omniture

Robi dan YABX Berkolaborasi Mudahkan Pembiayaan Telefon Pintar di Bangladesh

Comviva
2019-03-04 11:21 869

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2019 /PRNewswire/ --

Robi, penyedia perkhidmatan digital yang terkemuka di Bangladesh, dan YABX, sebuah syarikat teknologi kewangan yang diinkubasikan oleh Comviva, telah menjalin kerjasama bagi memudahkan pembiayaan untuk telefon pintar pelanggan-pelanggan Robi di Bangladesh.

generated by system

Dalam hal ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Robi, Mahtab Uddin Ahmed serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif YABX, Rajat Dayal menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kongres Dunia Mudah Alih 2019, di Barcelona, bagi pihak organisasi-organisasi masing-masing.

Dalam tempoh setahun melancarkan perkhidmatan 4.5G, Robi telah mewujudkan rangkaian 4.5G yang terbesar di Bangladesh. YABX sebaliknya menyediakan teknologi ini untuk menaja jamin pembiayaan telefon pintar buat pelanggan-pelanggan dalam pasaran-pasaran baru muncul.

Dengan berbuat demikian, syarikat dapat membina profil pelanggan daripada puluhan ribu titik data, menggunakan data daripada rangkaian mudah alih. Ini hasilnya akan membolehkan pelanggan untuk membeli telefon pintar pertama mereka. Dengan itu, dipercayai bahawa perkongsian ini akan mencetuskan perbezaan ketara dalam mempromosi gaya hidup digital di negara ini.

Di samping itu, teknologi kemerosotan peranti canggih YABX membolehkan institusi-institusi kewangan melancarkan pelan EMI manakala YABX mengurus perjalanan pelanggan yang lengkap melalui saluran-saluran digital, yang melibatkan pemerolehan, pembayaran, pengumpulan dan sebagainya.

Mengulas tentang perkongsian ini, Mahtab Uddin Ahmed, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Robi Axiata Limited, berkata, "Harga purata telefon pintar, mengikut peratusan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita untuk Bangladesh, merupakan salah satu yang tertinggi di rantau ini. Ini merupakan cabaran utama kepada penembusan telefon pintar yang kini merupakan salah satu yang terendah di rantau ini. Kami yakin bahawa melalui perkongsian bersama YABX ini, halangan kos kemasukan yang tinggi akan dapat disingkirkan, yang akan membantu memacu penerimaan telefon pintar dan mengurangkan ketaksamaan di Bangladesh menurut matlamat SDG. Di samping itu, hal ini akan menambah satu lagi kejayaan kepada analitik Data Raya dan inisiatif Teknologi Kewangan Robi."

Bercakap tentang peristiwa tersebut, Rajat Dayal, Pengasas dan Ketua Pegawai Ekseutif, YABX, berkata, "Kolaborasi kami bersama Robi merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk mendayakan perkhidmatan mikropinjaman digital di Bangladesh. Perkongsian kami akan memudahkan wawasan pembiayaan telefon bimbit yang berpatutan dan mudah di Bangladesh. Objektif-objektif ekonomi dan sosial utama perkongsian kami adalah untuk membantu penduduk Bangladesh mendapat akses segera kepada telefon pintar dengan cara yang mampu milik dan mudah, seraya meningkatkan rangkuman kewangan melalui rangkuman digital."

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Pengurus Kanan
Komunikasi Korporat
pr@comviva.com

Source: Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts New products/services Financial Technology