omniture

CleverTap Jalin Kerjasama dengan Nexmo, Platform API Vonage, Perkasa Pemasar Berkomunikasi dengan Pelanggan secara Meluas

CleverTap
2019-03-07 00:17 2182

Pemasar mudah alih kini dapat manfaatkan pelbagai saluran komunikasi pelanggan seperti SMS, aplikasi pemesejan sosial dan banyak lagi untuk mencipta pengalaman pelanggan menarik yang memacu pengekalan pengguna jangka panjang yang andal dan kepuasan pelanggan dengan keandalan dan kebergantungan   

SAN FRANCISCO, 6 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Platform pengautomatan pemasaran mudah alih yang terkemuka, CleverTap, hari ini mengumumkan ia telah memilih Vonage (NYSE:VG), peneraju komunikasi awan perniagaan untuk mendayakan saluran penglibatan pengguna tambahan terus daripada platform pengautomatan mudah alih CleverTap melalui Nexmo, Platform API Vonage. Menerusi perkongsian ini, pelanggan-pelanggan boleh membina pengalaman komunikasi omnisaluran yang diperibadikan dengan mudah dalam seluruh kitar hayat pelanggan secara meluas, mewujudkan hubungan pelanggan yang bernilai dan penglibatan yang dipertingkat.

Pengguna hari ini berinteraksi dengan jenama-jenama melalui pelbagai titik sentuh. 90% daripada pengguna memulakan tugas pada satu peranti dan menyelesaikannya pada peranti yang lain.* Tatkala tingkah laku pengguna berubah, pemasar perlu beradaptasi dan merancang strategi-strategi penglibatan mereka bagi memastikan perjalanan pelanggan yang lancar. Bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang holistik, pemasar perlu menyingkirkan silo data, mengaturkan perjalanan pengguna merentas saluran dan berhubung dengan pelanggan melalui saluran yang paling relevan mengikut keutamaan.

"CleverTap menyediakan beberapa syarikat yang terbesar di dunia dengan penyelesaian pemasaran mudah alih yang terbaik dalam kategorinya bagi membantu mereka mencipta pengalaman pelanggan yang lancar," kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap. "Kepakaran terbukti Nexmo dalam bidang komunikasi awan, digabungkan dengan kebolehannya untuk memanfaatkan kemajuan teknologi terkini dengan pantas, menjadikan Nexmo sebagai rakan kongsi utama buat kami. Pelanggan CleverTap boleh menumpu untuk membina strategi-strategi penglibatan dibezakan yang berjaya tanpa perlu bimbang tentang masalah-masalah operasi seperti keselamatan, kebolehserahan dan keandalan." 

"Perkongsian Vonage dengan CleverTap memperkasa pelanggan untuk berhubung bersama pengguna mereka melalui saluran yang betul dengan mesej yang betul secara meluas dan memberikan pengalaman unggul yang dapat mendorong pengekalan pengguna dan pendapatan dalam tempoh jangka panjang," kata Omar Javaid, Ketua Pegawai Produk Vonage. "Kebolehan untuk membahagikan pengguna secara automatik pada waktu nyata berdasarkan kecenderungan mereka untuk bertindak balas secara positif kepada mesej tertentu pada saluran yang baik adalah apa yang menjadikan perkongsian ini unik."

Latar Belakang CleverTap

CleverTap membantu jenama-jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Pasukan-pasukan pertumbuhan menggunakan keupayaan pengautomatan, AI/ML dan pemperibadian CleverTap untuk mengurus dan meningkatkan kitar hayat pelanggan dengan memberikan pengalaman yang paling tekal dalam seluruh titik sentuh. Menerusi kombinasi unik pada platform data yang seragam, segmentasi dan pandangan automatik serta penglibatan omnisaluran, CleverTap membolehkan jenama-jenama mengoptimumkan pengalaman pelanggan pada waktu nyata dan secara meluas.  

Lebih 8,000 jenama global, termasuk Star, Sony, Vodafone, Domino's Pizza, DC Comics, BookMyShow dan DealsPlus mempercayai CleverTap untuk membantu mereka berhubung dengan pengguna dan mengembangkan aplikasi mudah alih mereka. CleverTap mempunyai pejabat-pejabat di San Francisco, New York, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. Untuk melihat bagaimana perniagaan daripada semua saiz membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan kami dan untuk maklumat lanjut tentang CleverTap, layari clevertap.com atau ikuti di Facebook dan Twitter.

Hubungan Akhbar

Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Stocks:
NYSE:VG
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements