omniture

Cambium Networks Iktiraf Wira-wira Sambungan Tanpa Wayar Seluruh Dunia

Cambium Networks
2019-02-23 22:32 955

Anugerah Wira Ketersambungan Beri Penghormatan Mereka Yang Mengubah Kehidupan Melalui Sambungan Tanpa Wayar

ROLLING MEADOWS, Illinois, 23 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan pemenang tahunan kedua dan pemenang-pemenang suku tahunan paling mutakhir menerusi Anugerah Wira Ketersambungan syarikat. Dilancarkan pada tahun 2017, anugerah ini mengiktiraf individu-individu yang mencetuskan perbezaan dalam kehidupan orang ramai dan memperbaiki komuniti melalui usaha-usaha mereka untuk melanjutkan sambungan tanpa wayar dan menghubungkan mereka yang tidak terhubung.

Wira Ketersambungan Terbaik Tahun 2018 ialah: Duduzile Mkhwanazi, Project ISIZWE - Project Isizwe ialah salah sebuah organisasi bukan untung yang menyokong dan mendayakan penggunaan kawasan khas Wi-Fi percuma yang berdekatan dengan komuniti berpendapatan rendah. Project Isizwe bekerjasama dengan sektor-sektor swasta dan awam serta merintis penggunaan rangkaian Wi-Fi awam percuma yang terbesar di Afrika di Perbandaran Tshwane, Gauteng, Afrika Selatan. Di bawah kepimpinan Duduzile, Project Isizwe mempelopori usaha menghubungkan dua komuniti perlombongan kepada Wi-Fi percuma melalui perkongsian dengan Lombong Glencore di Mpumalanga.

"Di banyak kawasan yang tidak terhubung di dunia, orang ramai masih menanggung dan bertahan, seringkali melakukan perjalanan yang jauh untuk melaksanakan tugasan yang memerlukan fungsi ketersambungan," kata Ritesh Patel, Penganalisis LAN Tanpa Wayar di Dell'Oro Group. "Rangkaian tanpa wayar akan terus memainkan peranan penting untuk membolehkan orang ramai terhubung. Ia benar-benar memberi inspirasi apabila melihat Wira-wira Ketersambungan ini menyumbang kepada masyarakat global dengan melaburkan masa dan aset mereka untuk merapatkan jurang digital dan mengubah kehidupan serta merta dan selama-lamanya."

"Menghubungkan orang muda dapat meningkatkan pendidikan dan membawa perubahan berkekalan yang dapat memperbaiki kehidupan orang muda selama-lamanya," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Ketersambungan tanpa wayar dapat melonjak jauh ke kawasan luar bandar dan serta merta menghubungkan para pelajar ke seluruh pelosok dunia, yang benar-benar merapatkan jurang digital. Kami kagum dan terdorong oleh individu-individu berwawasan yang melihat peluang ini untuk membawa perubahan dan memperuntukkan masa dan usaha mereka sendiri untuk memperbaiki kehidupan."

Anugerah Wira Ketersambungan disampaikan kepada sehingga empat individu berwawasan pada setiap suku tahun dan terdapat satu anugerah tahunan. Penerima anugerah suku tahunan menerima sumbangan sebanyak $1,000 untuk badan amal pilihan mereka. Pemenang tahunan pula menerima sumbangan $5,000 untuk badan amal pilihan mereka. Semua pemenang ditampilkan di laman sesawang Cambium Networks.

Selain diiktiraf sebagai Wira Ketersambungan Terbaik Tahun 2018, Duduzile Mkhwanazi, Project ISIZWE, merupakan salah satu daripada dua pemenang Anugerah untuk suku keempat tahun 2018:

Project Isizwe ialah salah sebuah organisasi bukan untung yang membela dan mendayakan penggunaan kawasan khas Wi-Fi secara percuma dalam jarak perjalanan di komuniti berpendapatan rendah. Selain menghubungkan dua komuniti perlombongan yang disebutkan di atas, Project Isizwe turut bekerjasama dengan AWARE.org untuk menggunakan akses internet sebagai penggerak untuk Program Pengambilan Alkohol Secara Bertanggungjawab mereka; dan The Social Collective untuk Program Perjuangkan Wi-Fi Percuma mereka – kedua-duanya di Botshabelo (Kerajaan Bebas) dan Bushbuckridge (Nelspruit).

Pemenang Anugerah suku tahunan keempat yang kedua ialah:

  • Eric Wills, Wireless Applications Corp. Selepas Taufan Maria melanda Puerto Rico, banyak penyedia tanpa wayar terbeban dengan banyaknya kerja yang menanti di hadapan untuk membolehkan semua kemudahan kembali berfungsi untuk penduduk dan perniagaan. Melalui hubungan perniagaan yang erat dan setia antara Wireless Applications  Corporation dan Neptuno Networks (salah satu daripada tiga penyedia tanpa wayar utama di pulau tersebut), pengerahan pasukan perkhidmatan Wireless Applications membantu mengenal pasti kawasan yang mengalami gangguan dengan pantas, mereka bentuk semula dan mengubah haluan rangkaian mikrogelombang agar sampai kepada penduduk dan perniagaan dalam laluan berkenaan dan membolehkannya kembali berfungsi dan beroperasi lebih pantas berbanding mana-mana penyedia lain di pulau tersebut.

Pencalonan untuk pusingan seterusnya bagi Anugerah Wira Ketersambungan kini dibuka dan boleh dihantar secara dalam talian.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. 
www.cambiumnetworks.com

Hubungan Media:
Sara Black
213.618.1501
sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/824800/Cambium_Networks_Logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Awards