omniture

Rivian Umum Pusingan Pelaburan $700J Pimpinan Amazon

Rivian
2019-02-17 17:00 62

PLYMOUTH, Michigan, 17 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Rivian mengumumkan pusingan pelaburan ekuiti bernilai $700J yang dipimpin oleh Amazon. Pelaburan tersebut dibuat susulan penampilan pikap R1T elektrik sepenuhnya dan SUV R1S oleh Rivian di Pameran Auto LA, November lalu.

Bermula dengan lembaran baharu, Rivian membangunkan kenderaannya dengan mengutamakan pengembara dalam setiap keputusan reka bentuk dan kejuruteraan. Produk-produk pelancaran syarikat, R1T dan R1S, dapat memberikan sehingga lebih 400 batu jarak dan menyediakan kombinasi tiada tandingan antara prestasi, keupayaan luar jalan dan utiliti. Kenderaan-kenderaan ini menggunakan platform papan selaju fleksibel syarikat dan akan dikeluarkan di kilang pembuatan Rivian di Normal, Illinois, yang mana penyerahan kepada pelanggan dijangka bermula pada lewat tahun 2020.

"Pelaburan ini merupakan satu pencapaian penting kepada Rivian dan merupakan peralihan kepada mobiliti mampan," kata RJ Scaringe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rivian. "Di samping hanya menghapuskan kompromi yang berkisarkan prestasi, keupayaan dan kecekapan, kami berusaha untuk memacu inovasi dalam seluruh pengalaman pelanggan. Usaha merealisasikan wawasan ini memerlukan rakan-rakan kongsi yang tepat dan kami teruja dengan adanya Amazon bersama kami dalam perjalanan kami untuk mencipta produk, teknologi dan pengalaman yang dapat menetapkan semula jangkaan berhubung apa yang dapat dicapai."

"Kami mendapat inspirasi daripada wawasan Rivian untuk masa depan pengangkutan elektrik," kata Jeff Wilke, Ketua Pegawai Eksekutif Pengguna Seluruh Dunia Amazon. "RJ telah membangunkan sebuah organisasi yang mengagumkan, disepadankan dengan portfolio produk dan teknologi. Kami teruja untuk melabur dalam syarikat inovatif sedemikian."

Rivian akan kekal sebagai sebuah syarikat bebas. Amazon memimpin pusingan pelaburan tersebut, termasuk penyertaan daripada pemegang-pemegang saham sedia ada. Butiran tambahan tentang pelaburan ini tidak didedahkan pada ketika ini.

Latar Belakang Rivian
Rivian membangunkan kenderaan, teknologi dan perkhidmatan yang menginspirasikan orang ramai untuk keluar dan meneroka dunia. Dengan pasukan yang terdiri daripada 750 orang, Rivian memiliki pusat-pusat pembangunan di Plymouth, Michigan; San Jose, California; Irvine, California; dan Surrey, England; berserta kilang pembuatan berkeluasan 2.6 juta kaki persegi di Normal, Illinois. Rivian akan melancarkan R1T dan R1S di AS pada lewat tahun 2020, menerusi pengenalan kepada lokasi-lokasi global yang lain bermula pada tahun 2021. Rivian kini menerima pratempahan untuk R1T dan R1S. Maklumat lanjut disediakan di www.rivian.com.

 

Source: Rivian
Related Links:
Keywords: Auto Transportation