omniture

Sonata Software Buat Pelaburan Strategik dalam Retail10X, Syarikat Platform Perisian-sebagai-perkhidmatan AI Runcit berpangkalan di Silicon Valley

Sonata Software
2019-03-26 16:37 1265

BANGALORE, India, 26 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Sonata Software hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuat satu pelaburan strategik dalam Retail10x, sebuah syarikat platform perisian-sebagai-perkhidmatan AI Runcit yang beribu pejabat di Palo Alto, California.

R10x ialah platform perisian-sebagai-perkhidmatan AI Runcit untuk penjual, pengedar dan syarikat barangan berbungkus pengguna yang membantu mereka dalam:

  • Meningkatkan Keberkesanan Operasi melalui pengesanan permintaan termaju, pengoptimuman inventori pengurangan penyusutan dan keupayaan penjualan produk.
  • Kolaborasi Rantaian Bekalan Waktu Nyata.
  • Membina Kesetiaan Pelanggan dengan membantu berhubung bersama pelanggan mereka dengan cara yang diperibadikan, relevan dan tepat pada masanya semasa pengalaman membeli belah mereka.

Platform ini memanfaatkan keupayaan AI dan ML termaju bagi memberi cadangan peringkat lapangan yang boleh diambil tindakan. Pasukan Retail10x mempunyai pengalaman industri yang mendalam dan pernah bekerja untuk beberapa organisasi-organisasi terkemuka seperti Apple, Walmart, Coke, Heineken, Moet Hennessy, SC Johnson dan IRI.

Sonata Software menumpu untuk menjadi Rakan Kongsi Transformasi Digital pilihan untuk pelanggan dalam industri Peruncitan, Pengedaran, Pembuatan dan Pengembaraan menerusi kaedah PlatformationTM unik mereka, platform digital hujung-ke-hujung. Pelaburan ini merupakan satu lanjutan usahanya ke arah transformasi digital untuk syarikat-syarikat peruncitan, pengedaran dan CPG dengan menyediakan mereka dengan platform beraneka data bersepadu waktu nyata. Hasil daripada pelaburan ini, Sonata mendapat hak-hak eksklusif, di seluruh dunia, untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan untuk platform R10x serta memasarkan platform R10x di bawah jenama-jenama miliknya sendiri.

Mengulas tentang perkongsian ini, Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Sonata Software berkata, "Perkongsian perniagaan strategik kami dengan Retail10x membawa nilai hebat kepada pelanggan dalam vertikal tertumpu kami melibatkan peruncitan, pengedaran dan CPG dengan menyediakan mereka dengan platform yang memanfaatkan yang terkini dalam AI, ML serta teknologi pembelajaran mendalam dalam usaha mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka. Perkongsian ini akan terus memperkukuh tumpuan tunggal kami untuk menjadi Rakan Kongsi Transformasi Digital pilihan dalam vertikal-vertikal ini."

Prasad K R - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif R10x mengulas, "Kepakaran bertaraf dunia Sonata dalam rantaian bekalan peruncitan dan pengedaran digital akan memberikan R10x dengan keupayaan yang utama dalam pasaran bagi membawakan platform AI Runcit yang hebat kepada penjual, pengedar dan CPG. Kami teruja untuk membina perkongsian ini memandangkan jejak seluruh dunia Sonata akan membantu mempercepatkan pertumbuhan kami di AS dan membantu R10x menembusi pasaran-pasaran baharu yang dapat membantu pelanggan merealisasikan matlamat transformasi Digital mereka."

Latar Belakang Sonata Software: https://www.sonata-software.com/company

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/689012/Sonata_Software_Logo

Source: Sonata Software
Related Stocks:
Bombay:532221 Bombay:SONATSOFTW.BO ISIN:INE269A01021 India:EQSONATSOFTW
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Retail Telecommunications Transportation Contracts Data Analytics