omniture

Emaar bakal Lancar 'Dubai Stars', Laluan Kemasyhuran Beri Penghormatan 10,000 Selebriti Antarabangsa di Downtown Dubai

Emaar
2019-03-19 20:52 1051

•  Downtown Dubai akan menjadi tumpuan kepada lebih 400 bintang dalam fasa pertama apabila Emaar melancarkan 'Dubai Stars,' kawasan boleh dilalui bagi memberi penghormatan kepada bintang-bintang dan individu-individu berpengaruh dari seluruh dunia

•  Dubai Stars akan wujudkan tempat tarikan baharu untuk pelancong dengan 98% daripada kesemua pelancong ke bandar ini telahpun mengunjungi Downtown Dubai untuk tarikan terkenalnya termasuk Burj Khalifa, The Dubai Mall, The Dubai Fountain dan Dubai Opera 

•  Dubai Stars akan beri penghormatan kepada personaliti-personaliti terkemuka yang mempengaruhi dunia secara positif melalui hasil kerja mereka dalam muzik, filem, seni, seni bina, sukan dan kesusasteraan selain pempengaruh sosial

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Emaar, pemaju gaya hidup yang terbesar di luar China, pemaju untuk Burj Khalifa, The Dubai Mall, Dubai Opera, The Dubai Fountain dan banyak komuniti yang berkembang maju, termasuk Downtown Dubai, mengumumkan 'Dubai Stars,' laluan kemasyhuran yang memberi penghormatan kepada bintang-bintang dan individu-individu berpengaruh dari seluruh dunia.

Dubai_Stars_2019_by_Emaar
Dubai_Stars_2019_by_Emaar

Projek ini akan dimulakan menerusi kempen sosial global yang meminta orang ramai untuk mencalonkan selebriti-selebriti dan individu-individu berpengaruh kesukaan mereka untuk 400 bintang pertama yang dipaparkan di Dubai Stars.

Fasa pertama Dubai Stars, yang ditempatkan di sepanjang Sheikh Mohammed Bin Rashid Boulevard di Downtown Dubai, akan didedahkan pada bulan Oktober dalam sebuah acara mega yang bakal dihadiri oleh 400 selebriti yang dipaparkan yang akan melancarkan bintang masing-masing.

Menonjolkan lagi Downtown Dubai sebagai destinasi pelancong utama di Dubai, dan Emaar selaku penyedia pengalaman gaya hidup bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan, Dubai Stars akan memberi penghormatan kepada personaliti-personaliti terkemuka yang mempengaruhi dunia secara positif melalui hasil kerja mereka dalam muzik, filem, seni, seni bina, sukan dan kesusasteraan selain pempengaruh sosial.

Setelah siap, Dubai Stars akan dapat menampung lebih 10,000 bintang, iaitu kira-kira empat kali ganda bilangan bintang Laluan Kemasyhuran Hollywood.

Ahmad Al Matrooshi, Pengarah Urusan Emaar Properties: "Emaar berbangga untuk memastikan pengalaman gaya hidup terbaik untuk penduduk dan pengunjung ke Dubai. Menerusi Dubai Stars, kami menonjolkan komitmen kami untuk menjadikan Dubai sebagai bandar terbaik di dunia dan untuk mempromosi seni, budaya dan sukan dengan memberi penghormatan kepada bintang-bintang, yang mana sumbangan mereka menginspirasikan dunia."

Dubai Stars by Emaar dijangka menjadi salah satu tempat tarikan pelancong paling ramai dikunjungi yang akan menggamit tetamu seluruh dunia menerusi kepelbagaian selebriti yang dibawakan.

https://www.facebook.com/TheDubaiStars/?ref=bookmarks 
https://twitter.com/TheDubaiStars 
https://www.instagram.com/The.Dubai.Stars/

Untuk butiran:
Kelly Home
ASDA'A BCW
+9714-4507-600
kelly.home@bcw-global.com

 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/837010/Dubai_Stars_2019_by_Emaar.jpg

 

Source: Emaar
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Commercial Real Estate Construction/Building Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel New products/services