omniture

Whale Cloud dan Alibaba Cloud Demonstrasi Pendayaan Transformasi Digital di MWC 2019

Whale Cloud
2019-02-27 19:52 740

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Whale Cloud Technology Co., Ltd. (Whale Cloud), peneraju transformasi digital global, bekerjasama dengan Alibaba Cloud untuk mengadakan pameran di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 (MWC19) dan memperkenalkan Peta Kematangan Syarikat Telekomunikasi Digital (DTMM) inovatif daripada Whale Cloud.

Bertemakan "Kecerdasan untuk Masa Depan", pameran Whale Cloud bertujuan untuk mendemonstrasikan proses unik pendigitan melalui kombinasi antara pendekatan inovatif, teknologi data utama dan amalan berpengalaman bagi mengubah pengendali-pengendali syarikat telekomunikasi menjadi pengaruh besar digital dipacu data.

Reruai bersama Whale Cloud dan Alibaba Cloud di MWC 2019
Reruai bersama Whale Cloud dan Alibaba Cloud di MWC 2019

Menurut statistik daripada OVUM, sepanjang tahun 2012-2018, syarikat-syarikat OTT (Over the Top) memperoleh bahagian pendapatan sebanyak 386 bilion dolar AS daripada pengendali-pengendali telekomunikasi global. Walau bagaimanapun, proses pendigitan dalam kalangan pengendali kekal perlahan. Dengan itu, ia membawa peluang kepada pengendali untuk meningkatkan pendapatan, memperbaiki operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan dan memacu penyepaduan teknologi.

Memanfaatkan 20 tahun pengalaman dan kelebihan teknologi daripada Alibaba, Whale Cloud melancarkan pendekatan DTMM sebagai rangka kerja untuk memenuhi peluang ini dan mempercepatkan proses transformasi digital CSP.

Ben Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Whale Cloud International berkata: "Setahun setelah bekerjasama dengan Alibaba, kami berupaya menyepadukan sepenuhnya strategi-strategi transformasi Alibaba: 'Bahagian-pertengahan Beraneka, Bahagian-depan Mencukupi', 'Dipacu Dwienjin', 'Satu Data, Satu ID, Satu Perkhidmatan' dengan penyelesaian pendayaan perniagaan kami. Tambahan pula, berdasarkan pengalaman mendalam kami, kami telah menerapkan pendekatan transformasi DTMM. Melalui peta ini, kami akan mempercepatkan lonjakan pengendali menuju era digital dan memenuhi usaha transformasi mereka menjadi pembawa masa depan."

Xianglong Huang, Ketua Pegawai Teknologi Whale Cloud mengulas tentang DTMM: "Daripada empat dimensi melibatkan kepuasan pelanggan, gabungan teknologi, kecemerlangan operasi dan inovasi vertikal, DTMM menakrifkan lima tahap dan 346 titik semakan, membolehkan penilaian komprehensif dibuat terhadap kedudukan, strategi dan situasi dalam perjalanan transformasi CSP tertentu dan untuk menakrifkan peta jalan transformasi yang jelas untuk evolusi dipacu teknologi." Beliau turut menyampaikan ucapan tentang "Mengubah Telekomunikasi dengan AI, Data Raya, Analitik & Pengkomputeran Awan" di Sidang Kemuncak Alibaba, mendemonstrasikan bagaimana penumpuan teknologi bersepadu ini akan menghasilkan peluang-peluang perniagaan baharu untuk pengendali-pengendali telekomunikasi.

Platform Pendayaan Perniagaan Digital (d-BEP) yang baru diperkenalkan itu melaksanakan rangka kerja DTMM termasuk sokongan menyeluruh terhadap pengurusan saluran digital, khidmat pelanggan pintar, operasi dengan penyelenggaraan. Ia menumpu pada penggunaan meluas teknologi kognitif dan pengautomatan, untuk mendayakan senario-senario perniagaan baharu 5G dan bagi memupuk pembangunan platform-platform CSP demi mendorong inovasi besar-besaran dan pengalaman pelanggan yang cemerlang.

Reruai bersama Whale Cloud dan Alibaba Cloud ialah 1A70 di Dewan 1. Untuk maklumat lanjut tentang Whale Cloud, sila layari http://www.iwhalecloud.com/?_l=en.

Latar Belakang Whale Cloud

Whale Cloud Technology ialah penyedia teknologi pengkomputeran awan terkemuka yang menawarkan penyelesaian didayakan awan, analitik dan AI kepada pengendali telekomunikasi, perusahaan dan juga kerajaan. Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam pasaran, penyelesaian digital kami mendayakan perniagaan, operasi dan penyelesaian inovatif untuk pelanggan di lebih 80 negara, menyokong berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada Alibaba group dan rakan kongsi penting ekosistem Alibaba Cloud, Whale Cloud menjadi penyedia transformasi awan natif, membawakan ekosistem perkhidmatan pintar global kami berdasarkan teknologi berskala web dan pemahaman mendalam tentang pengaturan keupayaan Rangkaian dan IT kepada dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190226/2385706-1

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news