omniture

FE CREDIT Jalin Kerjasama Dengan Vymo Tingkatkan Jualan & Produktiviti Pengumpulan

Vymo
2019-02-27 18:25 751

Pembantu Jualan Peribadi didayakan AI mengautomatikkan pembayaran pinjaman dan proses pengumpulan

BENGALURU, India, Feb. 27, 2019 /PRNewswire/ -- Vymo, sebuah syarikat AI Jualan yang diiktiraf oleh Gartner, hari ini mengumumkan bahawa ia telahpun dipilih sebagai penyelesaian produktiviti jualan pilihan untuk FE CREDIT, syarikat pembiayaan pengguna yang terkemuka di Vietnam dengan jaringan jualan seluruh negara yang terbesar.

Vymo  dipilih susulan kajian menyeluruh terhadap penyelesaian produktiviti jualan oleh Pasukan Pengurusan FE CREDIT. Vymo akan digunakan untuk lebih 10,000 kakitangan bidang-pasukan jualan dan lebih 8,000 rakan kongsi di lebih 12,000 Tempat-Jualan (POS) seluruh negara. Dengan Vymo, FE CREDIT akan:

  • Memperuntukkan bakal pelanggan dengan bijak dan mendorong tindakan/tugasan terbaik yang seterusnya kepada ejen-ejen   
  • Mengesan dan melaporkan secara automatik aktiviti-aktiviti tentang aliran kerja bakal pelanggan
  • Mendorong ejen-ejen untuk meningkatkan pembaharuan dengan menjadualkan pencapaian pembayaran secara automatik

Vymo akan berintegrasi dengan sistem-sistem teras FE CREDIT dan akan digunakan dalam seluruh kitaran hayat perniagaan, mencakupi Jualan, Penajajaminan dan Perkhidmatan. Vymo dijangka untuk mengurangkan tempoh pembayaran pinjaman, meningkatkan pengumpulan dan mendorong produktiviti untuk kakitangan dan rakan kongsi.

Mengapa FE CREDIT memilih Vymo  

"Di FE CREDIT, tumpuan kami adalah untuk mendigitkan perjalanan pelanggan bagi menyediakan perkhidmatan yang Pantas & Mudah kepada pelanggan kami. Dengan mengutamakan hal ini, kami menilai pelbagai penyelesaian bagi membantu kami mencapai produktiviti jualan yang lebih tinggi, meningkatkan pengumpulan dan menambah baik khidmat pelanggan. Kami memilih Vymo disebabkan oleh aplikasi unik pengautomatan dan teknologi AI yang membolehkan pengumpulan data yang lancar dan saranan yang lebih baik," kata En. Kalidas Ghose – Naib Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT.

Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif Vymo, berkata, "Hasil daripada pengembangan kami ke Asia, perkongsian FE CREDIT mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami dalam Produktiviti Jualan didayakan AI. Kami menetapkan standard industri dengan penerimaan pengguna berkualiti tinggi, kemudahan penggunaan, kedalaman fungsian dan ROI keseluruhan. Kami amat gembira dapat bekerjasama dan berganding bahu dengan sebuah organisasi bertaraf Dunia." 

Latar Belakang FE CREDIT

Perintis dalam Pembiayaan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pemberian pinjaman pengguna tidak bercagar. FE CREDIT kini menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit. FE CREDIT berkhidmat kepada lebih 10 juta pelanggan, bekerjasama dengan 8.000 rakan kongsi merentas 12,000 Tempat-Jualan (POS) di seluruh negara.

Latar Belakang Vymo

Vymo mengubah pengalaman CRM Jualan melalui mobiliti dan kecerdasan. Ia dibiayai oleh Sequoia Capital dan diiktiraf oleh Gartner dan CB Insights untuk Jualan Preskriptif. Vymo digunakan oleh lebih 75,000 wakil jualan di Institusi-institusi Global seperti Abu Dhabi Finance, Allianz, AXA, Generali, HDFC Bank, VP Bank dan Zurich.

Sejak mengumumkan pengembangannya ke APAC tahun lalu, Vymo berkembang dengan pesat di rantau ini.

  • Vymo dipilih untuk mempercepatkan penerimaan digital di Bangkok Bank (baca lebih lanjut>>)
  • Vymo memenangi Kejohanan Dunia Inovasi Zurich - Asia & sejak itu digunakan di Zurich Indonesia (baca lebih lanjut>>)
  • Vymo dipilih sebagai syarikat baharu teknologi kewangan terbaik oleh Plug & Play, Singapura (ketahui lebih lanjut>>)

Pautan berkaitan:

Laman sesawang - www.getvymo.com 
Lihat Vymo beraksi - video
Tetapkan Jadual Demo - pautan

Hubungi:

Anurag Srivastava
anurag@getvymo.com 
+65-9147-2172

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Joint ventures