RRH utama industri Comba, produk dan perkhidmatan antena stesen pangkalan, digabungkan dengan perisian 2G/3G/4G/5G pertama dunia Parallel Wireless, majukan RAN Terbuka dengan TCO terendah untuk MNO seluruh dunia
NASHUA, New Hampshire, BARCELONA, Sepanyol dan HONG KONG, 21 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., penyedia utama bagi penyelesaian rangkaian seragam berasaskan perisian hujung-ke-hujung yang pertama di dunia untuk Semua G (2G, 3G, 4G dan 5G) dan Comba Telecom Systems Holdings Limited ("Comba Telecom" atau "Kumpulan," kod saham HKSE: 2342), penyedia penyelesaian dan perkhidmatan yang terkemuka di peringkat global bagi sistem tanpa wayar dan komunikasi maklumat, hari ini bersama-sama mengumumkan satu perkongsian untuk menyediakan penyelesaian RAN Terbuka ("vRAN Terbuka") 4G dan 5G maya. Penyelesaian yang terhasil menyepadukan perisian Parallel Wireless dengan Unit Radio Jauh ("RRU") Comba serta antena stesen pangkalan dan memanfaatkan perkhidmatan penyepaduannya. Ia memberikan pengendali mudah alih dengan penyelesaian vRAN Terbuka sepenuhnya, memberikan masa ke pasaran yang lebih pantas dan ROI yang lebih baik dalam menyediakan liputan atau kapasiti.
Sorotan utama penyelesaian vRAN Terbuka 4G dan 5G bersama:
Bagi memenuhi keperluan kapasiti dan kependaman aplikasi serta perkhidmatan 4G dan juga 5G, pengendali-pengendali mudah alih memperbaharui semula rangkaian akses mereka bermula dengan seni bina bertumpu perkakasan vendor tunggal kepada penyelesaian terbuka berbilang vendor yang dibangunkan pada komponen-komponen perisian dan perkakasan terpisah.
Cik Annabel Huo, Presiden, Comba Telecom International berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Parallel Wireless untuk membawakan Penyelesaian RAN Terbuka 4G dan 5G yang lengkap. Pengenalan kepada kelajuan yang lebih pantas melalui rangkaian 5G membuka laluan untuk pembangunan teknologi yang inovatif dan Internet Komunikasi Benda. Comba Telecom merupakan pakar dalam produk unit radio manakala Parallel Wireless merupakan pengusaha utama dalam pasaran RAN Terbuka. Kami berasa amat teruja tentang bagaimana usaha niaga ini akan menyumbang kepada evolusi 5G dalam ekosistem."
En. Rajesh Mishra, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi, Parallel Wireless berkata, "vRAN Terbuka merentas 2G /3G/4G/5G memberikan penskalaan ekonomi dan ketangkasan perkhidmatan kepada pengendali-pengendali mudah alih. Memandangkan penggunaan semakin dipercepat sebagai persediaan untuk 5G, penyediaan penyelesaian bersepadu yang terbaik dalam kelasnya bersama peneraju-peneraju industri seperti Comba Telecom memastikan ekosistem RAN Terbuka kami menyokong makro, MIMO besar-besaran dan sel kecil, mendayakan pengurusan gangguan dalam 2G/3G/4G/5G dan pengagregatan pembawa bagi meningkatkan kecekapan rangkaian serta pengalaman pelanggan dalam senario luaran dan dalaman."
Untuk melihat demonstrasi langsung penyelesaian RAN Terbuka dan mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian tanpa wayar dan komunikasi maklumat yang utama dalam industri daripada Comba Telecom, sila lawati reruai 5A31 di MWC19. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.comba-telecom.com/en/mwc.
Untuk melihat demonstrasi langsung vRAN Terbuka maya sepenuhnya 2G/3G/4G/5G yang pertama di dunia, sila lawati reruai 5i5 Parallel Wireless di MWC19.
Latar Belakang Comba Telecom Systems Holdings Limited
Comba Telecom ialah penyedia penyelesaian dan perkhidmatan utama dunia bagi sistem tanpa wayar dan komunikasi maklumat menerusi kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) miliknya, tapak pengeluaran serta pasukan jualan dan perkhidmatan. Syarikat tersebut menawarkan suit produk dan perkhidmatan komprehensif termasuk akses tanpa wayar, peningkatan tanpa wayar, antena dan subsistem serta transmisi tanpa wayar kepada pelanggan globalnya. Beribu pejabat di Hong Kong, operasi-operasi global Comba Telecom melibatkan tapak pengeluaran di China, pusat-pusat R&D di China dan AS serta lebih 40 pejabat di seluruh dunia. Comba Telecom turut disenaraikan dalam beberapa indeks termasuk Indeks Pemodalan Kecil MSCI China, Indeks Komposit Hang Seng (Indeks Industri Teknologi Maklumat, Indeks Pemodalan Sederhana & Pemodalan Kecil dan Indeks Pemodalan Kecil), Indeks Komposit Global Hang Seng, Indeks Internet & Teknologi Maklumat Hang Seng, serta Indeks Penanda Aras Kemampanan Korporat Hang Seng. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.comba-telecom.com
Latar Belakang Parallel Wireless
Misi Parallel Wireless adalah untuk menghubungkan 4 bilion individu yang tidak terhubung dengan memperbaharui semula rangkaian. Penyelesaian GSM 2G, UMTS 3G, LTE 4G dan RAN Terbuka 5G hujung-ke-hujung yang seragam membolehkan pengendali menggunakan sebarang rangkaian selular G dengan SON waktu nyata semudah dan seberkesan kos Wi-Fi perusahaan sama ada untuk kawasan luar bandar, perusahaan, keselamatan awam, M2M, IoT, Bandar Pintar mahupun bandar yang padat. Syarikat terlibat dengan banyak pengendali utama di seluruh dunia dan dinamakan sebagai vendor berprestasi terbaik dalam seluruh rangkaian G oleh Telefonica dan Vodafone. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka berbilang teknologi diiktiraf menerusi 50 anugerah industri termasuk pencalonan MWC19 GLOMO untuk infrastruktur rangkaian mudah alih terbaik bersama-sama Huawei dan Ericsson. Berhubung dengan Parallel Wireless melalui LinkedIn dan Twitter.