omniture

Huawei bakal Terima Pakai Open Rack OCP dalam Pusat Data Awan Awam Baharu Seluruh Dunia

Huawei
2019-03-18 08:05 497

SAN JOSE, California, 18 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Huawei Technologies, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka, hari ini mengumumkan rancangan untuk menerima pakai Open Rack dalam pusat data awan awam baharunya di seluruh dunia. Langkah ini diwujudkan bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar pusat data awan awam baharu Huawei dengan menggunakan kurang tenaga untuk pelayan, sambil memacu kecekapan operasi dengan mengurangkan masa yang diambil untuk memasang dan mengekalkan rak.

Inisiatif Open Rack berkenaan dicadangkan oleh Open Compute Project (OCP) yang berusaha untuk menakrifkan rak pusat data dan merupakan salah satu perkembangan yang paling cerah dalam persekitaran pengkomputeran skala. Ini merupakan standard rak pertama yang direka untuk pusat data, menyepadukan rak ini ke dalam infrastruktur pusat data, satu proses reka bentuk holistik yang mengambil kira ketergantungan semua aspek bermula dengan grid kuasa kepada gerbang dalam cip pada setiap papan induk. Diguna pakai oleh beberapa penyedia perkhidmatan internet berskala hiper yang terbesar di dunia seperti Facebook, Google dan Microsoft, Open Rack membantu mengurangkan kos pemilikan keseluruhan (TCO) dan meningkatkan kecekapan tenaga dalam persekitaran pengkomputeran skala.

Reruai Huawei Booth di Sidang Kemuncak Global OCP
Reruai Huawei Booth di Sidang Kemuncak Global OCP

"Pemimpin-pemimpin kejuruteraan dan perniagaan Huawei mengiktiraf kecekapan dan kefleksibelan yang ditawarkan oleh Open Rack serta sokongan yang disediakan daripada kumpulan pembekal global. Menyediakan perkhidmatan awan kepada kumpulan pelanggan global mewujudkan cabaran-cabaran tertentu. Kefleksibelan spesifikasi Open Rack dan keupayaan untuk beradaptasi pada penyejukan cecair membolehkan Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lokasi-lokasi baharu. Keputusan Huawei untuk memilih Open Rack merupakan satu sokongan besar!" ujar Bill Carter, Ketua Pegawai Teknologi untuk Open Compute Project Foundation.

Selain penerimaan Open Rack oleh Huawei dalam pusat data awannya, syarikat turut meluaskan kerja-kerjanya dengan Komuniti OCP bagi melanjutkan reka bentuk standard dan meningkatkan lagi masa ke pasaran serta kebolehkhidmatan yang tinggi dan pengurangan TCO.

Tahun lalu, Huawei menjadi Ahli Platinum OCP. Tahun ini, Huawei meneruskan pelaburan dan komitmen terhadap OCP serta komuniti sumber tebuka. Penglibatan aktif Huawei dalam Komuniti OCP termasuk penyertaan dan sumbangan berterusan untuk pelbagai projek OCP seperti projek-projek Rak dan Kuasa, Pengurusan Sistem dan Pelayan dengan sumbangan asas untuk spesifikasi akan datang bagi Modul pemecut OCP, Penyelesaian Penyejukan Termaju dan OpenRMC.

"Pelaburan strategik dan komitmen Huawei terhadap OCP adalah saling menguntungkan," kata En. Kenneth Zhang, Pengurus Besar FusionServer, Jabatan Perniagan Pengkomputeran Pintar Huawei. "Menggabungkan pengalaman luas Huawei dalam penerimaan Syarikat Telekomunikasi dan Awan berserta pengetahuan tentang komuniti OCP yang luas akan membantu Huawei menyediakan penyelesaian termaju, fleksibel dan terbuka kepada pelanggan globalnya. Selanjutnya, Huawei dapat memanfaatkan kepimpinan pasarannya dan infrastruktur pusat data global bagi membantu memperkenalkan OCP ke lokasi-lokasi baharu serta segmen-segmen pasaran baharu di seluruh dunia."

Dalam sesi ucaptama di Sidang Kemuncak Global OCP, Huawei bakal berkongsi maklumat lanjut tentang rancangan penggunaan Open Rack selain strategi OCP keseluruhan. Huawei turut merancang untuk memaparkan beberapa blok binaan bagi penyelesaian ini di reruainya, termasuk modul pengkomputeran berasaskan OCP, Huawei Kunpeng 920 ARM CPU, pemproses Huawei Ascend 310 AI dan produk-produk Pengkomputeran pintar Huawei yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei di reruainya dan sertai ucaptama dan juga sesi-sesi eksekutifnya:

Nombor reruai: B2
Jadual ucaptama: 3/15 11:38 pagi Dewan Utama
Jadual sesi-sesi eksekutif: 3/14 2:05-2:30 petang - 210BF

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami dapat mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami melabur dengan banyaknya dalam penyelidikan asas, menumpu pada kemajuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 180,000 orang kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara serta wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:  
http://www.linkedin.com/company/Huawei
   
http://www.twitter.com/Huawei   
http://www.facebook.com/Huawei   
http://www.youtube.com/Huawei

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190315/2403381-1

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Telecommunications Telecommunications Equipment Toys