omniture

Nanhua University Revolusikan Pendidikan Hayat dan Undang Pelajar Antarabangsa Cipta Masa Depan Lebih Baik Bersama-sama

Nanhua University
2019-03-19 09:00 940

CHIAYI, Taiwan, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Program-program pendidikan hayat diiktiraf daripada Nanhua University telah menghasilkan keputusan cemerlang. Selama empat tahun berturut-turut, Kementerian Pendidikan menganugerahkan Nanhua University untuk menubuhkan Pusat Pendidikan Hayat apabila universiti berkenaan menerima designasi sebagai Sekolah Pendidikan Hayat dengan kepujian dan Kampus Tiga Kebaikan. Pengalaman kejayaan di Nanhua University kini mempunyai audiens antarabangsa. Salah satu contohnya ialah Pusat Pendidikan Hayat yang baru ditubuhkan di Delhi, India, sebagai satu inisiatif di bawah Dasar Menghala Ke Selatan Baharu kerajaan Taiwan pada tahun 2018.

Guru-guru Malaysia yang berkunjung, memasuki kelas-kelas pendidikan hayat bagi mendapatkan pengalaman langsung tentang program tersebut.
Guru-guru Malaysia yang berkunjung, memasuki kelas-kelas pendidikan hayat bagi mendapatkan pengalaman langsung tentang program tersebut.

Lebih 80 orang pelajar antarabangsa di Nanhua University, atau 15 peratus daripada badan pelajar antarabangsanya, berasal dari Malaysia, dengan beberapa orang pelajar kini mendaftar dalam program dwiijazah 2+2. Delegasi yang terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Menengah Pei Chun, sebuah sekolah menengah bebas di Malaysia, baru sahaja melawat universiti tersebut dan memasuki kelas-kelas pendidikan hayat untuk memperoleh pengalaman langsung sebagai pelajar program tersebut. Nanhua University tidak sabar-sabar untuk menerima para pelajar Malaysia sebagai sebahagian daripada badan pelajar tersebut dengan akses kepada pendidikan berkualiti dan fakulti cemerlang, selain untuk membantu pelajar-pelajar mengejar impian mereka dan mencapai matlamat individu.

Menurut Dr. Tsong-Ming Lin, presiden Nanhua University, "Tiga Perbuatan Baik" ("lakukan perbuatan baik, bercakap yang baik-baik dan fikirkan yang baik-baik") menjadi prinsip-prinsip panduan yang mengukuhkan program-program pendidikan hayat sekolah tersebut sejak ditubuhkan sebagai salah satu Konsortium Universiti Antarabangsa Fo Guang Shan. Berakar umbi di kawasan setempat di Taiwan, Nanhua University berusaha mempromosi pendidikan hayat kepada audiens antarabangsa untuk mendayakan kemakmuran dan kejayaan pelbagai hala.

Dunia Adalah Bilik Darjah Kita: Pendidikan Berkualiti di Nanhua University

Senarai Kedudukan Universiti Terbaik 2018 oleh Global Views Magazine meletakkan Nanhua di tempat keempat belas dalam Kategori Kemanusiaan, Undang-undang dan Perniagaan terbaik. Banyaknya sumber fizikal dan intelek turut meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Nanhua. Lebih 800 pelajar antarabangsa kini mendaftar dalam sekolah berkenaan manakala lebih 10 peratus daripada badan pelajar diberi peluang untuk ke luar negara dan belajar di luar negara setiap tahun. Dengan memanfaatkan kekayaan sumber intelek dan kolaboratif Nanhua, tujuh orang pelajar telah menyelesaikan program 2+2 dan memperoleh dua sijil tamat pengajian daripada Nanhua dan University of West di AS. Lebih ramai pelajar yang masih mengikuti pengajian mereka di A.S. melalui konsortium antarabangsa Fo Guang Shan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190311/2399083-1

Source: Nanhua University
Keywords: Education Higher Education New products/services