omniture

Clé de Peau Beauté Umum Pelancaran Program 'The Power of Radiance'

Sebagai penghormatan kepada wanita berwawasan yang membaktikan diri mereka demi kebaikan kehidupan melalui pendidikan
Clé de Peau Beauté
2019-03-19 17:32 1147

TOKYO, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté dengan bangganya mengumumkan Program Power of Radiance, satu komitmen bersifat dermawan berbilang tahun yang memberi penghormatan kepada wanita-wanita yang memberi inspirasi dari seluruh dunia yang mana sokongan mereka terhadap pendidikan wanita dan kanak-kanak perempuan membawa kepada kesan jangka panjang yang positif terhadap kehidupan. Program ini akan memilih Penerima Anugerah setiap tahun yang akan menerima geran yang boleh disumbangkan kepada gerakan pilihan beliau, bagi menyokong inisiatif-inisiatif pendidikan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan. Melalui usaha ini, Clé de Peau Beauté berusaha untuk memperkasa wanita dan kanak-kanak melalui khazanah ilmu dan pembelajaran serta membuat perubahan ketara dengan menyerlahkan kilauannya di dunia.

Mr Masahiko Uotani, President and Group CEO of Shiseido Group, Ms Yukari Suzuki, Chief Brand Officer for Clé de Peau Beauté and Ms Felicity Jones, Clé de Peau Beauté Global Brand Ambassador, present Clé de Peau Beauté’s first-ever Power of Radiance Award to Muzoon Almellehan, UNICEF Goodwill Ambassador and Education Activist.
Mr Masahiko Uotani, President and Group CEO of Shiseido Group, Ms Yukari Suzuki, Chief Brand Officer for Clé de Peau Beauté and Ms Felicity Jones, Clé de Peau Beauté Global Brand Ambassador, present Clé de Peau Beauté’s first-ever Power of Radiance Award to Muzoon Almellehan, UNICEF Goodwill Ambassador and Education Activist.

 

Felicity Jones, Clé de Peau Beauté Global Brand Ambassador, Muzoon Almellehan, Clé de Peau Beauté’s Power of Radiance award recipient 2019, Cindi Leive, American journalist and an activist for women’s rights, Naomi Kawase, award-winning Japanese film director, Belinda Lee, award-winning Singaporean television host, actress and motivational speaker, celebrate Radiance as an Empowering Energy.
Felicity Jones, Clé de Peau Beauté Global Brand Ambassador, Muzoon Almellehan, Clé de Peau Beauté’s Power of Radiance award recipient 2019, Cindi Leive, American journalist and an activist for women’s rights, Naomi Kawase, award-winning Japanese film director, Belinda Lee, award-winning Singaporean television host, actress and motivational speaker, celebrate Radiance as an Empowering Energy.

 

Acara sulung untuk melancarkan Power of Radiance dianjurkan oleh Duta Global Clé de Peau Beauté Felicity Jones dan penerima anugerah pertama program ini Muzoon Almellehan, seorang aktivis pendidikan dan individu pertama dengan status pelarian yang dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF. Turut memberi sokongan kepada inisiatif ini ialah para penyumbang program, Cindi Leive, Naomi Kawase dan Belinda Lee, yang berkongsi pengalaman mereka melalui perbincangan panel secara langsung dengan Muzoon Almellehan, bersama-sama menyampaikan pesanan yang memperkasakan berhubung tanggungjawab setiap individu untuk mempengaruhi perubahan yang positif.

Pendidikan merupakan satu-satunya pengimbang peluang yang paling berkesan. Ia menyediakan kanak-kanak dengan peluang untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan laluan ke arah masa depan yang stabil dan cerah. Namun demikian, hari ini lebih 130 juta kanak-kanak perempuan* di seluruh dunia tidak ke sekolah.

Pendidikan kanak-kanak perempuan merupakan keutamaan pembangunan yang strategik. Wanita yang lebih berpendidikan cenderung menjadi lebih sihat, lebih banyak mengambil bahagian dalam pasaran tenaga kerja formal, memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, mempunyai anak-anak yang tidak terlalu ramai, berkahwin pada usia yang sedikit lewat dan sekiranya mereka memilih untuk menjadi ibu, mereka memastikan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Kesemua faktor ini setelah digabungkan dapat membantu membebaskan isi rumah, masyarakat dan negara daripada belenggu kemiskinan.

Felicity Jones mengulas: "Saya sedar betapa bertuahnya diri saya kerana mendapat akses kepada pendidikan yang hebat. Peluang ini tidak sama untuk setiap orang di seluruh dunia dan atas sebab inilah saya amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada program Power of Radiance serta menyokong hak setiap individu terhadap ilmu pengetahuan dan pembelajaran. Melalui kejayaanlah kita dapat beraspirasi untuk menyerlah dengan cara yang benar-benar menyinari dunia."

Duta Muhibah UNICEF Muzoon Almellehan mengulas: "Pendidikan merupakan pengimbang peluang yang paling berkesan. Untuk negara-negara, pelaburan dalam pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak dan golongan muda mewujudkan asas untuk keluarga, masyarakat dan ekonomi yang lebih aman dan makmur. Saya tidak akan berhenti bersuara untuk mereka yang suaranya telah ditenggelamkan begitu lama, sehinggalah setiap kanak-kanak dapat ke sekolah dan belajar."

Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté mengulas: "Di Clé de Peau Beauté kami percaya bahawa Kilauan (Radiance) sebenar ialah kekuatan dalam yang terdapat dalam diri kita, namun demikian, ia merupakan sesuatu yang perlu diserlahkan. Apabila kilauan ini diserlahkan, setiap seorang daripada kita berpotensi mencapai sesuatu yang hebat dan mempengaruhi secara mendalam dunia di sekeliling kita. Saya berasa rendah hati kerana diberi peluang untuk meraikan kilauan wanita yang menginspirasikan yang mempengaruhi perubahan melalui laluan Pendidikan yang memperkasakan dan saya turut berbesar hati untuk meraikan cahaya yang disinari oleh mereka pada orang lain."

Geran Program ini akan dibiayai hasil daripada jualan global rangkaian istimewa Clé de Peau Beauté yang dibuat khusus untuk menyerlahkan kuasa kilauannya.

*sumber maklumat: New Education Data For Sdg4: Focus on Out-of-school Children between the ages of 6 -17(https://www.sdg4education2030.org/new-education-data-sdg4-focus-out-school-children-27-september-2018)

Laman Sesawang Program Power of Radiance: https://www.cledepeau-beaute.com/powerofradiance/

Untuk maklumat lanjut tentang Clé de Peau Beauté serta peserta-peserta utama program, sila lihat di sini.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190319/2402225-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190319/2402225-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2224807-1LOGO

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Women-related news