omniture

INC: Kacang Gajus Mungkin Kandung Kalori Lebih Rendah Berbanding Anggapan Sebelum Ini - Dapatan Saintifik Baharu

INC International Nut and Dried Fruit Council
2019-02-27 21:20 1284

REUS, Sepanyol, 27 Februari 2019/PRNewswire/ --

Dalam satu ujian percubaan intervensi-manusia yang diterbitkan baru-baru ini dalam Nutrients, penyelidik-penyelidik di USDA, ARS, Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Beltsville, melihat kepada kandungan tenaga yang terdapat dalam kacang gajus[1].

generated by system

Seramai lapan belas sukarelawan yang sihat direkrut untuk mengambil bahagian dalam kajian selama 9 minggu ini. Peserta-peserta mengambil pemakanan asas dikawal yang ditambah dengan kacang gajus (42 g/sehari) sepanjang satu tempoh rawatan selama 4 minggu, atau pemakanan asas dikawal tanpa penambahan kacang gajus sepanjang tempoh rawatan selama 4 minggu lagi. Sampel-sampel pemakanan daripada kajian tersebut, berserta tinja dan urin daripada lapan belas sukarelawan, dikumpul semasa minggu terakhir dalam setiap fasa intervensi dan kandungan protein, lemak dan juga tenaga dianalisis. Daripada keputusan ini, penyelidik-penyelidik berupaya menentukan kandungan tenaga sebenar yang boleh dicerna dalam kacang gajus.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa kandungan tenaga yang ada (kalori) dalam kacang gajus adalah 16% lebih rendah berbanding nilai yang biasa dinyatakan pada label-label makanan semasa dan pangkalan data di Amerika Syarikat, termasuk Pangkalan Data Nutrien untuk Rujukan Standard Kebangsaan. Hal ini perlu diperbetulkan bagi menyediakan pengguna dengan nilai-nilai tenaga yang tepat. Meskipun nilai tenaga semasa yang dilaporkan ialah 163 kkal/hidangan, penyelidik-penyelidik USDA mendapati bahawa kandungan tenaga termetabolisme untuk 28 g (1 auns) hidangan kacang gajus ialah 137 kkal.

Sementara itu, satu lagi kajian terkini yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition menyimpulkan bahawa 42 g/hari kacang gajus tidak meningkatkan tahap kolesterol "jahat" LDL[2]. Kajian ini turut mendapati bahawa dengan menambah 42 g kacang gajus setiap hari ke dalam diet Barat biasa boleh membantu mengurangkan enzim PCSK9 manakala kadar kepekatan PCSK9 yang berkurangan dikaitkan dengan penyingkiran kolesterol "jahat" LDL daripada darah.

Kajian ini disokong oleh Majlis Kacang Gajus Global dan Majlis Kekacang dan Buah-buahan Kering Antarabangsa INC.

1. Baer, D., & Novotny, J. (2019). Metabolizable Energy from Cashew Nuts is Less than that Predicted by Atwater Factors. Nutrients, 11(1), 33.

2. Baer, D. J., & Novotny, J. A. (2019). Consumption of cashew nuts does not influence blood lipids or other markers of cardiovascular disease in humans: a randomized controlled trial. The American Journal of Clinical Nutrition, 109(2), 269-275.

Hubungan Akhbar INC, press@nutfruit.org , T. +34-977-33-14-16

Sumber: INC International Nut and Dried Fruit Council

Source: INC International Nut and Dried Fruit Council
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital