omniture

InterLubric China Berkunjung ke Guangzhou untuk Ulang Tahun ke-20

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
2019-03-08 11:00 1944

SHANGHAI, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Pelincir dan Teknologi Antarabangsa China (InterLubric China) kali ke-20 akan diadakan mulai 21-23 Ogos 2019 di Dewan Pameran Pusat Dagangan Dunia Poly Guangzhou. Acara ini dianjurkan oleh Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.

Susulan kejayaan luar biasa pameran dan persidangan InterLubric di Shanghai tahun lalu, InterLubric China kini melangkah ke depan dengan penuh semangat bagi membuat persiapan sempena sambutan ulang tahun ke-20nya, yang berlangsung di Dewan Pameran Pusat Dagangan Dunia Poly Guangzhou pada 21 hingga 23 Ogos 2019. InterLubric China diadakan setiap tahun dan bergilir-gilir antara Beijing, Guangzhou dan Shanghai. InterLubric China meraih sokongan padu daripada SLTA, CCPIT dan STLA selain sokongan daripada penaja-penaja utama SINOPEC dan PetroChina.

Sepanjang 19 edisi pameran yang lalu, InterLubric telah mempamerkan lebih 25,000 jenama industri yang berbeza, menjadi tuan rumah kepada lebih 200,000 pengunjung industri profesional, mengadakan tambahan 130 persidangan dan seminar industri serta menarik ribuan syarikat yang mengambil bahagian. Ini termasuk ExxonMobil, Shell, BP, Fuchs, Caltex, GS Oil, INEOS, G-Energy, BASF, Chemtura, Dow, Lubrizol, Croda, Henkel, Lukoil, Afton, Valvoline, Total dan WD-40, antaranya.

Produk pameran umumnya melibatkan pelincir automotif dan produk penyelenggaraan kimia, minyak dan gris pelincir industri, pelincir dan bendalir kerja logam, bahan antikarat, aditif pelincir dan minyak asas, sistem, peralatan dan jentera pengeluaran pelincir, pengujian produk pelincir, kawalan kualiti, teknologi kitar semula dan penilaian serta peralatan selain perundingan industri, media dagangan dan banyak lagi.

Tahun ini, InterLubric China berbangga untuk membawakan para pengunjung dengan lebih banyak acara premium dan aktiviti eksklusif yang berkaitan termasuk:

  • Persidangan Pelincir, Minyak Asas & Aditif Antarabangsa China ke-10;
  • Program Peniaga dan Pengedar Pelincir Domestik 2019;
  • Kursus-kursus Latihan Pelincir Antarabangsa;
  • Forum Pembangunan Teknologi Kerja Logam China;
  • Kursus Latihan Bendalir Kerja Logam Antarabangsa;
  • Sambutan Ulang Tahun ke-20 'Lube Focus' InterLubric China.

Acara ulang tahun ke-20 InterLubric China di Guangzhou pada Ogos ini merupakan satu destinasi sehenti.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: 

Cik Apple Gu


TEL:    

+86 21 62951395

FAKS:   

+86 21 62780038

EMEL: 

guyuan@shanghai-intex.com 

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman sesawang kami: www.interlubric.com

 

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Trade show news