omniture

Hillstone Networks Termasuk dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Analisis Trafik Rangkaian

Hillstone Networks
2019-03-19 08:00 1006

SANTA CLARA, California, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Hillstone Networks, penyedia utama bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, hari ini mengumumkan bahawa Hillstone Networks dimasukkan ke dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Analisis Trafik Rangkaian* bagi penyelesaian Analisis Trafik Rangkaiannya (NTA), Sistem Pengesanan Ketirisan Pelayan Hillstone (sBDS). Kami percaya bahawa kemasukan ini menjadi bukti kepada wawasan Hillstone untuk menyediakan aspek keselamatan yang berfungsi, selain keluasan capaiannya dalam pasaran.

Penyelesaian NTA Hillstone adalah berdasarkan teknik-teknik paling canggih dalam pembelajaran mesin dan analitik tingkah laku. Teknik-teknik ini termasuk Pengesanan Tingkah Laku Tidak Normal (ABD), Pengesanan Ancaman Termaju (ATD), Pemetaan Rantaian Serangan Lengkap (CKCM), digabungkan dengan korelasi dan analisis ancaman. Sebagai sebuah platform, strategi Hillstone melangkaui analitik keselamatan biasa kepada analitik boleh diambil tindakan yang membolehkan proses membuat keputusan yang sebenar. Ia memperkasa dan membolehkan perniagaan untuk melihat, memahami dan bertindak menurut pendekatan keselamatan mereka.

"Melindungi maklumat berharga merupakan satu mandat dan cabaran utama untuk semua organisasi dalam lanskap keselamatan siber yang tidak dapat diramalkan pada masa kini," kata Timothy Liu, Ketua Pegawai Operasi & Pengasas Bersama Hillstone Networks. "Menerusi penyelesaian NTA didayakan AI daripada Hillstone, organisasi-organisasi dapat melindungi aset dan reputasi mereka dengan teknologi serta strategi keselamatan siber yang paling komprehensif dan boleh diambil tindakan yang tersedia."

*Sumber : Gartner, Market Guide for Network Traffic Analysis,  Lawrence OransJeremy D'HoinneSanjit Ganguli, 28 Februari 2019
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Hillstone Networks

Penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko Hillstone Networks menyediakan keterlihatan, kecerdasan dan perlindungan bagi memastikan perusahaan dapat melihat secara menyeluruh, memahami sepenuhnya dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis-penganalisis utama dan dipercayai oleh perusahaan-perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan daripada pinggir ke awan sambil meningkatkan kos pemilikan keseluruhan. Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.hillstonenet.com.

Hubungi:

Hillstone Networks
Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/765968/Hillstone_Logo.jpg

Source: Hillstone Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Awards