![]() |
Syarikat Telekomunikasi Vietnam Terkemuka Lancar Perkhidmatan Kandungan Baharu Gunakan Platform Penjanaan Pendapatan Syntonic
HANOI, Vietnam, 23 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Syntonic, penyedia teknologi dan perkhidmatan mudah alih yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa MobiFone Telecommunications Corporation ("MobiFone"), salah satu pengendali mudah alih terkemuka di Vietnam, melancarkan perkhidmatan mobifoneGo baharunya, dibangunkan sepenuhnya melalui Platform Penjanaan Pendapatan Syntonic bagi merebut aliran pendapatan ekonomi aplikasi baharu. mobifoneGo menawarkan pengguna dengan akses tanpa had kepada aplikasi-aplikasi popular dengan bayaran tetap harian atau bulanan.
Perkhidmatan mobifoneGo baharu memperlihatkan penggunaan pertama platform Penjanaan Pendapatan Syntonic yang baru diperluas, yang kini dapat meningkatkan perkhidmatan pengiklanan mudah alihnya dengan keupayaan perdagangan mudah alih dan pengewangan kandungan. Syntonic mencipta satu-satunya platform seragam untuk memperoleh, melibatkan dan menjana keuntungan daripada audiens mudah alih dalam seluruh perjalanan pelanggan.
"Kami teruja untuk menyokong MobiFone dan rakan kongsi kami TLC menerusi pelancaran mobifoneGo," kata Gary Greenbaum, Ketua Pegawai Eksekutif Syntonic. "Ini merupakan sokongan pelanggan yang hebat terhadap penyelesaian hujung-ke-hujung kami. MobiFone akan menggunakan seluruh platform seragam, termasuk perkhidmatan perdagangan mudah alih baharu kami yang menjadikannya senang dan mudah untuk pelanggan membeli berkas aplikasi mobifoneGo menggunakan dana yang disediakan dalam akaun prabayar atau pascabayar syarikat telekomunikasi mereka."
Awalnya, perkhidmatan mobifoneGo akan menyokong berkas langganan kandungan dengan akses terhad untuk bayaran tetap. Perkhidmatan masa depan akan menyepadukan data yang ditaja dan ganjaran data yang menghubungkan dan mengganjari pelanggan untuk tindakan tertentu, dibayar oleh pengiklan dan penyedia kandungan.
mobifoneGo akan membuat pelancaran dengan 16 "berkas aplikasi" termasuk aplikasi-aplikasi popular seperti WhatsApp, Gmail, Grab, Skype dan Spotify, yang boleh dibeli sama ada melalui pakej-pakej langganan harian atau bulanan. Menerusi langganan, pengguna mendapat akses dalam talian tanpa had kepada aplikasi mereka, yang tidak dikira dalam pelan data mereka. Aplikasi mobifone kini disediakan dalam Google Play Store dan tidak lama lagi dalam App Store.
Ketahui lebih lanjut di mobifonego.vn
Latar Belakang MobiFone
Ditubuhkan pada tahun 1993, MobiFone merupakan pengendali mudah alih pertama di Vietnam dan kini menawarkan perkhidmatan kepada hampir 50 juta pelanggan.
Latar Belakang Syntonic
Syntonic (ASX: SYT) merungkai nilai data mudah alih. Pengendali-pengendali seluruh dunia menggunakan Platform Penjanaan Pendapatan Syntonic yang mudah digunakan untuk merebut aliran pendapatan baharu daripada data mudah alih dan ekonomi aplikasi. Perisian, perkhidmatan dan sokongan Syntonic yang memenangi anugerah mencakupi pengiklanan mudah alih, pengewangan kandungan dan perdagangan dalam talian, lalu membolehkan syarikat telekomunikasi mudah alih, penerbit aplikasi, penyedia kandungan dan pengiklan untuk menghubungkan audiens dan pelanggan mereka dalam seluruh kitar hayat. Ketahui lebih lanjut di www.syntonic.com.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/839634/mobifoneGo2.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/294833/syntonic_logo.jpg