omniture

ZEE5 dan Dialog Umum Perkongsian Strategik Bawakan Himpunan Terbesar Kandungan Serantau Premium ke Sri Lanka

ZEE5
2019-02-22 12:57 1400

MUMBAI, India, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Himpunan luas ZEE5 dengan 1,00,000 jam kandungan India premium kini akan disediakan melalui aplikasi Dialog ViU   

ZEE5, platform hiburan digital yang terbesar untuk kandungan bahasa, mengumumkan perkongsian antarabangsa pertama seumpamanya di rantau SAARC bersama Dialog Axiata PLC, penyedia infrastruktur ketersambungan ulung Sri Lanka. Perkongsian ini akan menyediakan pengguna aplikasi Dialog ViU dengan lebih 1,00,000 jam kandungan serantau premium. Pelanggan Dialog ViU akan berpeluang melanggan pada harga LKR 350 sebulan untuk mengakses salah satu pustaka kandungan terbaik rantau berkenaan.

generated by system

generated by system

Pelanggan Dialog akan berpeluang mengakses ZEE5 Originals seperti Karenjit Kaur, Zero Kms selain kisah jenayah seram baru-baru ini Rangbaaz and Abhay, rancangan hit Bollywood yang penuh semangat seperti Veere Di Wedding dan Toilet; pustaka kandungan Tamil yang luas termasuk rancangan-rancangan terkenal seperti Sembaruthi, Poove Poochoodava dan Yaaradi Nee Mohini, ZEE5 Tamil Originals termasuk Kallachirippu, America Mapillai dan D7 serta rancangan blokbuster baru-baru ini Mersal.

Bercakap tentang kerjasama, Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan - ZEE5 Global berkata, "Kami teruja untuk mengumumkan perkongsian kami dengan Dialog Axiata sempena pelancaran kami di Sri Lanka. Menerusi lebih 1,00,000 jam kandungan merentas pelbagai genre dan 12 bahasa, pelanggan Dialog kini mendapat akses kepada pustaka terbesar kandungan India yang tersedia di satu destinasi. Sri Lanka berkembang pesat menjadi pasaran yang menarik untuk kandungan hiburan dan kami berharap dapat bersama-sama meneroka peluang ini dengan Dialog Axiata."

Mengulas tentang perkongsian, Mangala Hettiarachchi, Pengurus Besar Kanan - Perkhidmatan Global dan Kandungan, Dialog Axiata PLC berkata, "Kami berasa amat bangga kerana dapat bekerjasama dengan ZEE5 tidak lama lagi sempena pelancaran antarabangsa mereka. Gabungan ini mengukuhkan portfolio kandungan yang ditawarkan oleh Dialog ViU dengan membuka salah satu pustaka kandungan terbaik rantau kepada pelanggan kami. Pelanggan Dialog kini dapat menonton kandungan terbaik pada jaringan video terbaik di Sri Lanka pada bila-bila masa, dari mana-mana jua, pada sebarang sebarang skrin yang terhubung dengan Internet tanpa iklan." 

ZEE5 menawarkan lebih 1,00,000 jam rancangan TV India, filem, video dan sebagainya merentas 12 bahasa kepada warga Asia Selatan di seluruh dunia. ZEE5 tersedia pada Google Play Store, iOS App Store, http://www.ZEE5.com dan melalui Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Cik Rashmi Punshi
Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com

Source: ZEE5
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment Television Contracts New products/services