omniture

YuppTV Berjaya Peroleh Hak Siaran Digital VIVO IPL 2019 untuk Australia, Benua Eropah dan Asia Tenggara

YuppTV
2019-03-25 11:24 966

Peminat-peminat kriket di Australia, Benua Eropah, Singapura, Malaysia dan Sri Lanka berpeluang menonton semua aksi secara langsung di YuppTV

YuppTV turut memperoleh hak-hak untuk RoW: termasuk Amerika Selatan & Amerika Tengah, Asia Tengah & Asia Tenggara

ATLANTA, 25 Mac 2019 /PRNewswire/ -- YuppTV, platform OTT yang terkemuka di dunia untuk kandungan Asia Selatan, memperoleh hak-hak penyiaran digital untuk VIVO IPL 2019 di luar India. Menerusi perkembangan ini, peminat-peminat kriket di seluruh dunia berpeluang menonton kesemua aksi daripada Musim 12 perlawanan T20 yang terbesar di dunia, sebaik sahaja ia berlangsung.

Uday_Reddy
Uday_Reddy

YuppTV membawakan aksi yang amat menarik kepada semua pengguna sedia ada dan baharunya di Australia, Benua Eropah, Singapura, Malaysia, Sri Lanka dan RoW termasuk Amerika Selatan & Amerika Tengah, Asia Tengah & Asia Tenggara.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, En. Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, YuppTV, berkata, "Kami berasa gembira kerana memperoleh hak-hak penyiaran digital untuk IPL 2019 dan dapat mendayakan akses di mana-mana sahaja untuk semua aksi yang dipaparkan dalam Musim 12 IPL. Kami bertekad untuk menyediakan penonton global kami dengan akses pada waktu nyata yang mudah kepada aksi sukan kegemaran mereka, melalui rangkaian luas peranti yang menggunakan internet."

Sebagai salah satu ekstavaganza permainan kriket yang terbesar dan paling dinanti-nantikan, Musim 12 untuk Liga Perdana India akhirnya akan berlangsung pada 23 Mac ini. Menjanjikan musim yang mengagumkan, 8 pasukan akan berdepan antara satu sama lain dalam sejumlah 60 perlawanan. Musim ini akan dimulakan dengan juara-juara bertahan, Chennai Super Kings bersaing dengan Royal Challenger Bangalore. 

Peminat-peminat kriket di Australia, Benua Eropah, Singapura, Malaysia, Sri Lanka dan RoW termasuk Amerika Selatan & Amerika Tengah, Asia Tengah & Asia Tenggara dapat menyaksikan semua aksi daripada IPL 2019 di YuppTV. Mereka boleh melog masuk di https://www.yupptv.com/cricket/ipl-2019/live-streaming atau dengan mengakses pautan yang sama melalui aplikasi YuppTV pada TV pintar, pemain Blu-ray pintar, pemain media penstriman, konsol permainan, telefon pintar dan juga tablet.

Latar Belakang YuppTV: 

YuppTV ialah salah satu penyedia TV berasaskan-internet dan perkhidmatan Atas-permintaan yang terbesar di dunia untuk benua Asia Selatan, menawarkan lebih 200 saluran TV dan lebih 3000 filem di India. YuppTV, menerima pembiayaan daripada Emerald Media, platform yang ditubuhkan oleh firma pelaburan global yang terkemuka KRR, yang mana Emerald Media memperoleh kepentingan minoriti yang signifikan dalam syarikat pada nilai US$50 juta. YuppTV awalnya mengumpul dana pusingan pembiayaan Siri A daripada Poarch Creek Indian Tribe of Alabama.

Hubungan Media:

Shivam Agarwal
shivam@yupptv.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/839837/YuppTV_Logo.jpg  

Photo: https://mma.prnewswire.com/media/839836/Uday_Reddy.jpg

 

 

 

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Telecommunications Television Licensing/marketing agreements