![]() |
Pautan Gelombang Mikro Berlesen Luar Sepenuhnya Kompak Beroperasi dalam Jalur 70-80 GHz dengan keupayaan Berbilang-jalur
ROLLING MEADOWS, Illinois, 26 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang utama bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan Radio E-jalur PTP 820E, angkut balik berkapasiti tinggi luar penuh yang kompak dalam E-jalur (70-80 GHz). Pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan penyedia perkhidmatan kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam spektrum untuk memanfaatkan rangkaian mereka. Diluluskan oleh FCC dan ETSI, PTP 820E menyokong saluran 62.5, 125, 250 dan 500 MHz serta memberikan sehingga 2.5 Gbps daya pemprosesan Eternet. Ciri menarik PTP 820E ialah kebolehan Berbilang-jalur untuk menggabungkan E-jalur dan transmisi gelombang mikro dalam jalur 11 – 24 GHz menggunakan antena tunggal untuk daya pemprosesan tinggi; yang menghasilkan kos pengendalian yang lebih rendah untuk pengendali rangkaian dengan mengurangkan sewaan menara dan kos perolehan antena; serta ketersediaan rangkaian yang lebih tinggi. PTP 820E melanjutkan pilihan ketersambungan tanpa wayar untuk infrastruktur angkut balik dalam portfolio penyelesaian ketersambungan Fabrik Tanpa Wayar Cambium Networks.
PTP 820E menyokong pelbagai konfigurasi:
Pautan ini turut menyediakan kapasiti dengan daya pemprosesan tinggi:
"PTP 820E menyokong konfigurasi berbilang jalur dengan penyelesaian gelombang mikro berlesen PTP 820C atau PTP 820S serta boleh berkongsi antena berbilang jalur tunggal," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan dan Pemasaran Produk, Cambium Networks. "Konfigurasi berbilang jalur PTP 820E membolehkan pengendali-pengendali mendapat manfaat serentak daripada kapasiti tinggi E-jalur dan keandalan tinggi gelombang mikro, sambil mengoptimumkan pelaburan modal dan juga perbelanjaan operasi."
PTP 820E berkongsi UI yang sama dan ciri-ciri serupa sebagaimana siri PTP 820 serta mudah digunakan. Pemasangannya mudah dengan penyelesaian berpenyambung (connectorized) dengan pemasangan terus serta antena panel rata bersepadu pilihan. Pengendali-pengendali rangkaian boleh mereka bentuk pautan tinggi keandalan dengan pantas menggunakan perisian LINKPlanner percuma dan memantau prestasi serta mengurus rangkaian dengan sistem pengurusan hujung-ke-hujung cnMaestro™ percuma.
PTP 820E kini sedia untuk ditempah sekarang melalui penjual Cambium Networks.
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com
Hubungan Media:
Sara Black
sara@bospar.com
213.618.1501
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg