![]() |
![]() |
Diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih, TruFactor berikan privasi pengguna dipertingkat, tambah baik pengalaman pelanggan dan bantu dorong pertumbuhan untuk syarikat-syarikat telekomunikasi
SAN FRANCISCO, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ -- InMobi Group, yang memperkasa pengalaman pintar yang mengutamakan mudah alih untuk perusahaan dan pengguna, hari ini memperkenalkan TruFactor, unit perniagaan bebas untuk syarikat-syarikat telekomunikasi. Misi TruFactor adalah untuk membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengubah aset-aset digital mereka kepada pengetahuan strategik dan memberi kelebihan daya saing dalam dunia peranti terhubung.
Terhasil daripada pemerolehan Pinsight Media oleh InMobi, dahulunya merupakan subsidiari milik penuh Sprint, platform data TruFactor membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi menginges, mengendalikan dan menganalisis data bagi meningkatkan privasi pengguna, menambah baik pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan. Ia mengubah data mudah alih mentah pada peringkat rangkaian menjadi kecerdasan yang boleh diambil tindakan bagi meningkatkan pengalaman dan pengekalan pelanggan.
TruFactor bekerjasama dengan Microsoft untuk membawakan platform data selamatnya ke pasaran melalui Microsoft Azure, yang memberikan tahap keselamatan gred-perusahaan, API pembelajaran mesin yang terbaik dalam kelas serta skala global. TruFactor akan menggunakan Storan Repositori Data Azure sebagai asas untuk memberikan fungsian repositori data yang selamat dan boleh diskalakan secara besar-besaran yang disepadukan dengan erat bersama semua perkhidmatan Analitik Azure.
"Syarikat-syarikat telekomunikasi semakin tertekan untuk memberikan pengurusan data yang bertanggungjawab dan selamat dalam dunia yang dipacu oleh persaingan sengit, perubahan teknologi yang pesat dan amalan privasi yang bertanggungjawab," kata Piyush Shah, Pengasas Bersama, InMobi Group dan Presiden, Awan Pemasaran dan TruFactor. "Dibangunkan dengan mengutamakan pengguna dan perniagaan, TruFactor wujud pada persimpangan antara kebenaran dan fakta – muncul sebagai satu-satunya faktor sebenar yang boleh dipercayai oleh perusahaan untuk mengalami pertumbuhan."
Sebagai rakan kongsi InMobi dan pelanggan pertama TruFactor, Sprint telahpun menikmati faedah-faedah daripada platform tersebut. Dibina atas dasar kepercayaan dan data, TruFactor mendukung taraf tertinggi tadbir urus, dasar dan peraturan bagi memastikan privasi dan keselamatan maklumat pengguna melalui proses anonimisasi (anonymization) yang mantap.
Platform TruFactor telahpun dibangunkan melalui kolaborasi aktif dengan kumpulan-kumpulan advokasi pengguna dan mengambil kira garis panduan yang dikeluarkan oleh pengawal selia privasi. Diwujudkan untuk menyediakan pengguna dengan ketelusan, pilihan dan kawalan lengkap dari segi bagaimana data mereka digunakan, platform ini didatangkan dengan rangka kerja dasar yang selamat, bertumpu pengguna dan mengutamakan privasi serta lapisan pengurusan data yang boleh diskala.
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan InMobi dan TruFactor bagi membawa ke pasaran platform yang terbuka dan boleh diperluas kepada syarikat-syarikat telekomunikasi," kata Gavriella Schuster, Naib Presiden Korporat, One Commercial Partner (OCP), Microsoft Corp. "Matlamat kami di Microsoft adalah untuk memperkasa perusahaan bagi mendapatkan lebih nilai daripada data mereka dan memberikan pengalaman pelanggan yang bertaraf dunia. Pengumuman ini dibuat berdasarkan kerja sedia ada kami dengan InMobi dan menghimpunkan tiga aspek perniagaan teras kami berkisarkan awan, AI dan privasi pengguna."
Disediakan hari ini, TruFactor membantu syarikat-syarikat telekomunikasi mengubah data menjadi bahan-bahan yang berwawasan dan boleh diambil tindakan merentas pelbagai kes perniagaan.
Latar Belakang InMobi Group
Misi InMobi Group adalah untuk memperkasa pengalaman pintar yang mengutamakan mudah alih kepada perusahaan dan pengguna. Perniagaannya merentas platform pengiklanan, pemasaran, data dan kandungan membentuk pengalaman pengguna dalam dunia peranti terhubung. InMobi Group diiktiraf sebagai 50 Pengubah CNBC 2018 dan salah sebuah Syarikat Paling Inovatif di Dunia 2018 oleh Fast Company.
Latar Belakang TruFactor
Misi TruFactor, sebagai sebahagian daripada InMobi Group, adalah untuk mendayakan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi mengubah aset-aset digital mereka kepada pengetahuan strategik dan memberi kelebihan daya saing dalam dunia peranti terhubung.
Hubungan Media:
pr@inmobi.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/825640/TruFactor_logo_Logo.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/266030/inmobi_logo.jpg