omniture

Airbiquity bakal Demonstrasi Perisian Melalui-Udara (OTA) OTAmatic dan Penyelesaian Pengurusan Data untuk Automotif di embedded world 2019

Airbiquity
2019-02-27 19:28 893

SEATTLE, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung, akan mendemonstrasikan perisian melalui-udara (OTA) OTAmaticTM dan penyelesaian pengurusan data di embedded world 2019, Nuremberg, Jerman pada 26-28 Februari. Bertempat di reruai NXP Semiconductors, syarikat akan mempamerkan penyepaduan teknologinya dengan Papan Penilaian (EVB) Pemprosesan Rangkaian Kenderaan MPC-LS NXP untuk pengemaskinian perisian berbilang ECU serta pengurusan data yang cekap, terjamin dan mudah diskalakan yang dikuasakan oleh get laluan berorientasikan perkhidmatan berprestasi tinggi termaju yang serasi dengan pelbagai antara muka rangkaian kenderaan.

Memandangkan perkhidmatan dipacu data mula mengubah industri automotif menerusi pengurusan kenderaan, penglibatan pengguna dan peluang pendapatan baharu, pembuat auto akan memerlukan OTA dan penyelesaian cipset pemprosesan rangkaian mantap yang berfungsi seiringan. Menyepadukan penyediaan perkhidmatan OTAmatic Airbiquity dengan teknologi Pemprosesan Rangkaian Kenderaan MPC-LS NXP memberikan perisian OTA dan penyelesaian pengurusan data dengan get laluan berorientasikan perkhidmatan yang mempunyai tahap tinggi melibatkan pengkomputeran, prestasi rangkaian waktu nyata, dan keselamatan.

Airbiquity dan NXP akan mendemonstrasikan penyepaduan teknologinya di reruai 4A-220 sepanjang persidangan.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic, kunjungi www.airbiquity.com.

Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan serta kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai peneraju bagi inovasi automotif, Airbiquity mengendalikan platform penyerahan perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan yang paling maju dalam industri, Choreo™ dan menyokong kesemua senarai tindakan utama termasuk pengemaskinian perisian melalui-udara (OTA) dan pengurusan data. Melalui kerjasama bersama Airbiquity, pembuat auto dan pembekal automotif telah menggunakan program-program perkhidmatan kenderaan terhubung yang mudah diskalakan, boleh diurus dan terjamin bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity. Airbiquity ialah tanda dagangan Airbiquity Inc.

HUBUNGI:
Shelby Simonson
Perhubungan Awam Airbiquity
1-206-264-8220
media@airbiquity.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/177305/airbiquity_logo.jpg

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Semiconductors Transportation Trade show news Data Analytics Future Events