HONG KONG, Mac 15, 2019 /PRNewswire/ -- PR Newswire telah menlancarkan soal selidik bertajuk "Soal Selidik Asia Pasifik PR Newswire 2019 mengenai Kualiti Kandungan & Bagaimana ia Disukat" untuk mengkaji bagaimana wartawan menyukat kualiti kandungan dan sama ada kerja mereka telah dipengaruhi oleh trend-trend baru seperti kewartawanan data, podcast, dan kandungan multimedia. Soal selidik ringkas ini bertujuan untuk memperolehi maklumat daripada komuniti media di 8 pasaran utama -- Hong Kong, Taiwan, Australia, Singapore, Malaysia, Indonesia, Vietnam, and Korea Selatan dan terbuka untuk penyertaan sehingga April 30, 2019. Peserta yang berkelayakan akan menerima makluman e-mel eksklusif apabila laporan analisis soal selidik ini telah siap dibuat, dan menerima sekeping baucar kopi sebagai tanda penghargaan.
Untuk menyertai soal selidik ini, sila melayari https://www.surveymonkey.com/r/WJRBW7Z
Matlamat PR Newswire adalah untuk membantu syarikat-syarikat memahami perubahan media di APAC secara lebih mendalam dan bagaimana mereka boleh menyesuaikan strategi kandungan mereka dengan lebih berkesan. Penyertaan anda akan menjadi panduan untuk pemasar dan profesional PR untuk menghasilkan kandungan selaras dengan keperluan kewartawanan.
Soal selidik ini terdiri daripada soalan-soalan yang penting termasuk:
Laporan soal selidik ini dijangka selesai menjelang akhir suku kedua tahun 2019.
Tentang PR Newswire
PR Newswire (www.prnasia.com) merupakan penyedia berita global utama dan platform multimedia yang membolehkan para profesional pemasar, penghubung awam dan pelabur menggunakan kandungan untuk berhubung dengan penonton mereka. Sebagai perintis industri pengedaran berita komersial sejak tahun 1954, PR Newswire kini menyediakan penyelesaian hujung ke hujung untuk menghasilkan, mengedarkan, menyasarkan, dan memantau kandungan multimedia merentasi saluran tradisional, digital, mudah alih dan sosial. Dengan menggabungkan rangkaian pengedaran dan pengoptimuman kandungan dengan saluran-saluran terbesar di dunia melalui alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, kami membolehkan syarikat-syarikat menceritakan kisah mereka kepada seluruh dunia. PR Newswire melayani pelanggan kami dari pejabat di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika, dan rantau Asia Pasifik.
Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi:
Pasukan Pemasaran PR Newswire Asia
+852-2572-8228
asia.marketing@prnasia.com
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190314/2403302-1-b