omniture

Piala XCMG Kedua Raikan Inovasi dan Penyelesaian Hijau, Mampan

XCMG
2019-03-28 01:30 717

XUZHOU, China, 28 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh pengeluar jentera pembinaan yang utama di China, XCMG, Pertandingan Reka Bentuk Inovasi Hijau Piala XCMG kedua telah mendedahkan pemenang-pemenang tahun ini dalam sebuah upacara penyampaian anugerah di Xuzhou, China. Sebuah pasukan yang diketuai oleh Gao Shuai dari Yanshan University memenangi hadiah pertama menerusi penyelesaian mereka untuk penyelidikan & pembangunan (R&D) mesin angkat dan mesin penggali, penyelesaian dengan keberkesanan tinggi khususnya untuk cagakan udara bagi pemasangan kipas impeler.

Second XCMG Cup Celebrates Innovation and Green, Sustainable Solutions
Second XCMG Cup Celebrates Innovation and Green, Sustainable Solutions

Piala XCMG kedua menerima 200 projek daripada 800 peserta yang datang dari lapan negara dan wilayah termasuk Tanah Besar China, Macau, Kanada, Brazil, Republik Czech, Turki, Bangladesh dan Rusia.

"Dengan mengundang bakat cemerlang dari universiti-universiti dan institusi-institusi seluruh dunia, Piala XCMG telah mencipta model R&D baharu yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sukar dalam industri. Ia bukan sekadar satu pertandingan, tetapi laluan ke arah pembangunan yang lebih baik serta mampan dan peserta-peserta telah mengejutkan kami dengan idea-idea kreatif yang boleh diaplikasikan secara praktikal," kata Wang Min, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Selain anugerah kewangan, pemenang-pemenang tempat pertama dan kedua akan berpeluang untuk belajar di pejabat-pejabat luar negara XCMG di Eropah dan Muzium Red Dot Design. Pemenang-pemenang yang memenuhi syarat-syarat asas juga berpeluang menerima tawaran kerja di XCMG. Projek-projek ini juga boleh dihantar untuk anugerah-anugerah China Good Design dan Red Star Design.

"Tatkala industri jentera dan peralatan Cina bergerak maju ke arah produk dan pasaran berkualiti tinggi, matlamat XCMG adalah untuk mendaki ke puncak industri jentera pembinaan yang memerlukan inovasi, teknologi hijau dan menjimatkan tenaga selain membangunkan pembuatan pintar bagi menerima peluang-peluang baharu merentas rantaian perindustrian," ujar Wang.

Banyak konsep dan idea kreatif daripada pertandingan terdahulu diaplikasikan dalam reka bentuk dan pembangunan produk semasa termasuk projek kipas kompak yang rendah bunyi, dengan keberkesanan tinggi daripada Piala XCMG pertama yang telahpun dikilangkan oleh XCMG.

Piala XCMG ialah salah satu daripada 14 projek kebajikan awam global oleh XCMG yang bertepatan yang menumpu pada teknologi hijau dan mesra alam selain menggalakkan bakat muda untuk terus menggerakkan pembangunan mampan industri berkenaan.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila layari www.xcmg.com , atau halaman XCMG di Facebook , Twitter , YouTube , LinkedIn dan Instagram .

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190326/2414340-1

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Oil/Energy Transportation Utilities