omniture

Mallinckrodt Umum Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Fotoferesis Ekstrakorporeal (ECP) Dengan Transimmune AG

Mallinckrodt plc
2019-02-25 22:00 695

-- Kolaborasi bersama pakar-pakar dalam bidang fotoferesis dijangka dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang kesan fotoferesis terhadap modulasi imun dalam pelbagai keadaan yang teruk dan kritikal --

-- Perjanjian melibatkan aktviti-aktiviti pembangunan bersama untuk sistem fotoferesis generasi seterusnya berpotensi yang mungkin membawa manfaat kepada pesakit dalam pelbagai keadaan penyakit --

STAINES-UPON-THAMES, United Kingdom, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Mallinckrodt plc (NYSE:MNK), sebuah syarikat farmaseutikal khusus yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dengan Transimmune AG, sebuah syarikat yang membangunkan imunoterapi baharu berdasarkan pemahaman uniknya terhadap proses-proses fisiologi yang mendasari pengaktifan sel-sel penyaji antigen. Syarikat-syarikat ini akan berkolaborasi dalam penyelidikan translasi untuk meluaskan lagi kefahaman tentang mekanisme tindakan (MOA) dasar untuk fotoferesis ektrakorporeal dan aplikasinya terhadap pembangunan teknologi fotoferesis generasi seterusnya yang berpotensi, dengan rancangan unutk meluaskan platform Fotoferesis THERAKOS™ semasa milik Mallinckrodt melalui ujian percubaan klinikal baharu.

Selain meningkatkan kefahaman MOA dan memajukan platform teknologi ini, turut dijangkakan bahawa pandangan yang diperoleh daripada usaha penyelidikan bersama dengan pakar-pakar Transimmune ini dapat meluaskan kebolehgunaan klinikal yang berpotensi merentas pelbagai keadaan penyakit perantaraan imun. Sekiranya bukti klinikal dapat ditunjukkan, keadaan ini mungkin melibatkan Limfoma Sel-T Kutaneus (CTCL), Penyakit Cantuman-lawan-Perumah (GvHD), penolakan transplan organ dan semua penyakit autoimun – kesemuanya dilesenkan secara eksklusif kepada Mallinckrodt di bawah perjanjian berkenaan.

Transimmune ditubuhkan oleh Richard Edelson, M.D., Profesor Lerner Dermatologi, Pengerusi dan Profesor, Jabatan Dermatologi, Yale University School of Medicine dan perintis fotoferesis. Dr. Edelson menghabiskan masa selama berdekad-dekad mengkaji mekanisme tindakan fotoferesis dan menubuhkan Transimmune untuk menterjemahkan pandangan berkenaan untuk menambah baik terapi fotoferesis.

"Mallinckrodt melabur dalam aset dan teknologi untuk melanjutkan aplikasi mereka dalam keadaan-keadaan dengan pilihan terapi yang sedikit atau terhad serta untuk memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang kurang mendapat perkhidmatan yang mengalami keadaan yang teruk dan kritikal," kata Steven Romano, M.D., Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, Mallinckrodt. "Perjanjian ini merupakan contoh model kolaborasi kami dan perkongsian dengan pakar-pakar dalam penyelidikan asas dan klinikal – serupa dengan perkongsian penyelidikan kolaboratif baru-baru ini yang diumumkan dengan Washington University School of Medicine di St. Louis – untuk meluaskan akses kami kepada sains dan teknologi yang inovatif dalam bidang-bidang yang membawa kepentingan bersama."

Mallinckrodt dan Transimmune akan menubuhkan jawatankuasa tadbir urus bersama yang membabitkan wakil-wakil daripada kedua-dua syarikat untuk memantau, mengkaji semula dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti menurut perjanjian.

Syarikat-syarikat ini berhasrat untuk meninjau pengaturan kolaborasi komersial bersama berkaitan dengan sistem fotoferesis Mallinckrodt generasi seterusnya. Mallinckrodt merupakan satu-satunya penyedia terapi fotoferesis gelung tertutup bersepadu, yang disediakan menerusi Sistem Fotoferesis THERAKOS™ CELLEX™ generasi terkininya.

Latar Belakang Therakos ECP Immunomodulation™
Platform Fotoferesis THERAKOS™ ialah satu-satunya sistem yang bersepadu penuh yang mendapat kelulusan di dunia untuk memberikan ECP Immunomodulation. Sistem kami digunakan oleh pusat-pusat perubatan akademik, hospital-hospital, pusat-pusat rawatan di lebih 30 negara dan telah memberikan lebih satu juta rawatan di seluruh dunia.

Sistem Fotoferesis THERAKOS™ ialah satu-satunya peranti dengan tanda CE untuk pemberian ECP.

PERINGATAN: BACA MANUAL PENGENDALI SISTEM FOTOFERESIS THERAKOS™  UVAR XTS™  atau THERAKOS™  CELLEX™ SEBELUM MEMPRESKRIPSIKAN ATAU MENDISPENSKAN UBAT INI.

Untuk Prosedur Fotoferesis THERAKOS™  UVAR XTS™ /CELLEX™:

INDIKASI
Sistem Fotoferesis THERAKOS™ UVAR XTS™ dan THERAKOS™ CELLEX™ diindikasikan untuk pemberian fotoferesis.

MAKLUMAT KESELAMATAN PENTING 

Kontraindikasi
Fotoferesis THERAKOS™ dikontraindikasikan dalam pesakit yang mempunyai sejarah tertentu berkaitan penyakit sensitif cahaya. Fotoferesis THERAKOS™ dikontraindikasikan dalam pesakit yang tidak dapat menahan kehilangan jumlah ekstrakorporeal atau mereka yang mempunyai bilangan sel darah putih melebihi 25,000 mm3. Fotoferesis THERAKOS™ dikontraindikasikan dalam pesakit yang mengalami gangguan pembekuan atau sebelum ini pernah menjalani splenektomi.  

Amaran dan Langkah Berjaga-jaga
Rawatan fotoferesis THERAKOS™ perlu sentiasa dilakukan di lokasi-lokasi yang mempunyai peralatan kecemasan perubatan standard. Cecair penggantian volum dan/atau pengembang volum perlu sentiasa tersedia sepanjang prosedur. Kedua-dua lelaki dan wanita perlu mengambil langkah berjaga-jaga kontraseptif yang mencukupi sebelum dan setelah selesai terapi fotoferesis. Keselamatan terhadap kanak-kanak masih belum disahkan.

Peristiwa Mudarat 

  • Hipotensi mungkin berlaku semasa sebarang rawatan melibatkan peredaran ekstrakorporeal. Pantaulah pesakit dengan teliti sepanjang seluruh rawatan untuk hipotensi.
  • Tindak balas piretik sementara, 37.7–38.9°C (100–102°F), telah diperhatikan dalam sesetengah pesakit dalam tempoh enam hingga lapan jam reinfusi darah diperkaya leukosit yang menerima fotopengaktifan. Peningkatan sementara eritroderma mungkin disertai oleh tindak balas piretik.
  • Kekerapan rawatan melebihi cadangan pelabelan mungkin menyebabkan anemia.
  • Akses vena membawa risiko kecil jangkitan dan kesakitan.

Sila lihat Manual Pengendali Sistem Fotoferesis THERAKOS yang sesuai untuk maklumat produk yang lengkap.

LATAR BELAKANG MALLINCKRODT
Mallinckrodt ialah sebuah perniagaan global yang membangunkan, mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan produk dan terapi farmaseutikal khusus. Bidang-bidang tumpuan termasuk autoimun dan penyakit langka dalam bidang-bidang kepakaran seperti neurologi, reumatologi, nefrologi, pulmonologi dan oftalmologi; imunoterapi dan terapi penjagaan kritikal pernafasan neonatal; produk analgesik dan gastrousus. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mallinckrodt, kunjungi www.mallinckrodt.com.

Mallinckrodt menggunakan laman sesawangnya sebagai saluran pengedaran maklumat syarikat yang penting, seperti siaran akhbar, pembentangan pelabur dan maklumat kewangan yang lain. Ia turut menggunakan laman sesawangnya untuk mempercepatkan akses awam kepada maklumat kritikal-masa berhubung syarikat lebih awal atau sebagai pengganti kepada pengedaran siaran akhbar atau pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) yang mendedahkan maklumat yang sama. Dengan itu, pelabur-pelabur harus melihat halaman Perhubungan Pelabur pada laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat penting dan kritikal-masa. Pengunjung laman sesawang juga boleh mendaftar bagi menerima e-mel automatik dan pemberitahuan lain yang mengingatkan mereka apabila maklumat baharu disediakan pada halaman Perhubungan Pelabur di laman sesawang.

Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang Ke Hadapan 
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berhubung kolaborasi dengan Transimmune AG, termasuk jangkaan berhubung kajian masa depan, rancangan percubaan klinikal, pengaturan komersial berpotensi dan impak berpotensi terhadap pesakit. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan andaian tentang banyak faktor penting, termasuk yang berikut, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan-kenyataan pandang ke hadapan: keputusan percubaan klinikal, ketidaktentuan yang terdapat dalam penyelidikan dan pembangunan; pemenuhan pengawalseliaan dan keperluan lain; tindakan badan-badan kawal selia dan pihak-pihak berkuasa kerajaan lain; perubahan dalam undang-undang dan peraturan; isu-isu berkaitan kualiti produk, pembuatan atau bekalan, atau isu-isu keselamatan pesakit; dan risiko-risiko lain yang dikenal pasti dan dinyatakan secara lebih terperinci dalam bahagian "Faktor-faktor Risiko" Laporan Tahunan paling terkini Mallinckrodt pada Borang 10-K dan pemfailan lain dengan SEC, kesemuanya tersedia di laman sesawangnya. Kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam siaran ini adalah tepat setakat tarikh dalam siaran ini dan Mallinckrodt tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa dan perkembangan masa depan atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

HUBUNGI
Perhubungan Pelabur
Daniel J. Speciale, CPA
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur dan IRO
314-654-3638
daniel.speciale@mnk.com

Media
Daniel Yunger
Kekst CNC
212-521-4879
mallinckrodt@kekstcnc.com

Mallinckrodt, tanda jenama "M" dan logo Mallinckrodt Pharmaceuticals ialah tanda dagangan syarikat Mallinckrodt. Jenama-jenama lain merupakan tanda dagangan syarikat Mallinckrodt atau pemilik masing-masing. © 2019 Mallinckrodt. AU-190001 02/19

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/167103/mallinckrodt_plc_logo.jpg

 

Source: Mallinckrodt plc
Related Stocks:
NYSE:MNK
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research