omniture

Emaar Hospitality Group Beri Tambahan Faedah Tetamu Dengan Tiga Pakej Istimewa Penginapan Hotel di Dubai

Emaar Hospitality Group
2019-02-28 21:23 704

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Emaar Hospitality Group, subsidiari hospitaliti dan libur pemaju global Emaar Properties, membawakan nilai luar biasa kepada tetamu-tetamu dengan tiga pakej istimewa yang sah sehingga 25 Disember 2019.

generated by system

generated by system

Pakej-pakej 'Business Stay', 'Family Stay' dan 'Romantic Stay' ditawarkan oleh semua hotel di bawah Address Hotels + Resorts yang premium dan mewah dan Vida Hotels and Resorts di Dubai untuk gaya hidup mewah serta Arabian Ranches Golf Club.

Rove Hotels, dibangunkan hasil usahasama antara Emaar Properties dan Meraas, turut menggembirakan tetamu-tetamu dengan pakej-pakej 'Business Stay' dan 'Family Stay'.

Dengan Pakej 'Business Stay', tetamu-tetamu yang menempah penginapan selama tiga malam akan mendapat faedah termasuk sarapan bufet harian, pengangkutan lapangan terbang pergi balik dan daftar-masuk mudah serta daftar-keluar lewat yang tertakluk kepada ketersediaan. Pakej 'Family Stay' menjamin kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk setiap ahli keluarga. Bagi tempahan penginapan dua malam, faedah-faedah yang disediakan termasuk sarapan bufet harian, tiket ke Reel Cinema atau Dubai Ice Rink setiap orang bagi setiap penginapan untuk kesemua hotel di bawah Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts dan Rove Hotels. Pakej 'Romantic Stay' melayakkan tetamu-tetamu untuk mendapat sarapan bufet harian, kemudahan menyambut dalam bilik yang eksklusif dan set makan malam tiga jenis sajian untuk dua orang.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata, "Ketiga-tiga pakej berkenaan disediakan untuk menggembirakan tetamu-tetamu dengan faedah-faedah yang memenuhi keperluan mereka. Kesemua hotel terletak di tengah-tengah Dubai dengan akses ke tempat-tempat tarikan libur yang popular serta pusat-pusat perniagaan. Selain itu, dengan perkhidmatan tiada tandingan yang kami tawarkan, tetamu-tetamu diberi jaminan penginapan yang tidak dapat dilupakan di Dubai."

Tetamu-tetamu boleh memilih daripada Address Downtown, Address Dubai Mall, Address Dubai Marina, Address Montgomerie, Address Boulevard, Palace Downtown, serta Address Fountain Views dan Address Sky View yang bakal dibuka dalam masa terdekat - kesemuanya di bawah Address Hotels + Resorts serta Vida Downtown, Manzil Downtown, serta Vida The Hills dan Vida Harbour Point yang bakal dibuka dalam masa terdekat - kesemuanya di bawah Vida Hotels and Resorts.

Rove Hotels yang mengambil bahagian ialah Rove Downtown, Rove City Centre, Rove Healthcare City, Rove Trade Centre, Rove Dubai Marina, serta Rove At The Park yang bakal dibuka dalam masa terdekat - yang terletak di lokasi-lokasi pusat di bandar tersebut. Arabian Ranches Golf Club akan dapat menggembirakan para peminat sukan golf dengan padang golf kejohanan 18-lubang dan rumah kelab yang hebat.

Tempah di addresshotels.comvidahotels.comrovehotels.com atau arabianranchesgolfdubai.com

Untuk butiran lanjut: 
Kelly Home
ASDA'A BCW
+9714-4507-600
kelly.home@bcw-global.com

Sumber: Emaar Hospitality Group

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services