PETAH TIKVA, Israel, 27 Februari 2019/PRNewswire/ --
Peningkatan ketara dalam tempahan dan pendapatan bagi tahun 2018 sahkan kedudukan syarikat sebagai penyedia utama penyelesaian Kecerdasan Digital seluruh dunia.
Cellebrite, penyedia utama bagi penyelesaian kecerdasan digital, hari ini mengumumkan satu lagi tahun mencatat rekod untuk tempahan dan pendapatan. Dalam suku tahun keempat, tempahan berkembang 13.5% manakala pendapatan meningkat 11% berbanding tahun sebelumnya. Tempahan untuk tahun 2018 berkembang sebanyak 33% manakala pendapatan tahunan meningkat sebanyak 35%, dengan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dalam EBIT sebanyak 25%, berbanding prestasi syarikat pada tahun 2017.
Keputusan ini memperlihatkan transaksi perniagaan utama dalam sektor-sektor penguatkuasaan undang-undang, ketenteraan dan kecerdasan dalam semua pasaran global utama.
Sorotan utama untuk tahun 2018 termasuk:
"Tahun 2018 merupakan satu lagi tahun mencatat rekod, memperlihatkan kemajuan utama dalam pelaksanaan strategi jangka panjang kami, bagi menjadi gedung sehenti yang membawakan tawaran dalam segmen Kecerdasan Digital," kata Yossi Carmil, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Global. "Kami melangkah ke tahun 2019 dengan keyakinan lebih tinggi dan semangat berterusan berkisarkan portfolio penyelesaian dan tawaran kami."
Untuk maklumat lanjut tentang Cellebrite, sila layari laman sesawang Syarikat, http://www.cellebrite.com
Cellebrite: Kecerdasan Digital untuk Dunia Lebih Selamat
Data digital memainkan peranan yang semakin penting dalam penyiasatan dan operasi untuk semua aspek. Menjadikan data boleh diakses, kolaboratif dan boleh diambil tindakan merupakan kepakaran Cellebrite. Sebagai peneraju global dalam kecerdasan digital yang digunakan di 150 negara, Cellebrite menyediakan pelanggan-pelanggan penguatkuasaan undang-undang, ketenteraan, kecerdasan dan perusahaan dengan rangkaian penyelesaian paling lengkap yang terbukti dalam industri untuk bidang forensik, triaj dan analitik.
Dengan mendayakan akses, perkongsian dan analisis data digital daripada peranti mudah alih, media sosial, awan, komputer, pengendali selular dan sumber-sumber lain, produk, penyelesaian, perkhidmatan dan latihan Cellebrite dapat membantu pelanggan membina kes-kes paling kukuh dengan cepat, meskipun dalam situasi yang paling rumit. Hasilnya, Cellebrite menjadi gedung sehenti pilihan untuk penyelesaian kecerdasan digital yang menjadikan dunia lebih selamat lebih mungkin tercapai setiap hari.
Hubungi: Gary Cohen, Pengarah Komunikasi Global - gary.cohen@cellebrite.com