omniture

Generasi Seterusnya Ketersambungan Dalam Penerbangan Semakin Menghampiri tatkala Seamless Air Alliance Umum Kemajuan Penting

Seamless Air Alliance
2019-02-21 10:55 1476

BARCELONA, Sepanyol, 21 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Minggu hadapan di Kongres Dunia Mudah Alih, Seamless Air Alliance akan mendedahkan tahap kemajuan berhubung misinya ke arah mendayakan ketersambungan dalam penerbangan generasi seterusnya. Ini adalah susulan daripada permulaan penting untuk Perikatan tersebut yang menyaksikan keahliannya meningkat lima kali ganda sejak mesyuarat pertama yang diadakan pada bulan Jun tahun lalu. Perikatan tersebut mempunyai makmal penyelidikan baharu yang disediakan dan meneruskan tahap kemajuan melalui tiga kumpulan kerjanya, menuliskan spesifikasi untuk teknologi, keperluan dan operasi.

Perkembangan ini menunjukkan lonjakan besar ke arah matlamat untuk menjadikan fungsi ketersambungan mudah dan menyeronokkan sepertimana ketika berada di darat. Muncul sebagai sebahagian daripada gerai pameran Airbus (Dewan 6, gerai pameran 6G34), Seamless Air Alliance akan mengumumkan topik-topik spesifikasi yang telahpun diselesaikan dan diterbitkan untuk ahli-ahlinya.

"Pengalaman penumpang dengan fungsi ketersambungan dalam penerbangan kekal menjadi salah satu cabaran teknologi yang hebat. Bermula Hari Pertama lagi kami telah berazam untuk merealisasikan misi kami untuk menghimpunkan industri-industri dan teknologi-teknologi bagi menjadikan pengalaman internet dalam penerbangan mudah diakses dan senang digunakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perikatan, Jack Mandala.

"Saya berasa amat terdorong oleh respons yang bersemangat dan komited yang kami saksikan dan bidang kepakaran yang semakin luas yang dapat menjadi rujukan kami memandangkan semakin banyak syarikat dan organisasi terus menyertai kami," tambah beliau.

Diumumkan semasa MWC 2018, sejak itu Seamless Air Alliance berkembang menjadi dua puluh tiga syarikat ahli dengan lebih seratus kakitangan utama daripada keahlian yang mengambil bahagian dalam tiga kumpulan kerjanya, dengan bilangannya terus meningkat.

Seamless Air Alliance ditubuhkan oleh ahli-ahli pengasas Airbus, Airtel, Delta Air Lines, OneWeb serta Sprint dan serta merta disertai oleh Air France KLM, Aeromexico dan GOL Linhas Aereas Inteligentes selain pemimpin-pemimpin teknologi global termasuk Astronics, Collins Aerospace, Comtech, Cyient, iDirect, Inmarsat, Intelsat, Latecoere, Nokia dan Panasonic.

Hari ini, Perikatan tersebut dengan sukacitanya mengumumkan lima ahli tambahan baharu: Adaptive Channel, Etihad Airways, GlobalReach Technology, Safran, dan SITAONAIR.

"Kami berasa amat gembira dengan penyertaan syarikat-syarikat ini dan dapat menjadi sebahagian daripada syarikat-syarikat yang memacu generasi ketersambungan yang seterusnya," kata En. Mandala.

Seamless Air Alliance akan membolehkan para pengembara menaiki sebarang penerbangan, melalui mana-mana syarikat penerbangan, di mana-mana di dunia, menggunakan peranti mereka sendiri untuk terhubung kepada Internet secara automatik tanpa proses log masuk yang rumit mahupun 'paywall' untuk direbutkan.

Perikatan tersebut turut mengumumkan keluaran kajian penyelidikan baharu tentang faedah ekonomi pempiawaian berhubung pasaran ketersambungan dalam penerbangan di Kongres Dunia Mudah Alih. Laporan ini tersedia untuk dimuat turun di https://www.seamlessalliance.com/publications/

Perikatan berkenaan berkembang pantas menuju demonstrasi teknologi yang dijangkakan pada lewat tahun 2019 dan menjangkakan minat yang tinggi di Barcelona daripada ekosistem komunikasi keseluruhan.

Maklumat lanjut: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Seamless Air Alliance dan cara untuk menjadi ahli, sila kunjungi www.SeamlessAlliance.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/824074/Seamless_Air_Alliance_Logo.jpg

Source: Seamless Air Alliance
Keywords: Airlines/Aviation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel Corporate Expansion