, yang menawarkan perkhidmatan kepada komuniti penyelidikan saintifik. Beribu pejabat di Waterford, Wisconsin, Avidity Science melibatkan penyelesaian pengairan haiwan Edstrom, syarikat berpangkalan di UK yang dahulunya dikenali sebagai Triple Red dan terbaharu ialah CT Chemicals di Lebanon, Ohio.

Untuk maklumat lanjut tentang ulang tahun ke-50 dan syarikat, sila kunjungi: www.AvidityScience.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/823191/Avidity_Science_50th_Logo.jpg  

Source: Avidity Science
Keywords: Environmental Products & Services Health Care/Hospital Utilities Water Utilities