omniture

Destinasi Pelancongan Cina Sanya Adakan Acara Jerayawara Di Moscow

Bandar ambil langkah untuk analisis dan bangunkan pasaran paling tradisional - pengembara dari Rusia
Sanya Tourism, Culture, Radio, Television and Sports Bureau
2019-03-14 02:34 1024

MOSCOW, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pada 8 Mac, Biro Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya menghantar delegasi promosi pelancongan untuk menghadiri Intourmarket-2019, pameran pengembaraan antarabangsa yang berlangsung di Moscow mulai 9-11 Mac. Di acara tersebut, delegasi ini menyebutkan tentang banyaknya kelebihan Sanya sebagai destinasi percutian dan pelancongan, memetik tentang akses tanpa visa untuk pengembara-pengembara dari 59 negara dan 11 perkhidmatan udara tanpa henti antara Rusia dan Sanya. Delegasi ini melibatkan penghibur-penghibur yang mengadakan persembahan nyanyian dan tarian yang banyak dipinjam daripada tradisi-tradisi Li dan Miao, dua kumpulan etnik yang merupakan penduduk asal Sanya dan kawasan terdekat.

Cao Yuanxin and Aleksei Tihnenko discussing tourism cooperation between the two cities
Cao Yuanxin and Aleksei Tihnenko discussing tourism cooperation between the two cities

Biro Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya mengadakan acara jerayawara dalam pasaran sumber pelancong utama Moscow, Rusia, dengan mempromosi dasar tanpa visa, perkhidmatan udara tanpa henti dan tawaran percutian tepian pantai tropika, sebagai langkah untuk menarik lebih ramai pelancong Rusia. Timbalan Pengarah Biro Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya Cao Yuanxin, Pengarah Pejabat Pelancong Kebangsaan China di Moscow Wang Xiaoxia, Pengarah jabatan pengurusan pelancongan dan hospitaliti Biro Pelancongan Moscow Aleksei Tihnenko dan penganalisis industri pengembaraan Biro Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya Tang Sixian turut hadir di acara tersebut.

Persembahan tarian tradisional, tarian suku kaum Li dan tarian buluh yang mana para hadirin diundang untuk menyertainya, digandingkan dengan penyerahan hadiah-hadiah istimewa yang diperbuat daripada cangkerang yang dijumpai di pantai-pantai Sanya, antara program-program lain yang menonjolkan ciri-ciri unik bandar tersebut, dipentaskan di Pusat Perniagaan Atrium Staropetrovsky Moscow. Sanya, terletak 18 darjah lintang utara tropika yang strategik, mengajukan jemputan ikhlas kepada penduduk Moscow dengan menawarkan mereka peluang untuk mempelajari budaya unik Hainan, dasar tanpa visa baharunya dan format pelancongan baharu Sanya sewaktu penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Hainan.

En. Cao berkata, Hainan, yang mewujudkan kawasan perintis perdagangan bebas dengan rancangan, sekiranya kawasan perintis tersebut berjaya, untuk meluaskannya menjadi pelabuhan perdagangan bebas lengkap dengan ciri-ciri Cina, telah menetapkan misinya: menjadi destinasi luar negara paling popular di dunia untuk pelancong Rusia. Lembaga-lembaga pelancongan Sanya dan Rusia telah mengemukakan mekanisme pertukaran dan kerjasama untuk meningkatkan kebolehan bagi menjamin keselamatan pengembara Rusia dan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan lebih selamat untuk mereka. Sanya turut memperkenalkan beberapa tawaran pelancongan yang berorientasi ke arah harapan pelancong Rusia, termasuk pusat peranginan mewah Atlantis Sanya yang terkenal di dunia, Haichang Fantasy Town, pelbagai mata air panas dan perkhidmatan terapi fizikal berasaskan perubatan Cina tradisional. Dengan memperbaiki papan tanda Rusia di dalam dan sekitar Sanya serta menyediakan menu Rusia di beberapa buah hotel, Hainan akan menjadi destinasi libur yang membawa semangat kekitaan kepada pelancong Rusia.

Pada tahun 2018, seramai 204,000 pelancong Rusia melawat Sanya, justeru menjadikan Rusia sebagai sumber terbesar untuk pelancong ke dalam negara ke bandar berkenaan. Sanya menawarkan 11 perkhidmatan udara tanpa henti ke bandar-bandar di seluruh Rusia termasuk Ekaterinburg, Irkutsk, Kazan, Khabarovsk, Krasnoyarsk, Moscow, Novosibirsk, Ufa, Ulan-Ude, Vladivostok dan Zhukovsky, menambah sehingga 19 penerbangan seminggu dan menjadikan perjalanan ke Sanya sebagai pengalaman yang lancar tanpa mengira di mana seseorang tinggal di negara yang luas itu. Empat belas agensi pelancongan yang berpangkalan di Sanya menghadiri acara promosi pelancongan di Rusia. Kerajaan perbandaran Sanya dan perniagaan utama dalam sektor pengembaraan berganding bahu untuk menganalisis pasaran sumber pelancong ke dalam negara tradisional Sanya dan meningkatkan kuantiti serta kualiti pelancong ke dalam negara Rusia

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190309/2398668-1

 

Source: Sanya Tourism, Culture, Radio, Television and Sports Bureau
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Trade show news