omniture

Setiausaha Agung Liga Dunia Islam bakal Pimpin Delegasi Ke New Zealand

Muslim World League
2019-03-19 23:09 1092

MEKAH, Arab Saudi, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Tuan Yang Terutama Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Dunia Cendekiawan Islam Sheikh Dr. Mohammad bin Abdulkarim Alissa mengumumkan lawatan ke New Zealand bagi menawarkan ucapan takziah kepada mangsa, keluarga dan komuniti melibatkan serangan Christchurch dan akan turut menziarahi mereka yang cedera dalam tragedi berkenaan. Dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini bersama Duta James Monroe, wakil New Zealand ke Kerajaan Arab Saudi, Dr. Alissa berkata bahawa lawatan beliau adalah bagi pihak semua umat Islam dan menegaskan sekali lagi bahawa dalam menghadapi kejahatan sedemikian, masyarakat global hanya dapat menjawabnya dengan nilai cinta, keharmonian dan kedamaian.

Duta Monroe berkata bahawa tragedi melibatkan dua buah masjid tersebut tidak akan mengubah keharmonian mahupun kepelbagaian negara New Zealand dan turut mengalu-alukan kunjungan Dr. Alissa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 Dr. Alissa berkata, "Bagi menangani ekstremisme melampau dan Islamofobia, kita memerlukan agar kerajaan-kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan kepercayaan seluruh dunia untuk bekerjasama bagi menggalakkan toleransi agama serta persefahaman dan mencegah segala bentuk hasutan dan kebencian, termasuk semua jenis kebencian yang dilemparkan terhadap mana-mana agama atau etnik."

Liga Dunia Islam berjanji untuk menggiatkan usaha-usahanya untuk bekerjasama dengan kumpulan berbilang kepercayaan bagi mewujudkan inisiatif yang menggalakkan persefahaman dan toleransi yang lebih luas.


Logo - https://mma.prnewswire.com/media/837598/Muslim_World_League__Logo.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/837642/IMG_9215_ID_974d58c09b48.jpg 

Source: Muslim World League
Keywords: