omniture

Dachser lantik Daniel Pohl sebagai Managing Director Air & Sea Logistics Malaysia

Dachser Asia Pacific
2019-03-06 15:59 895

HONG KONG, 6 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Daniel Pohl menyandang jawatan baharu beliau sebagai Managing Director Dachser Malaysia pada 1 Januari 2019. Dengan 17 tahun pengalaman dalam dunia logistik telah memberi asas yang kukuh untuk beliau memacu pertumbuhan dalam pasaran baru muncul di Malaysia.

Daniel Pohl, Managing Director Air & Sea Logistics Malaysia yang baru di DACHSER
Daniel Pohl, Managing Director Air & Sea Logistics Malaysia yang baru di DACHSER

Dilahirkan pada tahun 1983, Pohl, yang berasal daripada keluarga kacukan Jerman-Indonesia dan menetap di China selama 23 tahun, membawakan keluasan kepakaran antarabangsa kepada organisasi negara Dachser yang bercita-cita tinggi itu. Beliau melapor kepada Christophe Vincent, Managing Director Air & Sea Logistics Thailand, Singapore, Vietnam and Malaysia di Dachser.

Setelah memegang jawatan-jawatan berbeza dalam syarikat-syarikat logistik global, Pohl menyertai Dachser pada tahun 2010. Paling terkini, beliau membuktikan kebolehan kepimpinan beliau dengan memimpin jualan dengan jayanya di kawasan perniagaan China Utara syarikat.

"Saya dan pasukan saya akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dan jejak Dachser dalam pasaran Malaysia," kata pemimpin muda itu. "Kawasan-kawasan seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru menawarkan potensi yang amat besar kepada sektor logistik," tambah beliau.

Latar Belakang Dachser

Dengan sokongan kira-kira 29,100 kakitangan di 396 lokasi di seluruh dunia, Dachser dapat menjana pendapatan sebanyak 6.12 bilion euro pada tahun 2017. Dalam tahun yang sama, penyedia logistik ini mengendalikan sejumlah 81.7 juta penghantaran seberat 39.8 juta tan metrik. Kini, Dachser berada di 44 negara. Di Asia, Dachser menggaji lebih 1,670 kakitangan di 49 pejabat di sebelas buah negara. Ibu Pejabat Rantau Asia Pasifik terletak di Hong Kong. Sila kunjungi www.dachser.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungan Media:

Corinna Seidel
Nombor Telefon: 852 2751 5718
Emel: Corinna.Seidel@dachser.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190301/2390511-1

Source: Dachser Asia Pacific
Keywords: Air Freight Transportation Personnel announcements