BEVERLY HILLS, California, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- MCM Worldwide, jenama pengembaraan dan aksesori mewah, hari ini mengumumkan pembukaan lokasi jualan unggulan global pertamanya di Los Angeles. Kedai baharu berkeluasan 4,427 kaki-persegi ini meraikan pembukaan besar-besarannya pada 14 Mac 2019 dan akan ditempatkan di tengah-tengah Rodeo Drive di Beverly Hills, California.
Muka depan bangunan dua tingkat dengan tembaga yang digilap dan direka oleh Kenneth Park, berasal daripada butang katup dan permata istimewa pada barangan MCM membawa sinaran ke Rodeo Drive dan dalam masa yang sama masih menggunakan warisan jenama dengan gaya Angelino yang mewah. Unsur reka bentuk ini ditonjolkan khususnya oleh faset tembaga pada bahagian atas di hadapan kedai itu, mencerminkan reka bentuk klasik plat logo MCM yang unggul. Turut mengapit muka bangunan di kedua-dua sisi ialah paparan LED besar dengan imejan dinamik yang sentiasa berubah-ubah.
"Lokasi Unggulan Global MCM Beverly Hills membawakan Warisan Jerman mewah jenama ini, reka bentuk yang inovatif, seni bina yang difikirkan dengan teliti dan teknologi canggih kepada salah satu destinasi membeli belah yang paling ikonik di dunia, Rodeo Drive," kata Patrick Valeo, Presiden, MCM, benua Amerika. "Kami amat teruja untuk berada di Rodeo Drive tatkala kami meneruskan peluasan AS kami yang agresif. Ini merupakan lokasi ke-5 di California sahaja."
Di dalamnya, jenama ini menyepadukan teknologi dengan pondok gambar interaktif oleh Hypno. Membawa makna baharu kepada "detik untuk dimuat naik ke Instagram", jenama ini menggabungkan beruang MCM Visetos amat besar yang disesuaikan pada bingkai pondok gambar, memberikan pelanggan dengan pilihan untuk memuat naik foto mereka ke akaun Instagram mereka pada saat itu juga. Selain itu, mozek kaca buatan tangan di Itali, yang meniru logo jenama-jenama ini dipaparkan pada dinding oleh tangga utama. Selaras dengan dedikasi jenama ini terhadap muzik, lebih khusus, peranan mereka dalam budaya Hip-Hop, reruai DJ dan bar terletak di tingkat dua; menghasilkan suasana vintaj kepada ruang acara VIP yang terselindung. Akhir sekali, kedai Rodeo Drive akan membawakan produk-produk eksklusif termasuk Vespa MCM Visetos, Raket Ping Pong Visetos dan bola ping pong berjenama, Set Chess Visetos dan beg ikat pinggang, beg galas, kemeja-T, kemeja polo dan kemeja peluh MCM/Rodeo Drive.
Ini merupakan kedai ke-17 MCM di A.S. dan jenama ini kini mengendalikan lebih 650 kedai di seluruh dunia dengan lokasi-lokasi di lebih 40 negara. Untuk perkembangan lanjut tentang MCM dan Rodeo Drive baharu mereka, lokasi jualan Beverly Hills, layari www.MCMWorldwide.com dan ikuti jenama ini di @MCMWorldwide melalui Twitter dan Instagram.
Latar Belakang MCM (Modern Creation München)
MCM ialah jenama barangan dan aksesori gaya hidup mewah yang diasaskan pada tahun 1976 dengan pendirian yang ditakrifkan oleh Zeitgeist kebudayaan dan warisan Jermannya dengan tumpuan terhadap inovasi fungsian termasuk penggunaan teknik-teknik termaju. Hari ini, melalui hubungannya dengan muzik, seni, pengembaraan dan teknologi, MCM merangkumkan ciri-ciri berani, memberontak dan beraspirasi. Sentiasa fokus pada elemen disruptif, daya penggerak di sebalik MCM menumpu untuk merevolusikan reka bentuk klasik dengan bahan-bahan futuristik. Menggamit generasi Nomad Global Abad ke-21 – pemimpi, individu kreatif dan natif digital – golongan milenial MCM dan audiens Gen Z tidak mengenal jantina mahupun usia, diperkasa dan tidak dikekang oleh peraturan dan juga sempadan.
Pada masa kini, MCM diedarkan di 650 kedai di 40 negara termasuk Munich, Berlin, Zurich, London, Paris, New York, Hong Kong, Shanghai, Beijing, Seoul, Tokyo, Timur Tengah dan negara-negara lain. Untuk maklumat lanjut tentang MCM: www.mcmworldwide.com.