omniture

ZTE, Wind Tre dan Open Fiber Lakukan Panggilan Video 5G Pertama rentas Laut Mediterranean

ZTE Corporation
2019-02-27 04:06 627

SHENZHEN, China, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan panggilan video melalui telefon pintar 5G dengan kerjasama Wind Tre dan Open Fiber. Demonstrasi ini, yang mematuhi piawaian 3GPP R15, menonjolkan sepenuhnya kepimpinan 5G sebagai penyedia penyelesaian teknologi antarabangsa dalam bidang telekomunikasi untuk perniagaan dan pengguna Internet mudah alih.

Berdasarkan rangkaian rintis 5G di L'Aquila, panggilan video ini mengguna pakai penyelesaian 5G hujung-ke-hujung ZTE termasuk RAN, rangkaian teras, pembawa dan peranti. Menerusi kaedah dua telefon pintar 5G ZTE, panggilan video ini berjaya dilakukan dari Barcelona yang mana Kongres Dunia Mudah Alih sedang dijalankan di L'Aquila, lokasi bandar bagi Pusat Penyelidikan dan Inovasi untuk 5G ZTE. Hasil daripadanya, reruai MWC ZTE di Barcelona membawakan penstriman video untuk kandungan video ini.

Sebagai rakan-rakan kongsi strategik, ZTE, Wind Tre dan Open Fiber menjalankan ujikaji 5G MISE dengan kerjasama University of L'Aquila, yang dijadual bermula pada tahun 2018 hingga 2020. Sepanjang jangka waktu ini, ZTE, Wind Tre dan Open Fiber bersama-sama membangunkan rangkaian 5G pra-komersial pertama di Eropah. Di samping itu, di Kongres Pengguna Tanpa Wayar ZTE dan Sidang Kemuncak 5G, diadakan di L'Aquila pada 15 November 2018, ZTE dan rakan-rakan kongsinya menjalankan demonstrasi 5G UAV HD dan penstriman langsung VR Panorama.

Hasil daripada prestasi teknologi hujung-ke-hujung miliknya, ZTE komited untuk mencipta rangkaian premium yang pintar untuk pengendali-pengendali dalam era 5G. Setakat ini, ZTE berkolaborasi untuk 5G bersama 30 pengendali seluruh dunia dan melancarkan produk-produk komersial 5G hujung-ke-hujung, memenuhi sepenuhnya keperluan gelombang pertama penggunaan rangkaian 5G.

Pada masa depan, ZTE akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi mempromosi sepenuhnya teknologi 5G dan mempercepatkan pengkomersialan seluruh dunianya, justeru menyediakan pengguna global dengan pengalaman 5G yang canggih.

Latar Belakang ZTE 

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:
Alessio De Sio
ZTE Italia
Tel: +39 3666824010
Emel: alessio.desio@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news