ABU DHABI, UAE, 26 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Litar Yas Marina mengumumkan bahawa pelbagai pilihan tiket untuk peminat-peminat antarabangsa telahpun dijual sempena apa yang bakal menjadi hujung minggu perlumbaan yang terbesar seumpamanya.
FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019 akhir musim akan berlangsung mulai Rabu 27 November hingga Isnin 2 Disember – menawarkan lima hari penuh dengan hiburan di dalam litar dan luar litar serta menerusi kereta-kereta lumba yang terpantas seumpamanya dalam F1®, yang berjanji menjadi pertandingan akhir yang mengagumkan.
#AbuDhabiGP 2019 akan menyaksikan pengenalan pakej-pakej tiket serba baharu disediakan kepada pelbagai peminat perlumbaan antarabangsa, menyediakan sesuatu untuk semua orang serta pilihan yang memenuhi dengan semua belanjawan – kesemuanya memberi nilai hebat. Untuk maklumat tentang pakej perjalanan tempahan khas, sila kunjungi experiencehub.com Pulau Yas.
Para pengunjung boleh memilih daripada pakej-pakej Grandstand serba baharu dengan tempat duduk premium, berserta pilihan hospitaliti yang bertambah baik termasuk akses Paddock Club™ selama satu hari.
Pakej 'Super Parks Pass' yang mesra keluarga akan turut kembali pada tahun 2019 dan tahun ini dilanjutkan dari hari Rabu hingga Ahad, membenarkan akses tanpa had untuk ketiga-tiga Taman Pulau Yas iaitu Ferrari World Abu Dhabi, Yas Waterworld dan Warner Bros. World™ Abu Dhabi.
Yasalam, festival muzik dan hiburan, bakal kembali untuk tahun ke-11 berturut-turut. Diterbitkan oleh FLASH Entertainment, festival ini akan kembali bagi memberikan pemegang-pemegang tiket dengan empat malam penuh persembahan luar biasa oleh artis-artis muzik yang tersohor di dunia sepanjang hujung minggu berkenaan, dengan butiran artis-artis bertaraf dunia bakal disediakan tidak lama lagi.
Menerusi #AbuDhabiGP, acara yang dinanti-nantikan dan perlu disaksikan dalam kalendar sukan antarabangsa, pihak-pihak penganjur akan mengganjari peminat-peminat setia serta mereka yang membeli awal dengan menawarkan sehingga 30 peratus diskaun buat mereka yang menempah sebelum 31 Mei, memberi banyak masa kepada tetamu-tetamu luar negara untuk merancang lebih awal.
Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina, berkata: "Kami telah menyaksikan kunjungan yang semakin meningkat saban tahun. Kami merupakan salah satu Grand Prix yang paling banyak dikunjungi di peringkat antarabangsa, hasil daripada usaha kami untuk menghiburkan dan mengujakan pengguna dengan kisah destinasi yang mantap selain kedudukan 'definisi moden F1®' kami.
"Kami merupakan acara sukan mantap dalam kalendar bermusim dengan reputasi berasas sebagai pengalaman yang benar-benar moden dan bertaraf dunia. Kami tidak sabar-sabar untuk menyambut para peminat perlumbaan dari seluruh dunia pada tahun 2019."
Tiket-tiket disediakan secara dalam talian di www.yasmarinacircuit.com.
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/840435/Abu_Dhabi_Grand_Prix.jpg