omniture

ZTE Menang Anugerah Kepimpinan Teknologi Infrastruktur 5G Global 2018

ZTE Corporation
2019-02-28 15:33 787

SHENZHEN, China, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini disampaikan dengan Anugerah Kepimpinan Teknologi Infrastruktur 5G Global 2018 di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 oleh Frost & Sullivan atas kejayaan menjadi penyedia utama sistem-sistem, peralatan dan peranti-peranti infrastruktur 4G, Pra5G dan 5G.

ZTE Menang Anugerah Kepimpinan Teknologi Infrastruktur 5G Global 2018
ZTE Menang Anugerah Kepimpinan Teknologi Infrastruktur 5G Global 2018

Setiap tahun, Frost & Sullivan menyampaikan Anugerah Kepimpinan Teknologi kepada syarikat-syarikat yang menunjukkan kepimpinan dalam membangunkan dan memanfaatkan teknologi baharu yang menawarkan nilai pelanggan yang signifikan.

ZTE mengukuhkan kepimpinannya dalam 5G melalui pelaburan yang banyak dalam pemiawaian 5G serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dan seterusnya memperoleh pandangan mendalam tentang teknologi 5G. Mengusahakan penggunaan 5G selama bertahun-tahun, ZTE melancarkan beberapa AAU 5G semua jalur berorientasi secara komersial, pengangkutan 5G, rangkaian teras 5G, peranti 5G dan penyelesaian 5G hujung-ke-hujung yang lain sebagai persiapan untuk pengkomersialan 5G berskala luas.

Siri penuh stesen pangkalan 5G ZTE boleh digunakan dalam pelbagai senario 5G, bagi membantu pengendali membangunkan rangkaian 5G dengan liputan luas, berkapasiti tinggi, dengan penggunaan pesat serta berkesan kos.

Dari segi seni bina, penyelesaian fleksibel ZTE berupaya untuk memenuhi keperluan pengendali pada tahap-tahap penggunaan 5G yang berbeza, bermula dengan mod SA (kendiri) kepada mod NSA (bukan kendiri).

Pada bulan Disember 2018, dengan kerjasama Qualcomm dan China Mobile, ZTE menyiapkan sambungan data 5G SA patuh 3GPP R15 yang pertama di dunia pada 2.6GHz melalui stesen pangkalan 5G komersial dan peranti 5G.

Dalam bidang rangkaian teras, penyelesaian Teras Umum Tertumpu ZTE, berdasarkan 3GPP R16 SBA+, mengguna pakai teknologi canggih CUPS, himpunan sumber teragih dan penghirisan rangkaian bagi membantu pengendali membangunkan dengan pantas rangkaian teras yang tangkas, cekap dan tertumpu, yang memenuhi pelbagai keperluan rangkaian 2G/3G/4G/5G/tetap dan industri-industri vertikal sepenuhnya.

Dalam bidang pengangkutan, penyelesaian Flexhaul 5G ZTE mencakupi semua senario bermula dengan angkut-depan kepada angkut-balik, membawa kepada kependaman, penyegerakan jam ketepatan tinggi dan penghirisan rangkaian. Pada masa kini, siri penuh produk-produk pengangkutan hujung-ke-hujung ZTE sedia untuk dikomersialkan.

Setakat ini, ZTE mengisytiharkan lebih 1000 rangkaian Paten Penting Standard (SEP) 5G 3GPP kepada Institut Pemiawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI). Selain itu, syarikat memulakan dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan Akses Berbilang Bukan Ortogon (NOMA) dengan membimbing penyelidikan projek teras yang diperlukan untuk mewujudkan piawaian NOMA.

"ZTE jelas memahami keperluan 5G oleh pengendali mudah alih dan bersedia untuk menerajui peningkatan rangkaian generasi seterusnya," kata Vikrant Gandhi, pengarah industri di Frost & Sullivan. "Portfolio produk lengkap ZTE untuk 5G, komitmen terhadap inovasi berterusan dan rekod prestasi terbukti bagi kejayaan pengkomersialan teknologi baharu memberi alasan kukuh untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai vendor pilihan untuk penggunaan infrastruktur 5G masa depan."

"ZTE sentiasa komited terhadap inovasi berteknologi. Memanfaatkan kekayaan pengalaman yang diperoleh melalui amalan, ZTE mempunyai kelebihan hebat dalam pengkomersialan MIMO besar-besaran, pengesahan komersial hujung-ke-hujung dan penggunaan SA perangkaian bebas," kata Bai Yanmin, naib presiden, pengurus besar produk TDD & 5G di ZTE. "ZTE bersiap sedia sepenuhnya untuk penggunaan berskala luas rangkaian komersial 5G dan yakin untuk mempromosi kematangan industri 5G dengan kerjasama pihak pengendali dan juga rakan kongsi."

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan mengiktiraf syarikat-syariat dalam pasaran serantau dan global yang menunjukkan pencapaian luar biasa serta prestasi unggul dalam kepimpinan, inovasi berteknologi, khidmat pelanggan dan pembangunan produk yang strategik. Penganalisis-penganalisis industri membandingkan peserta-peserta pasaran dan mengukur prestasi mereka melalui temubual mendalam, analisis dan kajian sekunder bagi mengenal pasti amalan terbaik dalam industri.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Latar Belakang Frost & Sullivan

Frost & Sullivan, Syarikat Perkongsian Pertumbuhan, menjalin kerjasama dengan pelanggan-pelanggan untuk memanfaatkan inovasi berwawasan yang menangani cabaran global dan peluang pertumbuhan berkaitan yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan peserta pasaran hari ini. Selama lebih 50 tahun, kami membangunkan strategi-strategi pertumbuhan untuk global 1000, perniagaan baru muncul, sektor awam dan juga komuniti pelaburan. Hubungi kami: Mulakan perbincangan.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190227/2387355-1

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news